"Apa Salah Pekerja PETRONAS? Kenapa anda semua selalu kutuk mereka?"
Sejak kecoh tentang harga minyak dunia yang jatuh merudum, banyak sangat rumours tentang masa depan PETRONAS yang merupakan penyumbang UTAMA kepada budget negara.
Ada rumours yang cakap gaji staff PETRONAS akan dikurangkan sebanyak 10-30%.
Ada juga rumours yang cakap PETRONAS akan offer VSS kepada staff mereka untuk mengurangkan kos.
(Semuanya masih di peringkat RUMOURS selagi mana belum ada pengesahan daripada pihak PETRONAS sendiri.)
Yang saya pelik...
Kenapa ramai yang macam 'suka sangat' bila baca rumours tentang nasib staff PETRONAS?
Apa salah pekerja PETRONAS sampai ada yang PERLI dan KUTUK mereka seolah² merekalah punca harga minyak dunia jatuh dan negara berhadapan dengan krisis kewangan?
Walhal masa 'zaman kegemilangan' harga minyak dunia, PETRONAS menyumbang dana yang sangat besar kepada negara.
Dan pekerja PETRONAS lah antara yang berkerja keras untuk memastikan perkara tersebut berjaya direalisasikan.
Jadi...
Apa salah PETRONAS?
Mereka dah banyak menyumbang kepada negara.
Duit takdea sekarang bukan salah PETRONAS, tapi salah pihak yang menguruskan duit yang disumbangkan oleh PETRONAS.
Ada yang tak puas hati sebab pekerja PETRONAS kononnya gaji dan bonus besar sangat...
Percayalah...
Kerja di PETRONAS bukan kerja goyang kaki masuk lambat balik awal (lepas tu dapat gaji besar).
Ramai pekerja di PETRONAS yang masuk kerja awal (seawal jam 6.30 pagi) dan terpaksa pulang lewat malam.
Saya tau benda ni sebab saya pernah bekerja di PETRONAS selama 5 tahun.
Dan saya ada ramai kawan dan family members yang masih di PETRONAS.
Mereka masih bekerja keras; keluar awal pagi dan balik lewat malam untuk memastikan PETRONAS boleh bagi duit pada negara.
Adalah tidak adil dan tidak wajar untuk mengutuk dan memerli mereka seolah² cabaran yang kita sedang lalui adalah salah mereka.
Sebaliknya sepatutnya kita BERSYUKUR mereka masih bekerja keras untuk negara.
Dan kita patut DOAKAN supaya masa depan mereka kekal cerah dan dipermudahkan oleh Allah.
Hari ini mereka sedang diuji.
Esok lusa, mungkin kita pula.
Sekian bebelan di hari Jumaat.
Firdaus Azizi
Bekas Pekerja Oil & Gas
#PrayForPETRONAS
#PETRONASTakBersalah
Nota Kaki :
Kepada yang claim PETRONAS 'curi' hak orang Sabah dan Sarawak atau royalti...
Tolong faham bahawa PETRONAS takde kuasa nak tentukan berapa royalti yang dibayar pada setiap negeri.
Itu semua kuasa pemimpin yang dipilih oleh rakyat.
Hence...
Kalau nak ubah pembahagian royalti, kenalah ubah pemimpin atau kerajaan.
PETRONAS as a company takda kuasa.
Staff PETRONAS apatah lagi...
Ramai jer orang Sabah & Sarawak dapat kerja di PETRONAS dan company Oil & Gas lain.