Sukar dipercayai...lelaki ini bercita-cita menjadi doktor semenjak tadika lagi dan hasilnya sungguh tak terduga !

Thursday, January 21, 2016



Sukar dipercayai...lelaki ini bercita-cita menjadi doktor semenjak tadika lagi dan hasilnya sungguh tak terduga !

MAKE IT HAPPEN !

Menjadi seorang graduan dalam bidang sains forensik dan pakar kriminologi bukan merupakan cita-cita saya. Cita-cita saya ialah untuk menjadi seorang doktor perubatan. Saya mula minat bidang perubatan ini sejak tadika lagi. Kadang-kala, ibubapa dan juga adik-beradik saya akan panggil saya dengan gelaran Dr Rahim walaupun saya masih belajar di tadika ketika itu. Salah satu hobi saya ialah mengumpul keratan akhbar yang ada tips-tips kesihatan dan info perubatan. Buku tips itu menjadi salah satu bahan bacaan kegemaraan dan menjadi rujukan saya.

Minat saya untuk menjadi seorang doktor perubatan menjadi lebih mendalam sehingga saya sering mengubati ayah saya (berlakon sebagai seorang doktor) untuk luka-luka kecil dan kebetulan luka itu akan sembuh dalam beberapa hari...Selain itu, saya selalu letakkan gelaran DR sebelum nama saya sejak sekolah rendah lagi.


My name used to be DR MOHAMMMAD RAHIM KAMALUDDIN MBBS (At that time, I only knew the existence of MBBS, masuk USM baru tahu ada MD :-p).

Sejak tahun satu, guru kelas akan minta 3 cita-cita sebagai pilihan pertama, kedua dan ketiga. Setiap tahun, pilihan pertama saya ialah Doktor, pilihan kedua Peguam dan Pilihan ketiga ialah Guru.

Pilihan saya konsisten dari tahun 1 hinggalah tahun 6 sehingga guru kelas saya (Tahun 1-3: Cik Janaki, Tahun 4: Puan Kalyani Renganathan, Tahun 5: Cik Vasugi dan Tahun 6: Pn Mariyayee) akan memberitahu kepada anak murid lain bahawa "Rahim seorang sahaja konsisten untuk setiap tahun" dan mereka selalu memberi nasihat kepada saya untuk kekalkan semangat ini dan jadilah doktor yang pertama dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Menglembu. Saya telah berjanji kepada mereka bahawa saya akan menjadi doktor yang pertama dan menunaikan impian ibubapa dan para guru saya.

Semasa di peringkat sekolah menengah, subjek sains dan biologi sering menjadi subjek kegemaran saya kerana subjek ini sangat penting untuk menjadi doktor perubatan (I think now all the subjects are equally important.. :-p).

Walaupun saya mendapat A dalam subjek biologi dalam STPM tetapi CGPA saya tidak cukup untuk mendapat tempat di Universiti Awam walaupun saya memohon ijazah sarjana muda perubatan sebagai pilihan pertama dan Ijazah sarjana muda sains forensik menjadi pilihan yang ketiga / keempat.

Ada beberapa pihak yang meyakinkan saya bahawa saya akan mendapat kursus perubatan kerana markah kokurikulum tinggi dan sebagainya. Namun begitu, saya hanya berjaya mendapat ijazah sarjana muda sains forensik di USM.

Sebaik sahaja saya mendapat keputusan SMS itu, saya tunjuk perasaan gembira kepada ahli keluarga saya bahawa saya suka kursus sains forensik kerana saya tahu keluarga saya tidak mampu untuk menghantar ke universiti swasta pada ketika itu.



Ketika itu, saya hanya dapat imbas kembali impian yang saya bina sejak dari Tadika lagi. Ketika itu saya bertekad untuk belajar sampai PhD dan menjadi seorang doktor. Sepanjang perjalanan PhD, banyak benda baru telah saya belajar dimana PhD bukan semata-mata untuk mendapat gelaran DR malah lebih daripada itu. Apabila saya mengimbas kembali cita-cita saya dahulu, saya sedar bahawa jika kita berusaha keras semuanya akan menjadi KENYATAAN. Kini ketiga-tiga pilihan cita-cita saya telah menjadi kenyataan

Pilihan pertama - Doktor
Pilihan Kedua - Peguam
Pilihan Ketiga - Guru

Kini, saya mempunyai PhD yang membawa gelaran Dr dalam bidang sains forensik dan kriminologi dimana ia adalah suatu bidang sains yang diaplikasikan untuk menyelesaikan isu-isu jenayah dan masalah undang-undang (legal problems) dan saya juga adalah pensyarah kanan (guru). What else I want?

Segala pujian kepada yang Maha Esa dan segala penghargaan kepada ibubapa, ahli keluarga, para guru, rakan-rakan dan semua pihak yang menjadi sebahagian daripada perjalanan saya.

Kepada semua rakan-rakan di luar sana, jangan cepat putus asa dan cepat mengalah sekiranya impian kita tidak menjadi nyata. Jika kita berusaha keras, sudah semestinya impian kita akan tercapai (dalam bentuk lain). So, Dont give up and MAKE IT HAPPEN !!!

Dr. Rahim@Kriminologi-UKM

Ditulis Oleh Rahim Munna

ANDA ADA BISNES ?

ANDA ADA JUAL PRODUK ATAU BISNES PERIBADI? BOLEH TINGGALKAN BISNES ANDA SECARA PERCUMA DI RUANGAN "FACEBOOK KOMEN" DI ATAS SECARA PERCUMA ! (ADMIN TAK AKAN DELETE)

.

.

.

.

.