Showing posts with label Viral. Show all posts
Showing posts with label Viral. Show all posts

Kedai motor Taiping ini tak bagi geran sekalipun ayah aku meninggal dunia akibat bawa motor tu !

Tuesday, January 26, 2016




Kedai motor Taiping ini tak bagi geran sekalipun ayah aku meninggal dunia akibat bawa motor tu !

Ini la namanya peniaga takdak hati perut ! Bukan isu rasis atau apa, ini kes aniaya. Mohon berhati-hati supaya tak terkena macam aku.

Nama kedai moto ni Eng Wan Motor di Simpang, Taiping.

Aku beli motor kat kedai dia ni, motor tak bayar habis lagi. Hari ni aku datang sebab nak ambik geran fotostat untuk urusan balai trafik. Mintak kat pekerja dia kata boss tak bagi. Kena bayar habis baru boleh bagi geran fotostat. Ayah aku meninggal eksiden bawak moto tu, kalau bukan sebab urusan balai aku pun tak kebulur nak ambik geran fotostat tu. Gila apa nak ambik geran fotostat kena bayar habis dulu? Aku beli kereta guna loan CIMB pun dah dapat geran ori.

Budak ini rela tidur di pasar untuk menemani kawannya yang dibuang keluarga !

 


Budak ini rela tidur di pasar untuk menemani kawannya yang dibuang keluarga !

"Mamal, kalau kau ada peluang ke sekolah, kau mau ka?"

"Tidak mau, tidak pandai aku sekolah."

Ini rakan baik Bambil, dikenali kerana kelincahan dan rajin bekerja. Mamal dianggap otai dalam kalangan kanak-kanak di Pasar Filipin kerana boleh bertumbuk dengan yang lebih dewasa. Orangnya kecil tapi matang dan sangat pandai survive dalam keadaan apa sekalipun. Jika ingin dapatkan kanak-kanak lain, pengaruh Mamal sangat besar untuk menarik mereka.

Mamal jarang-jarang balik ke pulau dan hanya tidur di pasar kerana selalu menemani Bambil yang dibuang keluarga. Tong-tong bersebelahan dengan tapak jualan sayur-sayuran adalah tempat mereka tidur selepas penat bekerja. Kalau sesiapa yang pernah tonton video aku dulu, Mamal ada di penghujung video.



Mamal tak pernah kenal huruf langsung (buta huruf), tapi mampu hafal kesemua huruf dalam masa singkat dengan beberapa kali ajar sahaja. Ini potensi yang ada pada kanak-kanak ini walaupun tidak pernah tinggal di kawasan yang sesuai untuk kanak-kanak normal membesar. Namun potensi tersebut tidak akan ditemukan selagi tidak ada seorang pun yang turun memperkenalkan huruf dihadapannya.

Mamal juga tidak ada masalah dengan nombor-nombor memandangkan nilai pada duit adalah benda yang 'dikais' oleh dirinya sendiri setiap hari untuk terus hidup.

Ya, kepintaran dan kecekapan tidak boleh diwarisi secara semulajadi, tapi harus disosialisasi.


Siapa pula Bambil ?

Di Pasar Filipin, hampir semua penjual sayur dan ikan mengenali Bambil, seorang kanak-kanak Sulu yang stateless. Bambil antara kanak-kanak yang bantu tugasan aku beberapa bulan lalu. Kanak-kanak ini ketika itu masih sihat, berpakaian agak bersih dan lebih terurus.



Tapi, Bambil semakin dikenali kerana terpengaruh dengan 'junior-junior' pasar yang menghidu dan ketagih kepada gam. Namun, wangi inhalan itulah yang buatkan dia tidak pulang rumah (Pulau Gaya) lagi kerana bimbang dipukul keluarga selain tidak ada duit tambang perahu untuk pulang. Di pasar pula, Bambil selalu diherdik. Ya, menghidu gam masih dianggap devian di sana. Menurut rakan-rakannya, hampir sebulan Bambil tidak berganti pakaian. Dan dia tidak berselipar hinggalah Syafie Mustan belikan semalam.

Pasar Filipin


Tapi Bambil berani bermimpi. Dia teruskan menyusun A, B dan C supaya kelak dapat jadi seorang polis. Setelah melihat rupa-rupa buruk kesan ketagihan dadah, Bambil janji upah memburuh RM5 sehari hanya untuk nasi dan tambang perahu, bukan gam lagi.

Ditulis Oleh Naim Fahmi



Emak jaga kami 16 beradik hanya dengan RM150 sahaja

Thursday, January 21, 2016



Saya ada 16 adik beradik seibu sebapa.
1 hingga 11 semua lelaki.
12 hingga 16 semua perempuan.

Kita sekarang kalau beranak 5 sederet lelaki dah rasa frust. Ni mak saya tabahnya dia sampai 11 lelaki...rilek je. Susah nak jumpa keluarga yang ada adik-beradik 1 hingga 11 yang sama jantina. Boleh masuk Malaysia Book of Record ni.

Dan 1 hingga 16 semua masuk universiti...ni pun boleh masuk rekod rasanya :-)

Pada tahun 1991, masa mak mengandung anak ke16 ayah diserang stroke dan lumpuh. Hilang sumber pendapatan. Tiada simpanan sebab hidup cukup² makan je. Pihak masjid bagi wang ehsan setiap bulan hanya RM150, mak besarkan kami dan dalam masa yang sama uruskan ayah yang lumpuh dengan seratus lima puluh tu. Macam mana boleh survive? Ni semua urusan Allah...semua rezeki dari Allah

Kisah benar peniaga muda bangsa melayu di Senawang yang kurang ajar ! Sebarkan !

Tuesday, October 06, 2015



#Repost @ariesbylocalhub with @repostapp

SEBARKAN!

KISAH BENAR: Peniaga muda MELAYU kurang ajar!

Lokasi kejadian: MAHA CENDOL, TAMAN TASIK JAYA, SENAWANG N.sembilan.

Petang tadi aku tersesat jalan di area Senawang Seremban. Dipenghujung simpang berhampiran traffic light, aku ternampak satu gerai tertulis MAHA CENDOL. Aku pun singgah nak tanya penunjuk jalan.

Tekak pun rasa haus. Aku order semangkok cendol durian dengan rojak sotong sepinggan. Dalam menunggu datang budak melayu, berjanggut panjang jugak. Boleh tahan ramah jugak budak ni. Aku budget owner la ni.

Tunggu punya tunggu, sampai la cendol durian & rojak sotongnya yang orang kata sedap sangat tu!

Aku buat relax je la. Baru sesuap masuk mulut, woiii kurang hajak betoi!! Berdiri aku! Apa punya resepi kau buat ni??!! Ni la dia kalau orang melayu meniaga!! Kombinasi cendol durian dia, perghhh terbaikkk woiii!! Pure, manis, melekat, melekit dekat tekak gua cakap luu!! Ini cendol durian terbaik pernah aku rasa. Sedap manis melekat dengan jagong dan kacang merah Rojak sotong dia?? Haaa yang ni betoi gila punya! 





Bak kata Ahmad Nispu dalam filem ibu mertuaku "Aku pusing seluruh Malaya termasuk Singapura, tak pernah jumpa rojak pasembok sesedap ini."

Rupanya petang itu bukan tersesat tapi terbaiikkk broo. Tak pernah terfikir orang melayu, budak muda pulak tu boleh buat cendol dengan rojak sesedap ni. memang terbaikkkk!!!

Korang kena cuba la kalau nak tau kuajaq tak kuajaq cendol dengan rojak dia.

Sekian, cerita peniaga melayu kurang ajar. Hihihi. Terima kasih membaca catatan petang aku.

Sebarkan dan support anak muda melayu kita.

Ditulis Oleh Husnabythesarjat

"Sanggup kau bunuh abang kerana remote control !"



Port Dickson: Angkara ditegur berebut alat kawalan jauh televisyen, seorang lelaki hilang pertimbangan apabila menikam abangnya menggunakan pisau hingga mati dalam pergaduhan di sebuah rumah di Kampung Chuah, dekat sini, semalam.

Kejadian berlaku jam 2.30 petang itu mengakibatkan mangsa Helmizi Imran, 33, parah akibat ditikam pada dada sebelum meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Port Dickson (HPD).

Difahamkan, kejadian bermula apabila suspek berusia 23 tahun cuba merebut alat kawalan dengan anak lelaki mangsa berusia lima tahun yang ketika itu sedang menonton rancangan kegemarannya.
Bagaimanapun, mangsa ketika itu sedang bersiap ke tempat kerja di sebuah hotel di Sepang, menegur suspek kerana enggan mengalah dengan anak saudaranya menyebabkan lelaki itu naik hantu hingga berlaku pertengkaran.

Menurut ibu mangsa, Zaniah Salim, 63, pergaduhan itu berlarutan hingga di luar rumah sebelum seorang daripada anaknya rebah dan tidak sedarkan diri.


"Puiii..Saya Tarak Suka Itu Cina Apek, India Uncle ...", Status Lelaki ini Dikongsi Lebih dari 10,000 kali

Sunday, September 20, 2015




Status seorang pengguna Facebook, Eddie Putera, yang menceritakan perasaan 'tidak sukanya' kepada orang India dan Cina di Malaysia menjadi viral di media sosial sehingga dikongsi lebih 10,000 kali di Facebook dalam masa kurang 2 hari.

Secara ringkasnya, status berkenaan menceritakan alasan lelaki tersebut tidak menggemari kaum Cina dan India. Tetapi jangan salah faham, ia bukannya rasis.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah cara Eddie Putera menyampaikan mesej tersebut.

MAK OI ! Malaysia Perlu Bayar RM2.5 Juta Kepada China Setiap Kali Lahir Anak Panda !



KUALA LUMPUR: Malaysia perlu membayar US$600,000 (RM2.5 Juta) kepada China bagi setiap anak panda yang dilahirkan disini selepas 12 bulan dan memulangkan anak panda itu kepada China apabila usianya mencecah 2 tahun, kata Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Perkara ini termaktub dalam perjanjian antara Malaysia dan China yang mana turut menyebut dua ekor panda, Fu Wa (Xing Xing) dan Feng Yi (Liang Liang), dipinjamkan kepada Malaysia selama 10 tahun, kata beliau dalam satu sidang media selepas membuat lawatan rasmi ke Zoo Negara hari ini.

"Tidak, panda-panda itu bukan milik Malaysia, walaupun mereka lahir di Malaysia

"Kita perlu memulangkan anak panda itu ke Chengdu, China, selepas dua tahun. Kita juga perlu memberikan hadiah di atas kelahiran panda, iaitu US$600,000 bagi setiap panda yang dilahirkan di sini", tambahya.

"Untuk memberi nama kepada panda (yang baru dilahirkan), kita perlu persetujuan dari China seperti dalam perjanjian", kata Wan Junaida sambil menambah kementerian akan menganjurkan satu pertandingan menamakan anak panda itu.

China bersetuju meminjamkan dua ekor panda bagi menanda 40 tahun hubungan diplomatik antara Malaysia dan China pada tahun ini.

Wan Junaidi berkata Malaysia adalah negara kelapan yang menghasilkan panda daripada 18 negara yang mempunyai panda di dunia ini. - Siakapkeli.my

Dialihbahasa dari : thesundaily

Menara FELDA selamba jual ARAK. Apa Nak Jadi ?! Maruah Melayu Letak Kat Mana ?

Saturday, September 19, 2015



Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) desak penjualan arak di Restoran Brolly di Menara FELDA dihentikan segera.

Presiden ANAK, Mazlan Aliman berkata, penjualan arak di restoran yang dibuka sejak 15 Ogos itu beroperasi bermula pukul 11 pagi hingga 11 malam itu tidak sesuai di premis yang mewakili peneroka FELDA yang majoritinya beragama Islam.

"Melalui aduan orang awam dan tinjauan wakil ANAK baru baru ini, ia seolah olah seperti sebuah pub atau bar dan terletak di kawasan strategik di Menara FELDA," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Jenis Melayu, sikit-sikit nak jihad. Rasis sangat kenapa ?!



Ini hanyalah pandangan aku. Ini ruang aku.

1. Rakyat Malaysia yang non-malays dan non-muslim bumiputra mahupun non-bumiputra kebanyakannya terima dengan hati yang terbuka laungan Azan subuh yang menganggu tidur mereka. Tak pulak mereka nak buat kecoh dan marah. Bagaimana kalau pihak gereja mula pasang loudspeaker untuk sekalian tempat dengar khutbah Ahad mereka? Ooh.. nanti aqidah kita lari. Jihad!

2. Hari Jumaat, kitalah paling hebat sebab boleh parking di tepi-tepi jalan berdekatan masjid sebab nak solat Jumaat. Lalulintas terganggu dan trafik tergendala. Non-muslim terpaksa terima jer.

3. Kita nak beli rumah, ada "bumiputra discount". Org non-bumi beli rumah xde pulak padahal diorg pun Rakyat Malaysia. Apa? hak istimewa org Melayu? Ke Apartheid?

4. Non-Malays, non-bumiputra yang cemerlang nak masuk Universiti sampai berdarah hidung, bergadai, berhutang Ah Long sebab nak bayar Uni atau kolej swasta. Kita takper sebab ada UiTM la, ada kolej mara la. Diorg pun rakyat Malaysia. Bila diorg dah grad, cukai hasil kerja diorg jugak kita makan.

5. Yang non-malays non-bumi yang mak bapak hantar ke kolej swasta tadi ada pulak yang ke luar negara, maka banyak lah pulak exposure dan banyak kenalan dapat. Bila mereka dah grad, balik ke Malaysia, meraka jadi tenaga kerja yang lagi progresif, lagi padu. Pandai speaking. Cepat naik pangkat. Yang lain (termasuk kita barangkali) mula rasa ditindas la, tak adil la, tak "tolong melayu" la.

6. Cakap pasal pandai "speaking", masa kat sekolah bila kita "speaking" sikit, ada kawan-kawan yang ejek. Kata kita poyo lah, kata kita "kebaratan" sangat lah, kafir lah. Mula lah kene pulau. Yang ejek tu, yang pulau (ehem.. menindas) tu bangsa apa? Ni lah bangsa yang kata maruah terjejas.

7. Dah 58 tahun merdeka. Sebelum tu dah berapa tahun dah bangsa Cina, India, Baba, Melayu dan lain lain hidup bersama. Ni dah masuk abad ke-21 tapi masih ada antara kita yang amatlah jahil dengan budaya bangsa lain. Nak bangsa lain hormat kita, kita kene start hormat dulu.

8. Ni budaya bangsa lain pun kita tak ambik peduli. Sibuk nak bangsa lain ikut dan faham budaya kita jer. Mana boleh macam ni bro. Yang tak sensitif sebenarnya kita. Diorg dah banyak ikut angin kita.

9. Kita dilihat sebagai bangsa yang mengada-ngada sampai bangsa lain takut pulak nak bergurau senda dengan kita. Takut kalau mereka tersilap menyinggung perasaan atau tercakap bende yang yang padahal ok jer tetapi kita mungkin tak pasal-pasal tersinggung entah kenapa.

10. "Suci" dalam debu. Nak sangat org jaga kesucian makanan ko. Sampai ada tampal sticker kat peti sejuk ofis "Halal only". Padahal takder lah kene sampai macam tu sekali. Yang Hindu relax jer tengok kita layan daging depan diorg. Tapi kalau kawan kita makan babi, geli.. kembang tekak. Babi tu memang lah haram dimakan tapi kenapa sampai takleh tengok lah, nak muntah lah. Drama. Tengok aurat ok pulak. Tak geli kembang tekak ke sebab itu pun haram.

11. Ada gereja bina dekat kawasan Melayu, kecoh jadinya. Salib tu boleh pesong aqidah kita. Pasal aqidah kita nipis sgt. Tak pasal-pasal jadi kes. Pihak gereja pun mengalah. Turunkan salib. Kesian. Kalau kita bina Masjid tapi non-muslim bikin kecoh, mula lah nak jihad konon, kita kene tindas konon. Kan elok kalau relax jer. Dah macam budak kecik yang manja. Org bangsa lain kene pandai amik hati kita. Malu lah.

12. So, apa yang terancam? Sikit-sikit nak gaduh. Sikit-sikit nak jihad. Rasis sgt kenape?

Refleksi: 
Raja-raja & Sultan: Melayu
Perdana Menteri: Melayu
Timbalan Perdana Menteri: Melayu
Ketua Polis Negara: Melayu
Panglima Angkatan Tentera: Melayu
Apa yang terancam sangat?

Ditulis Oleh Engku Nasrun

(2 VIDEO) Cium Kaki : "Ibu Pelajar Tersebut Paksa Saya Cium Kaki Anaknya Jika Ingin Mohon Maaf"

Friday, September 18, 2015



KUALA NERUS – Setelah video dia dipukul dan dipaksa mencium kaki tersebar di media sosial pada minggu lalu, seorang pelajar perempuan tingkatan tiga nekad untuk berhenti sekolah kerana malu dengan kejadian itu.

Pelajar terbabit yang hanya mahu dirinya dikenali sebagai Mia itu berkata kejadian yang berlaku di sekitar Seberang Takir itu menyebabkan maruahnya dan keluarga tercalar disebabkan video yang viral memapar mukanya dengan jelas.

Menceritakan kejadian, Mia berkata kedua-dua video mengambil tempat pada hari yang berbeza.

Anak Luah Rasa Bengang Kerana Mak Bapanya Ditipu Penganjur Sertai Perhimpunan Merah

Thursday, September 17, 2015



Semalam, perhimpunan ‘baju merah’ telah dijalankan bagi melawan semula Bersih 4.0. Tidak kurang hebatnya juga perhimpunan baju merah ini. Ramai juga yang berpusu-pusu membanjiri ibu kota semalam.

Namun, ada perkara yang terjadi disebalik kemeriahan perhimpunan tersebut. Difahamkan, segelintir daripada mereka yang menyertai perhimpunan merupakan orang kampung yang telah ditipu oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

GEMPAR ! Kasut Jenama Bata Diperbuat Dari Kulit Babi ?!



TIDAK keterlaluan, kami katakan kasut keluaran Bata merupakan antara jenama popular dan favourite bagi masyarakat Malaysia sejak dahulu lagi.

Namun, baru-baru ini kecoh jadinya di laman sosial apabila seorang pelanggan mendakwa kasut yang dijual syarikat tersebut diperbuat daripada kulit babi.

Tuduhan itu dilemparkan oleh pelanggan tersebut ekoran kasut yang dibelinya mempunyai corak tiga bintik pada bahagian tapak kasut.

"Abah tengok tu, diorang guna stroller murah. Kita punya lagi mahal!"



Nilai yang nampak kecil di mata orang dewasa tetapi memberi impak besar dalam kehidupan anak kecil

Ketika pulang ke Malaysia, saya membawa anak-anak berjalan-jalan menaiki tandem pushchair yang biasa kami gunakan di London. Seorang budak lelaki lingkungan usia 5-6 tahun berkata kepada ayahnya. "Papa tengok tu stroller dia 2 tingkat". Bapanya hanya mengerling sekilas. Anak kecil itu kemudian menyambung bertanya, "Mana lagi mahal papa, kita punya ke dia punya?". Si bapa menjawab "Kita punya lagi mahal". Anaknya menambah "Kan, dia punya tu local je tu". Saya hanya mampu menggeleng. 

Semasa saya kecil, pernah ada saudara yang lagi muda daripada saya bertanya begini, sewaktu hari raya, " Gelang yang Kak Farah pakai ni emas gred A ke zhullian. Ibu saya kata kalau zhullian tak bagus". Waktu itu saya darjah dua. Soalan seperti itu bukan dalam tahap jangkauan pemikiran saya lagi tapi boleh tercapai akalmu oleh saudara saya yang lebih muda. Sadis bukan?

(VIDEO) "Tunggu 2-5 Hari Lagi, Jerebu Akan Hilang" - Jampi Raja Bomoh

Wednesday, September 16, 2015



KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Raja Bomoh’ telah mengadakan ritual untuk mengurangkan jerebu.

Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 81, yang berpengalaman lebih 50 tahun itu melakukan upacara ritual tersebut selama hampir 20 minit.

Beliau yang meminta negara bebas jerebu itu turut menyediakan ais yang diletakkan pada kuali.

Upacara ritual itu juga menggunakan peralatan khas iaitu teropong buluh sebagai simbolik untuk menghilangkan jerebu di Malaysia.



“Kita gunakan teropong sebagai simbolik, begitu juga dengan ais yang dapat membantu menjadikan suasana bebas dari jerebu,” katanya.

Melalui jampinya juga, dia meminta Allah supaya jerebu dapat hilang dalam masa 2-5 hari atau secepat mungkin.

Menurutnya lagi, pihaknya sudah melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan dan selebihnya terserah kepada Allah SWT.

Ibrahim sebelum ini mendakwa pernah terlibat dalam membuat ramalan untuk kes antaranya berkaitan kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang. – SuaraTV

"Ambank Yap Kwan Seng Halau Kami Macam Anjing" - Staff Kurier Poslaju



Kasihan dengan nasib yang menimpa seorang kakitangan Poslaju, Tom Yana, yang meluahkan rasa kecewanya diperlakukan seperti tidak bermaruah oleh Ambank Yap Kwan Seng. 

Beliau yang hanya menjalankan tugas, terpaksa berdepan dengan situasi yang tidak diduga kerana sikap pihak pengurusan Ambank cawangan berkenaan yang tidak mahu bertolak ansur sehingga menyukarkan tugasnya untuk menghantar barangan milik kakitangan Ambank berkenaan.

3.30 - 5.50 petang, backup Ambank Yap Kwan Seng. Barang mailing tak diambil kerana arahan dari pihak pengurusan Ambank.

Tak mengapa, dalam 15 minit kemudian baru dapat buat kerja di lobi, dalam pintu kaca.

Kemudian didatangi oleh seorang lelaki Melayu, pengawal keselamatan menghalau saya keluar dan melakukan kerja-kerja itu di luar.

"U Okay If We Share Same Hotel Suite ?" - Wanita ini kongsi pengalaman temuduga yang...

Tuesday, September 15, 2015



Assalamualaikum WBT, saya ada sesuatu yang ingin dikongsikan di sini. (Maaf, tiada niat ingin mengaibkan diri sendiri mahupun orang lain tetapi mungkin boleh dijadikan pengajaran terutama perempuan yang sedang mencari kerja).

Maghrib tadi dalam jam 7.39 malam saya terima satu panggilan temuduga kerja (interview melalui phone). Ya, setiap kali ada panggilan temuduga saya akan excited dan beri respon yang positif.

Interview melalui telefon memang agak mudah. Interviewer kenalkan diri..Chinese..Young boss..Looking for exclusive PA cum admin.

"Gara-gara beli kereta second, saya terpaksa tanggung beban cukai RM116K !"

Monday, September 14, 2015




Perkongsian di bawah ditulis oleh saudara Bard Rahman. Beliau mendakwa dirinya telah menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan beliau terpaksa menanggung hutang yang tidak diundang sebanyak RM116,000.

Sungguhpun sudah puas merayu pada pelbagai pihak termasuk pihak bank, tiada seorang pun yang mengendahkan. Menyebabkan beliau dan keluarganya kini hidup dalam keadaan yang sukar. Baca dan sebarkan kepada rakan-rakan anda agar tidak menjadi mangsa penipuan seperti ini di masa akan datang.

Pada tarikh 21 Oktober 2011, saya telah membeli sebuah kenderaan Mitsubishi Grandis bernombor pendaftaran WVX9409 dari sebuah kedai kereta terpakai, Sanyu Auto Sdn Bhd, beralamat di Lot 317, Bt 12 3/4, Jalan Cheras, 43000 Kajang, Selangor dengan harga RM144,000. 

Wanita Andartu Ini Di’reject’ Bakal Mertua Atas Alasan Sukar Bagi Anak, Namun Akhirnya…

Sunday, September 13, 2015




Sesungguhnya ajal, maut, pertemuan dan perpisahan terletak di tangan Allah SWT. Wanita ini putus harapan bila bakal mertuanya memutuskan tali pertunangan dengan anaknya semata-mata kerana wanita ini sudah mencecah umur anak dara tua atas alasan sukar memberikan cucu kepadanya.

Namun, Tsina Syafiqah redha dan akhirnya…

"Bukan saya langgar dia, saya hanya tolong call 999 saja !"



KUALA SELANGOR - Susulan kes seorang lelaki Cina dibelasah sekumpulan besar lelaki Melayu di hadapan restoran Cina di Assam Jawa, kerana dipercayai melanggar seorang penunggang motosikal wanita sehingga maut, tampil seorang individu mendedahkan cerita sebenar.

Menurut beliau, kejadian itu sebenarnya tiada kaitan dengan lelaki terbabit. Sebaliknya orang ramai telah tersalah anggap dan menjadikan perkara yang tidak benar tersebar di laman sosial sehingga memberikan tanggapan yang buruk terhadap lelaki berkenaan.

"Berita itu tidak betul. Cerita sebenarnya, penunggang motosikal itu terbabas sendiri lalu melanggar tembok longkang. Akibat dari kemalangan itu, tengkuk mangsa patah.

"Lelaki Cina itu dalam perjalanan ke restoran yang ingin dikunjungi, namun kebetulan melihat kejadian itu lalu memberhentikan keretanya. 

"Dia menjenguk keadaan mangsa yang terjatuh di dalam longkang dan  terus menghubungi talian kecemasan 999. 




"Menurut siasatan pihak polis, mangsa dipercayai mengantuk kerana jarak perjalanan yang jauh dari Shah Alam ke Kuala Selangor setelah habis kerja dan menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang.

"Siasatan di tempat kejadian juga menunjukkan bahawa tiada sebarang bukti yang menunjukkan mangsa dilanggar. Sebaliknya motosikal mangsa terlanggar tembok longkang itu sendiri.

"Siasatan juga mendapati, lelaki itu tiada kaitan dengan kemalangan tersebut," katanya.

Menjelaskan gambar-gambar kereta milik lelaki itu yang tersebar kononnya bukti pelanggaran, ini penjelasannya.

"Dalam kejadian awal di hadapan restoran berkenaan, apa yang berlaku ialah beberapa pelanggan Cina yang lain tidak berpuas hati mengapa sekumpulan lelaki Melayu datang mengamuk di restoran terbabit. Sedangkan lelaki Cina yang disyaki menjadi punca kemalangan itu sebenarnya langsung tiada kaitan dengan kemalangan tersebut.

"Disebabkan itu, berlaku pergaduhan di antara mereka. Kereta lelaki itu juga turut dirosakkan oleh sekumpulan lelaki Melayu berkenaan," katanya.

Disalin semula dari http://www.thehypemedia.com/

Mangsa, kanan.

Suspek kes langgar sedang makan di restoran

Kereta suspek

(VIDEO) Menyedihkan ! Budak perempuan 2 tahun ditinggalkan dalam keadaan lapar, ketakutan di Sungai Buloh

Saturday, September 12, 2015




Ketika ditemui, kanak-kanak itu dalam keadaan tidak terurus, keliru dan lemah akibat malnutrisi. - Foto sumber Facebook Kuan Chee Heng

KUALA LUMPUR: Seorang budak perempuan berusia dua tahun dijumpai ditinggalkan ibu bapanya tanpa pakaian dan makanan di sebuah rumah di Sungai Buloh, Selangor.

Ketika ditemui, kanak-kanak itu dalam keadaan tidak terurus, keliru dan lemah akibat malnutrisi.

ANDA ADA BISNES ?

ANDA ADA JUAL PRODUK ATAU BISNES PERIBADI? BOLEH TINGGALKAN BISNES ANDA SECARA PERCUMA DI RUANGAN "FACEBOOK KOMEN" DI ATAS SECARA PERCUMA ! (ADMIN TAK AKAN DELETE)

.

.

.

.

.