Menara FELDA selamba jual ARAK. Apa Nak Jadi ?! Maruah Melayu Letak Kat Mana ?

Saturday, September 19, 2015



Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) desak penjualan arak di Restoran Brolly di Menara FELDA dihentikan segera.

Presiden ANAK, Mazlan Aliman berkata, penjualan arak di restoran yang dibuka sejak 15 Ogos itu beroperasi bermula pukul 11 pagi hingga 11 malam itu tidak sesuai di premis yang mewakili peneroka FELDA yang majoritinya beragama Islam.

"Melalui aduan orang awam dan tinjauan wakil ANAK baru baru ini, ia seolah olah seperti sebuah pub atau bar dan terletak di kawasan strategik di Menara FELDA," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.


Difahamkan, permohonan membuka restoran ini di buat kepada NAZA TTDI Sdn. Bhd. juga menimbulkan tanda tanya siapa pemilik sebenar restoran yang sama.

"ANAK dukacita kerana pengurusan FELDA, NAZA dan pengusaha restoran tidak sensitif kepada kepentingan masyarakat dan mendedahkan fitnah buat warga FELDA yang 95 peratus beragama Islam. Bukan sahaja majoriti kakitangan Menara FELDA beragama Islam tetapi pengunjung utama yang berurusan setiap hari adalah terdiri dari warga FELDA yang beragama Islam," katanya lagi.

Justeru, ANAK mendesak agar penjualan arak di premis tersebut di hentikan serta merta, tiada alasan munasabah untuk berkompromi mengenainya.

Sehubungan dengan itu, pihak ANAK akan menyerahkan memorandum bantahan kepada pengurusan FELDA, NAZA dan pihak restoran pada 21 September ini.--MalaysiaGazette

ANDA ADA BISNES ?

ANDA ADA JUAL PRODUK ATAU BISNES PERIBADI? BOLEH TINGGALKAN BISNES ANDA SECARA PERCUMA DI RUANGAN "FACEBOOK KOMEN" DI ATAS SECARA PERCUMA ! (ADMIN TAK AKAN DELETE)

.

.

.

.

.