Sayu...makcik tua di Sungai Buloh ini diserang menantu ketika anaknya cuba memberikan wang

Friday, January 22, 2016



Gambar di atas sekadar hiasan. Kredit kepada fotolestari.com


Sedih rasanya melihat apa yang berlaku kini bukan lagi drama swasta tetapi realitinya memang telah berlaku...

Semalam ketika aku berurusan di bank, ada seorang makcik tua tersenyum dikerusi menunggu. Ku sapa senyumannya...rupanya beliau membuat urusan pengeluaran kewangan arwah suami (pencen). Setelah itu kelibatnya tidak ku lihat...

Dalam perjalnan pulang, aku terpandang sekujur tubuh berjalan sendiri dengan tongkat ditangan dengan langkah yang perlahan...padaku bahaya makcik ni...aku perlahankan kenderaan dan menyapa beliau yang mana beliau berkata :



'Anak ni yang berada dalam bank tadi yer ?!'

Aku berkata 'Ya, makcik nak ke mana ?'

'Makcik nak balik rumah...'

'Makcik datang dengan siapa...?'

'Makcik seorang...nak naik teksi'

Marah pun ada ketika itu. Hati berkata...mengapa makcik ni dibiarkan seorang diri dalam kudratnya yang agak uzur...

Jemputanku diterima.

Dipendekkan cerita, aku bawakan dia pulang. Dalam perjalanan aku bertanya akan dirinya...

Tersentak hatiku mendengar luahan hati seorang ibu yang diabaikan oleh anak²nya...

MENGAPA ANAK² KINI BEGITU TINGKAHLAKU KEPADA ORANG TUA KAMU ? Sehinggakan makcik ni mengalami kemurungan hidup !

Diserang menantu ketika anak cuba memberikan wang



Setelah sampai di perkarangan rumah beliau, aku memimpinnya...bersalaman dan berpelukan sehingga terkeluar dari bicaranya...

'Alangkah bahagianya makcik jika dikurniakan anak sepertimu...'

Menitis air mataku...kutinggalkan beliau dengan lambaian serta pandangan yang amat sayup...damailah dikau wahai BONDA...

HARGAILAH KEDUA IBU BAPA KITA KETIKA MEREKA MASIH ADA...

Merekalah ladang pahala kita. Reda ibubapa, reda Allah !


Ditulis Oleh Norly Saffuwan

Admin : Sesiapa berhajat untuk berjumpa atau melawat makcik ini, sila hubungi atau PM kepada nama di atas, Terima Kasih.


ANDA ADA BISNES ?

ANDA ADA JUAL PRODUK ATAU BISNES PERIBADI? BOLEH TINGGALKAN BISNES ANDA SECARA PERCUMA DI RUANGAN "FACEBOOK KOMEN" DI ATAS SECARA PERCUMA ! (ADMIN TAK AKAN DELETE)

.

.

.

.

.