Kadang-kadangkan bukan semua orang faham kita. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan yang tidak dapat dielakkan. Bagi mereka yang dikurniakan anak autistik (OKU) sudah tentu mereka memerlukan kesabaran dan kecekalan yang tinggi untuk membesarkan mereka.
Kisah seorang wanita yang diherdik hanya kerana kelakuan anak autistiknya sangat menyentuh hati. Hati ibu mana yang tak sedih bila jadi macam ni? Berkecai! Pecah! Semua ada. Mana taknya, wanita yang dianggap sebagai ibu dah sedaya upaya untuk menjaga anaknya tapi mungkin ada sikit yang si ibu terlepas pandang.
Sampai macam tu sekali si ibu ni diherdik. Tapi inilah lumrah hidup dalam membesarkan anak autistik. Banyakkan bersabar ye. Mungkin sebabkan terkilan dengan apa yang dilakukan terhadap isteri dan anaknya, bapa kepada anak autistik ini minta individu berkenaan tampil bagi menggantikan kasut yang dibuang. Kasih seorang ibu dan ayah tak ada gantinya. Apa pun yang jadi, mereka seboleh-bolehnya akan jaga anak mereka dengan sebaik yang mungkin. -
Memang kanak autistik ini kadang kita tak boleh jangka kelakuannya tapi kita sebagai orang dewasa dan yang ada akal ni, kena la memahami. Semoga keluarga ini terus tabah dan kuat untuk membesarkan anak mereka.
Sumber dipetik dari Oh Bulan!