Low Yat 2 Akan Dibuka Di Jalan Raja Laut. 100% Hak Peniaga Melayu - Menteri

Wednesday, August 12, 2015



Menteri Kemajuan Luar Bandar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembukaan Low Yat 2 akan dapat memenuhi keperluan orang ramai yang sebelum ini hanya tertumpu di Plaza Low Yat. 

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan pembukaan Low Yat 2, sebuah pusat jualan dan borong alat telekomunikasi yang menyamai fungsi Plaza Low Yat di Bukit Bintang, dicadangkan dibuka di Jalan Raja Laut yang mengkhususkan kepada peniaga Melayu, lapor Astro Awani Online.

Menteri kemajuan luar bandar itu berkata, pembukaan pusat itu akan dapat memenuhi keperluan orang ramai yang sebelum ini hanya tertumpu di Plaza Low Yat.


"Kita sedar dengan kewujudan tempat-tempat lain yang turut menyediakan perkhidmatan sama, seperti di Bukit Bintang dan bangunan Pertama Kompleks yang bersebelahan bangunan Mara, namun kita percaya orang ramai selepas ini akan memiliki lebih banyak pilihan sekiranya melakukan urusniaga terus bersama pembekal.

"Kita sasarkan golongan peniaga seratus peratus dari kalangan Melayu. Belum ada lagi pembekal dari kalangan Melayu, oleh kerana itu kita beri kelonggaran," katanya.

Pada majlis tersebut, Ismail Sabri turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dari sekitar ibu negara.

Menurut portal itu, mengikut pelan yang dicadangkan Ismail, Low Yat 2 akan ditempatkan di Tingkat 3 Bangunan Majlis Amanah Rakyat (Mara) selepas kawasan itu diubahsuai dan direka khas untuk menyediakan ruang niaga bagi pembekal alat telekomunikasi.

"Kita akan bangunkan tingkat tersebut secepat mungkin dan kita beri ruang kepada peniaga Melayu khususnya," katanya seperti dilaporkan Astro Awani Online.

"Kita akan jadikan ia sebagai 'Low Yat 2' dan kita akan kumpulkan sekali seberapa banyak mungkin pembekal besar di bangunan ini".

Pengumuman cadangan Low Yat 2 itu dibuat Ismail selepas melakukan lawatan ringkas di bangunan Mara.

Bulan lalu, tercetus pergaduhan di Plaza Lowyat sehingga pihak polis terpaksa mengawal ketat bangunan di Jalan Bukit Bintang itu. – 11 Ogos, 2015.

SUMBER

ANDA ADA BISNES ?

ANDA ADA JUAL PRODUK ATAU BISNES PERIBADI? BOLEH TINGGALKAN BISNES ANDA SECARA PERCUMA DI RUANGAN "FACEBOOK KOMEN" DI ATAS SECARA PERCUMA ! (ADMIN TAK AKAN DELETE)

.

.

.

.

.