“Hanya Orang Gila Saja Tak Faham Kebaikan Ringgit Jatuh” - Nazri Aziz

Tuesday, August 11, 2015



KUALA LUMPUR : Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengulangi kenyataan bahawa penurunan nilai Ringgit baik untuk pelancongan negara.

Katanya, ini adalah masa sesuai pelancong asing melabur wang di negara ini dan pelancong tempatan pula lebih memilih untuk melancong dalam negara.


“Penurunan mata wang Ringgit baik untuk pelancongan, pelancongan dalam negeri. Apabila wang kita lemah, adakah anda pergi ke London? Di mana anda membelanjakan wang anda?

“Anda akan membelanjakan wang anda di Port Dickson dan Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengisytiharan Warisan Kebangsaan kali keempat di Muzium Negara pada Selasa.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, hanya orang gila sahaja tidak akan memahami apa yang diperkatakannya.

“Hanya orang gila yang tidak memahami bahawa penurunan mata wang Ringgit membawa kepada kebaikan kepada pelancongan,” katanya.

Nilai ringgit terkini USD1 bersamaan dengan RM4.00.

SUMBER : http://www.malaysiandigest.com/



ANDA ADA BISNES ?

ANDA ADA JUAL PRODUK ATAU BISNES PERIBADI? BOLEH TINGGALKAN BISNES ANDA SECARA PERCUMA DI RUANGAN "FACEBOOK KOMEN" DI ATAS SECARA PERCUMA ! (ADMIN TAK AKAN DELETE)

.

.

.

.

.