Ditulis dari Facebook Aishah Fauzi
Syria
Masa saya jadi "foreigner" dulu kat sana, balik sekolah dari rumah my sheikhah, teringin nak makan piza ada cheese + zaitun dalam cermin tu. Tapi kira duit, ada a few lira je, tak cukup. Jadi beli yang kosong je minta dibungkuskan. Sekali ammu tu bungkus yang piza mahal tu, and i said please2 jangan. Saya nak yang tu je. Makin banyak dia letak. Saya so takut. Matila nak bayar mcmne! Ammu senyum.
Then ada one lady approach. Dia tanya saya, kamu datang sini belajar hadis? Belajar Quran? Berapa orang di rumah kamu? I said yes, ada 7 orang. Dia suruh orang kedai tu add more! Bagi kat saya dan nak bagi saya duit belanja. Tapi saya tanak. Ya Allah, murahnya hati, Saya pun bawa balik roti2 macam2 tu pada adik2 serumah saya and we are so happy, seminggu lebih cukup bekalan.
Pernah saya naik taxi sorang2 ond way nak gi umah sheikhah, saya nangis diam2 sebab masa tu tengah takut nak kena balik malaysia sorang2. Nak turun taxi, saya nak bagi duit. Tapi ammu tu cakap, cukuplah kalau awak gembirakan hati awak & selamat sampai disini. Nanges lagi...
Masa dapat ijazah sanad Al-Quran, saya attend 3 majlis berasingan meraikan saya. Dapat banyak sangat2 hadiah dan food. Diraikan macam puteri raja oleh orang2 syria, mereka bukan ahli keluarga saya pun. Saya x mampu nak buat apa2, berair mata dari mula majlis smpai akhir. Sheikhah akan peluk saya, dan bisik katanya "doakanlah kami ya aishah ratu air mata, kami mahu doa dari mu". Lagi kuat saya nangeh...
Sheikhah saya, sampai sekarang tiap waktu tiap saat asyik risaukan saya. Padahal keadaan dia jauh lebih merisaukan saya! Lailahaillallah
Tengok gambar ni dan gambar2 lain.. x mampu nak pandang. Sebab dulu kita hidup dengan mereka & x sanggup dengar khabar2 derita tentang mereka. Doa kami sentiasa untuk mu Syria! Damailah jiwa2 yang berjuang sedang syurga tersedia menanti ruh2 mu pulang. Allahumma Ameen!
#Allah Save Syria Ameen!
#Bersama kita meneruskan legasi2 Al-Quran agar sentiasa kehadapan!
#Hulurkan tgn ringankan beban
#Aku masih punya "Amanah" dgn Allah yg harus TERUS dikerjakan.
INFO : Setakat status ini dipublish melalui blog ini, kami mendapati status asal yang dikeluarkan oleh saudari Aishah Fauzi telah mendapat 26,184 like dan 10,544 share hanya dalam tempoh 24 jam !!!