Pasir Gudang – Disebabkan sikap tidak bertanggungjawab seorang pelanggan yang membawa anjing menaiki troli, sekumpulan ahli jawatankuasa masjid berdekatan terpaksa membuat kerja mencuci (samak) dalam satu kejadian di Tesco Plentong, Johor semalam.
Sekumpulan jemaah Masjid Plentong itu bertindak membasuh kesemua 500 buah troli di pasar raya berkenaan dengan mengunakan air tanah bagi mengelakkan rasa was-was pengguna Islam yang sering membeli-belah di pasaraya tersebut.
Tindakan pantas jemaah masjid tersebut mendapat pujian para pengguna media sosial yang lain.
Terdahulu seorang pengguna Facebook, Sharafazleen memuat naik sekeping gambar yang memaparkan seorang wanita sedang membeli belah di pasaraya berkenaan sambil anjing peliharaanya duduk di dalam troli.
Menurut Sharafazleen anjing tersebut turut dilihat terkencing di atas troli yang digunakan itu.
Tindakan wanita yang dipercayai berketurunan Cina itu kemudiannya dikecam masyarakat Islam yang disifatkan sebagai tidak sensitif. – SuaraTV
Tak tau ke macamana?
Johor Bahru: Pengurusan sebuah pasar raya besar di Plentong, di sini, melakukan proses samak ke atas semua troli, malam tadi, selepas mendapati ada pelanggan menggunakannya untuk membawa anjing.
Jurucakapnya, berkata pihaknya kesal dengan kejadian berkenaan kerana pasar raya itu jelas melarang binatang peliharaan untuk memasuki premis berkenaan.
Menurutnya, pihaknya sudah melakukan proses pembersihan dengan serta merta.
"Kini semua troli bersih dan suci untuk digunakan," katanya. - HMetro