Kuala Lumpur – Umno dan Barisan Nasional bakal menstukturkan semula pentadbirannya apabila mendapat kritikan hebat berkaitan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Menurut tulisan blog pro-Umno, sebagai permulaan perubahan yang dilakukan dijangka membabitkan jawatan yang disandang seorang timbalan menteri, sebelum perubahan yang lebih besar dilakukan.
“Beberapa pihak dalam Umno memaklumkan, ia adalah sebahagian langkah untuk mengukuhkan hubungan dengan akar umbi, masyarakat keseluruhannya dan juga media.