CLICK IMAGE |
Curi2 candid gambar dia lagi..
Seusai sahur.
My Mr Hubby, saya kagumi you...
Asalnya dulu, Mr Hubby x pandai langsung mbaca Quran. Malah beliau x dapat pun mngenali sesetengah huruf di mukaddam.
Katanya masa kecil beliau x bkesempatan ke kelas ugama, or kelas mengaji, sbb sering kena tolong bapanya bniaga sayur di market.
Beliau sering bsedih & rasa rendah diri bila kami sefamily mbaca Yaasin. Beliau akn duduk jauh dr saya & anak2, mbaca seorang diri dgn sgt plahan..( hanya saya yg tahu ttg kkurgn itu, anak2 tidak tahu).
Dan beberapa tahun sudah, sebaik pulang umrah, Mr Hubby mmegang tgn saya, airmatanya bcucuran, dan dia bkata, mama i nak belajar mengaji. I dah cari ustaz datang rumah. I dah lama nak buat, tapi i malu kat u & anak2.. tapi now i nak lawan perasaan malu tu. I dah bdoa depan kaabah. I dah menangis minta dgn Allah, bagi lah i kekuatan unt i lawan rasa malu, dan pmudahknlah unt i, i nak sgt mbaca quran..
Saya ingat saya menangis mndgr itu. Saya peluk dia dan kata saya sgt bangga dgn dia, jgn ssekali malu unt bjuang mcari ilmu, apatah ilmu Allah.
Esoknya saya panggil anak2. Saya maklumkn hal itu. Saya explain supaya anak2 faham abah mereka tidak bnasib baik spt kita yg lain, yg bkesempatan ke kelas fardhu ain.
Saya minta anak2 bagi sokongan. Jgn ssekali pandang rendah & mmalukan abah. Dan Alhamdulillah, anak2 sgt mmahami..
Dan mulai esoknya, setiap hari, jam 7 pagi, seorang tahfiz muda, bermotosikal, datang ke rumah selama 1 jam mengajar Mr Hubby mengenali muqaddam, seterusnya Al Quran.
Dan mulai hari itu juga saya menyaksikan seorang ' pelajar' yg sgt bsemangat. Dia tidak pernah mahu ponteng. Malah jika cikgunya ada hal, tak dapat datang, Mr Hubby akan menghubunginya melalui talipun, dan akan belajar melalui talifon, begayut di talifon memperdengarkan bacaanya unt diperbetulkan, selama 1 jam !
Dan setiap waktu senggangnya, dia akan mengulangkaji pelajarannya, dan saya adalah cikgu ke dua yg akn mbantu mndengar & mbetulkan tajwidnya ( Alhamdulillah, saya 12 adik beradik masa kecil di ajar mengaji oleh ayah yg sgt garang. Bacaan Quran kami lengkap dgn ilmu tajwid. Ayah mngajar sambil pegang ranting asam jawa. By the time habis waktu mngaji, luruh semua daun asam jawa di libas ke badan kami. Kerana itu, sejak dr kecil pun saya dah boleh hafal seluruh Yaasin tanpa perlu merujuk Al-Quran untuk mbacanya..)
Akhirnya, setelah 6 bulan bertungkus-lumus, Mr Hubby berjaya khatam Quran.
MasyaAllah, mulai saat itu, saya memiliki Mr Hubby yg baru. Yg hidupnya mula di selimuti ayat-ayat Quran. Bukan saja di rumah, malah di dlm kereta, hanya ayat2 Quran yg di pilih menemani dan mjadi halwa telinganya.
Saya sangat bersyukur. Saya di tunjukkan Allah kebesaranNya. Apabila Allah mahu mberi hidayah...,dan Mr Hubby adalah antara orang2 yg beruntung, yg dipilih Allah.
Alhamdulillah.
Ditulis Oleh Mona Din Via Facebook