Luahan Hati Wanita India Lihat Umat Islam Pergi Terawih Yang Anda Tidak Sangkakan...

Wednesday, July 08, 2015



KEMERIAHAN menjalani ibadah dalam bulan Ramadan pastinya meninggalkan banyak memori indah kepada umat Islam.

Bangun sahur pada awal pagi, menahan lapar dan dahaga sepanjang hari, berbuka puasa bersama keluarga dan menunaikan solat Terawih beramai-ramai; itu merupakan antara cabaran yang dilalui masyarakat Islam sepanjang 30 hari.

Pastinya, kehadiran bulan Ramadan yang mulia ini disambut dengan keinginan masing-masing untuk menggandakan amal ibadah terhadap Maha Pencipta.


Tapi siapa sangka, amalan tersebut turut mencuri perhatian masyarakat bukan Islam, malah melihatnya sebagai suatu keindahan.

Melalui satu status di laman Facebook, pemilik akaun Malini Mimie meluahkan pandangannya terhadap suasana yang dilihatnya. Nah, anda baca sendiri apa yang diungkap Malini!

Menurut Malini, apa yang paling dikaguminya ketika bulan puasa adalah suasana masyarakat Islam beramai-ramai berjalan kaki menuju ke masjid untuk menunaikan solat Terawih.



“Ketika bukan Ramadan, apa yang saya paling gemar lihat adalah rakan-rakan Islam pergi solat Terawih. Ia kelihatan sangat indah melihat mereka berjalan ke masjid sambil memakai jubah dan telekung.

“Di kawasan kampung saya dapat melihat orang Islam berjalan bersama-sama selepas jam 8 malam.

“Saya tahu bulan Ramadan memang betul-betul mencabar untuk umat Islam namun saya kagum melihat umat Islam berpuasa.”

Namun yang menyentuh hati, Malini turut mencadangkan agar orang bukan Islam menghormati ibadah puasa masyarakat Islam dengan memberi ruang kepada mereka ketika berbuka puasa.

Cadangnya, “…Kita boleh rancang perjalanan kita di atas jalan raya ketika rakan Islam pulang ke rumah. Biar mereka pulang dahulu supaya mereka sempat tiba untuk berbuka puasa.

“Jika kita berada di restoran, dan kita sedar rakan Islam tidak mempunyai tempat duduk ketika bulan puasa, kita patut menawarkan tempat duduk kepada mereka terlebih dahulu. Biar mereka rasa selesa ketika berbuka puasa.”

Luahan yang dilontarkan Malini di ruang media sosialnya menerima reaksi positif terutamanya dari umat Islam yang kagum dengan nilai moral yang diamalkan wanita tersebut.

Nampaknya, tahap perpaduan dan sikap hormat-menghormati yang menjadi kunci keharmonian negara kita masih kuat walaupun sesetengah pihak cuba memporak-perandakannya.

Rakyat Malaysia tanpa mengira kepercayaan harus mencontohi sifat yang diamalkan Malini kerana pegangan agama tidak menjadikan manusia itu berpecah-belah, malah hidup lebih aman. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

http://mynewshub.cc/

ANDA ADA BISNES ?

ANDA ADA JUAL PRODUK ATAU BISNES PERIBADI? BOLEH TINGGALKAN BISNES ANDA SECARA PERCUMA DI RUANGAN "FACEBOOK KOMEN" DI ATAS SECARA PERCUMA ! (ADMIN TAK AKAN DELETE)

.

.

.

.

.