HEBAT !!! Tips Bagaimana Suami Isteri Ini Gandakan Wang Dari RM100 Kepada RM20 juta !!!

Tuesday, July 07, 2015



Bagaimana kami suami isteri gandakan wang kami Dari RM100 kepada RM20 juta dalam masa kurang satu tahun?

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan sentiasa diingatkan rezeki setinggi mana bukanlah hak kita. Kita hanya menumpang rezeki Allah. Maka gunakanlah sebaiknya dan kongsilah walau secebis ilmu yang kita baca atau dengari atau pelajari atau lalui agar orang faham bahawa tak susah untuk senang dan begitu senang untuk susah. (Semoga kakfel terhindar dari riak)

Jika status ini membawa kebaikan, kakfel izinkan anda share sebaiknya.

Salah satu adalah melalui sedekah. Sebab semalam ada kisah mahu minta sedekah kakfel update tapi dah delete tak nak malukan yang PM akak walaupun takda pun nama dia kat situ rasa bersalah juga.

Kenapa ramai orang cakap sedekah itu membawa beribu ganjaran?

Kakfel sendiri dulu bersedekah tapi tak fahami konsep, sedekah selain melalui keikhlasan perlu juga ada keyakinan yang kuat bahaaw wang kita sedang dilaburkan kepada benda yang lebih baik.

Ramai orang rasa kena kaya baru sedekah atau ayat cliche "aku pun cukup-cukup makan macamana nak sedekah"

Itu kesilapan! Student yang pernah belajar dengan kami selalu diberitahu bahawa kita nak minta apa-apa kat Allah kita beri dulu. Takda banyak beri sikit.

Contoh kami pernah buat ialah :

1) Sebelum memulakan sesuatu plan, mesti kita risau akan risiko, jadi walau kami tak tahu jalan kami pilih tu berjaya atau tak, kami mulakan dengan kenduri dulu. Apa-apa jenis kenduri sama ada kenduri besar atau sekadar beli pisang goreng SEDEKAH ke jiran.

2) Kadang kakfel memang akan selamber ja ambik semua duit sales butik dan SEDEKAHKAN secara mengejut tanpa dirancang. Fikir yang duit itu kakfel labur untuk saham yang lebih besar.
Biarlah sales hari tu mencapai puluhan ribu...ambik ja semua taknak pikir untung rugi, terus SEDEKAH .

3) Pergi kedai dan jangan ambik baki, Kadang-kadang baki tu mungkin hanya 20sen tapi mungkin kerana ikhlas SEDEKAH baki berganda menjadi RM20 ribu

4) Nampak peminta sedekah selalu terdetik yang ini sindiket. Kakfel selalunya akan usha dan kaji, tapi kalau peminta SEDEKAH tu menjual sesuatu, kakfel akan beli banyak-banyak dan balik tu fikirlah nak bagi sapa barang-barang tu.

5) Selalu bayar lebih untuk sesuatu perkhidmatan, contohnya ada orang datang cuci laman rumah, selalu orang bayar cuma rm30 tapi kakfel maybe akan bagi lebih tanda SEDEKAH .

6) Bantu orang tanpa minta apa-apa bayaran. Contoh kakfel selalu buat, orang minta review Instagram dan Facebook depa tanya harga kakfel cakap tak mau, sama ada nak swap review atau kakfel upload free ja...itu jugak SEDEKAH

7) Kadang-kadang tengok kawan jual apa-apa dan rasa macam nak beli tapi tak tau nak guna buat apa barang tu maka, SEDEKAH dengan cara share status mereka kat wall kita mana tahu ada kawan-kawan kita nak beli barang mereka.Atau biarkan ja kawan-kawan nak tag bisnes walau bisnes yang sama...anggap ja kita SEDEKAH ruang rumah kita untuk mereka (ini selalu sangat-sangat buat)

8) SEDEKAH doa untuk mereka yang menyakiti kita; kakfel pun nampak ja kental kadang-kadang makan hati gak ngan beberapa orang yang selalu pertikai keikhlasan kakfel, Penghijrahan kakfel dan apa dakwah kecil kakfel, nak lawan cakap n explain rasa macam dah xlarat. So kakfel doa ja banyak2.

Kakfel tak tahu nak buktikan macamna yg konsep ni semua mempengaruhi perjalanan hidup kakfel,yg pasti Allah permudah dalam banyak perkara. Rezeki diringankan dan menjadi cepat masuk dan berganda..semua yg kakfel plan menjadi dan paling utama kurang masalah terjadi...

Dari buat produk kecantikan felinna beauty kepada produk kesihatan ke bidang tekstil felinna dan raffel hingga ke bidang makanan kanak2 caliph sunnah supplement.. Siapa yg follow kakfel mesti perasan rezeki seakan dipermudahkan,kakfel percaya bukan sbb kakfel hebat , tapi sebab Allah tahu kakfel n suami yakin dengan DIA maka DIA bagi kmi tanggungjawab besar atas kejayaan hari ni.

Sedekah itu luas skop dia . Jadi kreatif dan yang penting .. pagi ni kakfel mulakan dengan sedekah ilmu! So uolls pon jom share ilmu bersama..agar semua usahawan ingat..nak kaya n berjaya bukan dengan marketing strategy semata.. #projekpikathatiAllah juga kena hadam n buat!

Tapi ingat yang utama niat sedekah ikhlas kerana Allah.

Manusia xboleh baca hati kita.. tapi Allah tahu-

NANTI KAKFEL EXPLAIN JUGA, Sedekah juga perlu kena pada tempatnya.. silap bagi jatuh HARAM dan kita tanggung dosa,ada yg wajib dan ada yg tidak. Jadi kita kena belajar sebelum berkata atau beri komen. Pahami konsep sebenar sedekah. Sebab dalam islam sendiri tak galakkan penipuan atau syubhah utk perkara yg kita tahu tak elok.

Untuk mengikuti perkongsian dari Kakfel, boleh follow Facebook beliau : Fellina Nadea 

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, anda dibenarkan untuk share dengan rakan-rakan anda. Tekan butang share di bawah. Terima kasih.

ANDA ADA BISNES ?

ANDA ADA JUAL PRODUK ATAU BISNES PERIBADI? BOLEH TINGGALKAN BISNES ANDA SECARA PERCUMA DI RUANGAN "FACEBOOK KOMEN" DI ATAS SECARA PERCUMA ! (ADMIN TAK AKAN DELETE)

.

.

.

.

.