Kenapa Perempuan Ramai Komen Prejudis Mengenai Kes Nahas Ini ? Tak Takut DOSA Ker ?

Friday, June 19, 2015



KETAHUI SUAMI NIKAH LAGI SELEPAS NAHAS

Begitu banyak komen pedas terhadap insiden ini. Jelas dapat dibayangkan betapa perasaan kecewa sang isteri pertama. Baru dua tahun kahwin dan sedang mengandung 4 bulan sudah ditinggalkan suami menemui Ilahi. Lebih pedih bila yang dimaklumkan turut maut adalah isteri 'baru' suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN : Terkilan, Kecewa dan Sedih...Isteri Hamil 4 Bulan Hanya Tahu Suami Kahwin Lain Selepas Suami Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya

Namun begitu, wajarkan kita yang kononnya sedang berpuasa ini menyumpah seranah semahunya, khasnya terhadap suami dan ibu mertuanya. Ada yang mengeluarkan ayat, "eloklah tu.. mak mertua yang subahat tu pun 'ikut gol' sekali", Astaghfirullah.


Poligami lelaki itu tentunya halal biar apapun alasannya. Mungkin apa yang dikatakan 'pengkhianatan' sang suami itu boleh disabitkan kesalahannya dari segi etika rumahtangga. Itu jugalah yang banyak mendapat komen 'hanyir', khususnya dari kaum wanita.

Adakah ini cara yang baik untuk kita yang tidak tahu apa cerita di sebalik kisah mereka itu? Layakkah kita melemparkan fitnah dan sumpah seranah sebegitu khasnya terhadap orang yang telah 'pergi' ? Apakah dosa besar mereka? Wajarkah kita mengutuk ibu lelaki ini yang turut terkorban? 

Jika ini rupanya akhlak seorang isteri/ibu yang mengeluarkan komen 'hanyir' sebegitu, maka bayangkan apakah akhlak anak-anak mereka? 

Lihatlah sesuatu itu seperti siapa kita, bukan seperti adanya. Jika setiap kemalangan kita letakkan sebagai kifarah dosa, maka berapa banyakkah lagi kemalangan yang berlaku saban hari telah melibatkan insan yang tidak berdosa? 

Hari ini, seorang isteri lebih mudah memaafkan suaminya yang berselingkuh, bermain kayu tiga dan berzina secara haram kerana itu tidak menjejaskan perkongsian dengannya secara kekal. Malah ada isteri yang membiarkan sahaja suami kedua meniduri anak tirinya. Yang penting jangan sampai bernikah lagi dan dia dimadukan. Adakah pendirian ini bersandarkan basmalah? atau nafsu? Fikir-fikirkanlah...

"Innalillahi wainna ilaihirojiun".
Alfatihah buat mereka yang telah pergi.

Renungan pada kisah awal Ramadhan

WARGA PRIHATIN

ANDA ADA BISNES ?

ANDA ADA JUAL PRODUK ATAU BISNES PERIBADI? BOLEH TINGGALKAN BISNES ANDA SECARA PERCUMA DI RUANGAN "FACEBOOK KOMEN" DI ATAS SECARA PERCUMA ! (ADMIN TAK AKAN DELETE)

.

.

.

.

.