Staf AirAsia Melayu ini halang saya ke KK untuk tengok anak sedang operate !

Thursday, January 21, 2016



Inilah nilai melayu...penerbangan saya 4.30 petang KL-KK, pekerja ini langsung tak ada SERVIS LAYANAN yang bagus. Saya cuba untuk minta tolong dan terangkan kenapa saya lambat. Dia jawab saya ini "KENAPA TAK DATANG ESOK JE KAK ?"

Apakah bengongnya ? Kalau flight saya esok then saya datang esok la !

Ni flight saya hari ini pun first time terlambat sebab tau juga sistem Airasia yang cekik darah ni macamana ? Dorang delay kita tunggu sejam selepas waktu departure boleh ! Tapi kalau kita lewat setengah jam sebelum departure tak boleh ?

Berbalik kat lelaki ni...saya ingatkan dia akan tolong saya untuk check in sebab saya hanya lambat 50 minit. Saya tak ada check in bagasi pun. Gate hanya ditutup sejam. Beza dia 10 minit saya lambat pun langsung dia tak nak tolong ? Ya Allah ?! lagi saya minta dengan dia elok² dia kata tak boleh ! Siap bagitau dia kerja dah tolong beratus² orang dalam 1 kapal yang sama saya naiki...


Saya minta lagi. Bagi la saya yang last ni dari yang beratus tu sebab akak kena balik kampung juga jumpa anak akak nak operation ! Langsung dia tak ada hati perut ! Dia kata bukan dia tak nak tolong kalau boleh siap nak angkat saya sekali depan pintu gate naik kapal tu ? Saya tak minta macam tu pun.

Saya minta tolong tapi dia buat muka tak layan kita. Ya Allah...tuhan saja yang tau. Siap jerit² kat saya lagi. Saya tak akan kurang ajar tapi dia yang jawab saya kurang ajar dulu. Last² saya ambik tangkap gambar dia lepas tu dia warning kat saya ''KALAU MUKA DIA JADI VIRAL KAT FB DIA AKAN SAMAN SAYA!"

Di mana silap saya ? Kalau dia layan saya elok² takkan saya buat benda ni untuk mnyedarkan dia !

After our conversations, saya pegi tanya kaunter sebelah di mana management. So saya pergi kaunter servis tanya dimana management department ofis airsia ? Konon nak komplen je tapi keajaiban berlaku, dua orang staf lelaki India yang layan saya penuh beradab budi bahasa tanya saya elok, flight pergi ke mana ? So saya jawab pergi KK...

Ya Allah...nasib baik mereka sudi tolong saya ! Flight lagi setengah jam dah nak bertolak. Alhamdulillah dalam rancangan Allah saya dapat juga naik kapal ni pergi KK.

Tolong saya kawan² viral dulu dia ni sekejap...sekejap je...thank you...

Maaf saya tak sempat tangkap gambar 2 orang staf india tu. May God bless them both !

Ditulis daripada Sheila Mel



ANDA ADA BISNES ?

ANDA ADA JUAL PRODUK ATAU BISNES PERIBADI? BOLEH TINGGALKAN BISNES ANDA SECARA PERCUMA DI RUANGAN "FACEBOOK KOMEN" DI ATAS SECARA PERCUMA ! (ADMIN TAK AKAN DELETE)

.

.

.

.

.