Coretan khas kisah sayu bayi usia 2 bulan bertarung nyawa di ICU ini pasti buat anda rasa sayu...

Thursday, January 21, 2016



Coretan khas kisah sayu bayi usia 2 bulan bertarung nyawa di ICU ini pasti buat anda rasa sayu...

Anak Syurga

Bismillah...di saat Uncle Yie tulis nih, baby wafi dah selamat disemadikan. Alhamdulillah, syukur kepada Allah serta salam ke atas Rasulullah atas peluang untuk Uncle Yie dan rakan rakan dapat kenal wafi walaupun seketika.

Uncle Yie tak tahu kenapa, sebelum Wafi lahir lagi. Uncle Yie cukup kagum dengan semangat dan pengorbanan ibu dan ayah Wafi. Masih ingat lagi, sebelum Wafi lahir, due date dah esok hari. Ibu Wafi masih lagi mengagahkan diri membantu ayah Wafi mencari rezeki. Uncle Yie tengok je dari jauh. Besar sungguh pengorbanan ibu Wafi. Tak sama macam ibu ibu lain, ibu wafi orangnya hebat, beruntunglah ayah wafi dapat seorang isteri yang taat dan solehah. Sanggup bersusah payah disisi suami tercinta.


Dari saat itu, uncle yie mula merasa kagum dengan ibu dan ayah wafi. Dari situ lah, kami kenal. Lama kelamaan kami jadi rapat. Disamping kawan kawan lain disisi. Entah kenapa, kami baru sahaja kenal, tapi kami rasa macam dah lama kenal dan kami rasa mcm adik beradik. Alhamdulillah, tidak lama lepas tuh, wafi selamat dilahirkan ke dunia nih. Ibu dan Ayah wafi gembira sangat masa tuh. Anak sulung pertama...

Ayah wafi rajin orangnya. Sangat rajin, semangat dia tak pernah putus. Dia berusaha siang dan malam mencari rezeki untuk wafi dan ibu. Kadang-kala kesian uncle tengok, dalam hati duk fikir.. Macamana aku nak bantu ayah wafi nih. Sebab ayah wafi nih memang tak pernah suka menyusahkan orang lain. Dia akan cuba sedaya upaya dia sendiri. Dia tak mahu susahkan orang lain. Semangat dia tuh buat uncle yie makin nak rapat dengan ayah wafi nih.



Satu petang tuh, uncle yie dan uncle jak bercadang nak belikan hadiah untuk wafi dan ibu. Sebab uncle yie tahu, tentu ayah wafi suka sangat. 1 jam lebih kami kat baby store tuh. Nak pilih hadiah untuk wafi dan ibu. Pening jugak nak beli hadiah baby nih ye. Ayah wafi ada berhajat nak beli sesuatu untuk wafi, tapi mungkin menunggu masa yang sesuai. Walauapapun alhamdulillah...bila bagi kat ayah wafi malam tuh, nampak dia suka sangat. Siap ambik gambar wafi sebelah hadiah besar gedebak tuh. Hilang segala penat lelah dia malam tuh. Kami pun gembira bila dapat tengok ibu dan ayah wafi gembira. Tak putus putus dia cakap alhamdulillah, rezeki anak rezeki anak...

Alhamdulillah, uncle yie dapat peluang jadi tetamu Allah kali nih, dah lama uncle yie doa nak pergi ke tanah haram tuh. Uncle yie semangat gila masa tuh. Ayah wafi kirimkan doa untuk wafi dan keluarga wafi. Kalau boleh dia nak mintak tolong belikan jubah atau baju untuk wafi kat sana. Bila sampai kat sana, benda yang mula mula uncle yie cari ialah jubah dan baju untuk wafi. Uncle yie beli saiz besar sikit sebab nak tengok wafi pakai bila wafi belajar berjalan nanti. Mesti hensem macam orang arab. Ayah wafi happy sangat bila dapat hadiah tuh. Dia simpan katanya. Tunggu wafi besar sikit :-)

Bila wafi masuk hospital jumaat tuh, kami semua terkejut. Kenapa? Apa yg berlaku. Semua orang risaukan wafi. Ayah dan ibu wafi tak putus putus doakan kesihatan wafi. Kesian kami tengok ibu dan ayah wafi, sedih sangat diorang masa tuh.. Bila dapat tahu wafi kena bedah ahad tuh, satu malaysia doakan wafi masa tuh. Ya Allah, masa tuh uncle yie tersedar. Wafi nih "ANAK BERTUAH". Umur wafi masa tuh baru 2 bulan lebih, tapi wafi dah berjaya satukan orang ramai untuk doa kepada Allah memohon agar wafi cepat sembuh. Besar sungguh keagungan-Mu ya Allah. Keluarga wafi, rakan rakan ibu dan ayah wafi tak putus putus datang membantu dalam segala perkara. Ayah wafi ada bagitahu, seorang hamba Allah entah dari mana, menawarkan diri untuk menanggung segala kos rawatan wafi. Semoga Allah merahmati beliau dan keluarganya insya-Allah. Wafi BERTUAH sangat. Detik tuh juga, uncle yie tersedar, kenapa aku sayang sangat budak nih? Aku tak pernah peluk, aku tak pernah cium, aku hanya sempat memegang jarinya sahaja...Persoalan nih semua terjawab bila ayah wafi tarik dan paksa uncle yie masuk dalam ICU dan lihat sendiri keadaan wafi.

Masa tuh wafi baru lepas pembedahan, wayar penuh di badan wafi.. Ya Allah...Aku dahulu pernah berada dalam keadaan seperti anak kecil ini. 2008, 8 tahun yang lalu. Disaat dimana uncle yie kemalangan dan terpaksa melakukan pembedahan dikepala. Dari saat itu, uncle yie setiap hari mencari apakah makna aku hidup hari ini? Kenapa tuhan tidak mencabut nyawaku saat itu? Sedangkan doktor memberitahu bahawa peluangku pada waktu itu hanyalah 50-50...Nah, ini dia jawapan dari-Nya. Anak kecil ini berada dalam kesukaran dan kepayahan sama sepertimu dahulu. Maka nikmat apakah lagi yang ingin kau dustakan?

Dari detik itu, sebab dan tujuan hidup uncle yie makin jelas. Uncle yie tahu apakah ertinya hidup. Dari saat itu, uncle yie dan kawan kawan tak henti-henti mendoakan wafi dan membantu ibu dan ayah wafi sedaya mungkin. Dengan harapan agar wafi dapat sembuh dan melihat sendiri pengorbanan yang dilakukan oleh semua orang untuk wafi. Wafi anak bertuah...

Namun Allah itu sebaik-baik perancang. Pagi tadi, wafi dijemput oleh-Nya pulang...Ya Allah, menitis air mata saat mendengar perkhabaran itu. Wafi lebih beruntung dari uncle yie. Wafi suci, wafi dah menjadi ANAK SYURGA...beruntunglah ibu dan ayah wafi, beruntunglah mereka mendapat nikmat dan rahmat disebalik ujian ini. Berehatlah wafi, tenang dan damailah kau disana duhai anak.. Semoga Allah merahmatimu dan keluargamu senantiasa.. Terima kasih kerana sudi hadir dan membawa seribu satu pengajaran bagi diriku.

إنا لله وإنا إليه راجعون

Salam sayang dariku buatmu ANAK SYURGA. - NMA.

Ahmad Zakir Wafiuddin Bin Yazmin

ANDA ADA BISNES ?

ANDA ADA JUAL PRODUK ATAU BISNES PERIBADI? BOLEH TINGGALKAN BISNES ANDA SECARA PERCUMA DI RUANGAN "FACEBOOK KOMEN" DI ATAS SECARA PERCUMA ! (ADMIN TAK AKAN DELETE)

.

.

.

.

.