"Ini rumah apa ye? Untuk yang terlanjur?"

Tuesday, October 06, 2015



Ceritanya, kisah larut malam. Pukul 10:38 pm tu bagi saya dah larut malam, sebabnya waktu saya tidor pukul 09:00 pm. Malam tadi selepas solat maghrib saya ke hospital Sultanah Aminah untuk jemput ibu dan bayi baru lahir pulang ke rumah.

Selepas bayar bil, naik ke wad di tingkat 3, kemudian turun, pergi ke wad bayi di A2 pulak. Selesai urusan discaj bayi, terus pulang. Sampai rumah, baby gemuk rambut pacak dah tidor dalam buai. Saya angkat tidorkan sebelah saya supaya mudah untuk menyusukan bila bayi lapar.

Pukul 10:38 malam, ada panggilan masuk. Mula tak nak jawap, takut ada panggilan penting, saya jawab panggilan tu.

"Boleh saya tahu saya bercakap dengan siapa?" Suara seorang lelaki.

"Kamu nak telefon siapa?"

"Ini rumah apa ye? Untuk yang terlanjur?"

"Boleh saya tahu siapa yang bercakap, dan ada urusan apa?"

"Nak tanya bagi pihak kawan."

"Siapa kawan tu? Dia mengadung?"

"Entahla.. Tak tahu dia mengadung atau tidak."

"Macam nilah suruh kawan tu berhubung dengan saya jika kamu tak tahu ."

"Eh...tak beradapnya, saya tanya tak nak jawap. " Suara lelaki itu berkata.

"Terpulang kepada encik lah...saya cuma berurusan dengan yang berkenaan saja."

Seterusnya saya diam dan off telefon. Suami sebelah dengar saja. Saya bebel sendiri di sebelah suami, " dia telefon larut malam ni beradap pulak. Jika tak penting, tunggulah siang esok aja."

Hmmm...antara cabarannya. Manusia ni suka buat penilaian dari perbualan di telefon, jumpa tidak, kenal pun tidak, apa tah lagi untuk tahu kerja yang orang lakukan.

Ikutkan saya, saya sendiri berada di dalam persimpangan petang semalam, antara keluarga sendiri dengan ummah. Anak saya perlu menghadiri kursus induksi untuk perlantikan sebagai pegawai perubatan, dan titipkan 3 orang anak berumur 3 bulan, 2 tahun dan 4 tahun. 4 hari saja pun.

Mana saya nak dahulukan, anak cucu sendiri atau ummah? Yang gemuk, rambut pacak ni perlu perhatian sepenuh masa.

Maka saya lakukan dua dua, keluar selepas maghrib sementara sigemuk rambut pacak tidor untuk urus bawa balik ibu dan bayi ke rumah. Alhamdulillah , sampai rumah, sigemuk rambut pacak belum terjaga dari tidur.

Ditulis Oleh Baitus Solehah

ANDA ADA BISNES ?

ANDA ADA JUAL PRODUK ATAU BISNES PERIBADI? BOLEH TINGGALKAN BISNES ANDA SECARA PERCUMA DI RUANGAN "FACEBOOK KOMEN" DI ATAS SECARA PERCUMA ! (ADMIN TAK AKAN DELETE)

.

.

.

.

.