Isu gerai Auntie berbangsa India ni yang sampai bersepah makanan lepas diangkut penguatkuasa di hadapan Hospital Raja Permaisuri Bainun dah viral. Ramai yang marahkan penguatkuasa konon mereka yang sepahkan makanan tersebut.
Ramai saksi yang maklumkan kepada kami pihak berkuasa terpaksa ambil tindakan selepas mendapat laporan penjualan tersebut mengganggu laluan Ambulan untuk keluar masuk di kawasan hospital tersebut dan makanan tu disepahkan auntie tersebut sendiri sebagai tanda protest.
Pendedahan 1
"Kes ni coz penjaja tu yang menjadikan jalan sesak. Orang awam complain kenapa biarkan penjaja berniaga halang laluan keluar amsuk. Kalau nak tau, mereka ni siap ugut. Parking mereka, book untuk mereka menjaja...padahal parking tak cukup di Hospital.
Ramai pesakit nak parking bertekak dengan mereka.
Kebersihan tak dijaga. Dah nasihatkan MBI dan persatuan penjaja setuju. Mereka ni degil. Menyusahkan lagi orang dan gambar tu bukan salah penguatkuasa. Mereka dah cakap secara elok, India tu yang buang makanan dia atas jalan.
Aku ada masa kejadian. Sepatutunya tak diviralkan. Sejarahnya memang mereka menjadikan fasiliti hospital lagi teruk. Buat kotor...that yang hospital kerajaan nampak tak cantik" - Asyraf Muhamad
Pendedahan 2
"Ini adalah kes tipu. Aunty itu yang sendiri taburkan semua makanan. Then aunty itu suruh pegawai kutip sendiri. Aunty itu memang tak ada lesen tapo pegawai itu tak buang rezeki aunty." - Kalaichelvan Selvam
Pendedahan 3
( http://peraktoday.com.my/ )
IPOH: Pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menafikan tindakan kasar yang dilakukan oleh penguatkuasanya terhadap seorang penjaja makanan seperti yang ditunjukkan melalui gambar yang telah diviralkan di laman media sosial sejak semalam.
Gambar tersebut menunjukkan seorang wanita India sedang tertunduk sambil hasil jualannya yang bertaburan di atas jalan raya dan kelihatan pihak penguasa MBI berada di lokasi itu.
Individu yang memuat naik gambar tersebut mendakwa pihak Penguatkuasa MBI telah bertindak kasar dengan menaburkan barang jualan penjaja tersebut di atas jalan raya.
Menurut Setiausaha Bandaraya, Mohd Zakuan Zakaria kejadian tersebut sememangnya berlaku di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) namun pihaknya memberi jaminan bahawa tindakan tersebut tidak pernah berlaku.
Namum bagaimanapun, beliau bakal memberikan kenyataan penuh berhubung insiden berkenaan setelah mengadakan perbicangan dengan pihak hospital petang ini.
“Berhubung tindakan penyebaran isu dilihat tindakan mencemar nama baik pihak Majlis Bandaraya Ipoh.
“Perkara ini perlu dapatkan perbincangan lanjut daripada pihak hospital kerana ianya berlaku dalam kawasan hospital,” katanya.
Tegasnya lagi, situasi yang dinyatakan dalam viral berkenaan adalah tidak benar dia mencemar nama baik MBI dan sekaligus menjejaskan nama baik kerajaan negeri.
“Saya melahirkan rasa dukacita kerana isu disebarkan tanpa penjelasan lanjut namun ada beberapa pihak dan saksi telah menjelaskan perkara sebenar.
“Yang salah tetap salah jika kami salah kami akan mintak maaf tapi dalam kes ini saya peringkat awal bukanlah salah oleh pihak kami dan akan dijelaskan nanti,” katanya.
Tambahnya lagi, Penguatkuasaan penjaja tanpa lesen perlu merujuk kepada pihak MBI dan memohon lesen dan pihak MBI akan melihat kesesuaiannya.
Ujarnya MBI seharusnya dilihat bagi membantu peniaga menambah pendapatan dan pelbagai aduan berkaitan dengan penjaja tanpa lesen diterima termasuklah pejaja yang turut mempunyai lesen tapi masih berniaga di lokasi tidak sepatutnya juga ada.
“Pasar-pasar antaranya mereka berniaga sehingga ke simpang jalan dan banyak operasi dijalankan tetapi kita masih beri kelonggaran.
“Apabila disebarkan ini saya tidak mahu sebarang isu membabitkan kerajaan negeri kerana pelbagai bantuan telah disalurkan,” katanya.
Semua pihak dinasihati supaya memahami keadaan yang berlaku dan pihak MBI perlu mengambil tindakan terhadap penjaja yang tidak memiliki lesen namun MBI tidak akan mengambil tindakan seperti yang ditunjukkan iaitu membuang hasil perniagaan.
“Ianya tidak berlaku saya berani jamin,” katanya.