"Melayu tiada pilihan selain UMNO" - Menteri Kemajuan Luar Bandar

Monday, August 10, 2015



Suasana politik negara yang getir pada masa kini menjadikan orang Melayu dan Bumiputera di negara ini tidak mempunyai pilihan selain mengekalkan Umno sebagai tunggak pemerintah di negara jika mahu masa depan mereka serta agama Islam terus terbela.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata  perpecahan hanya akan merugikan orang Melayu yang akhirnya akan menyebabkan pemerintahan negara dikuasai oleh orang lain.

"Jadi pilihan orang Melayu adalah mengekalkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno ataupun terus biarkan ia diruntuhkan," katanya.

Ismail yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan dasar ketua bahagian pada mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Bera di Kompleks Rakan Muda hari ini.

Dalam masa yang sama, katanya fitnah yang dilemparkan terhadap presiden parti, Datuk Seri Najib Razak perlu ditolak kerana ia akan melemahkan parti menjelang pilihan raya umum akan datang.

Dalam masa yang sama, beliau juga mengingatkan jentera Umno supaya turut membantu parti menjelaskan kepada agar umbi dan rakyat tentang isu-isu semasa yang dibangkitkan melalui laman sosial. – Bernama, 9 Ogos, 2015.

SUMBER

ANDA ADA BISNES ?

ANDA ADA JUAL PRODUK ATAU BISNES PERIBADI? BOLEH TINGGALKAN BISNES ANDA SECARA PERCUMA DI RUANGAN "FACEBOOK KOMEN" DI ATAS SECARA PERCUMA ! (ADMIN TAK AKAN DELETE)

.

.

.

.

.