Kisah Muallaf 4 Anak Yang Kematian Suami Ini. Dicemuh Sehingga Berpindah Dan Hanya Mampu Bayar Sewa Rumah RM50 Sahaja !

Saturday, July 04, 2015



Nak dijadikan cerita. Allah Maha Agong..

Aku ni dah seminggu angin satu badan dgn famili tingkat 4.. hari2 buang sampah dari beranda hingga mengotorkan kereta aku... ptg tadi nak dijadikan cerita, sebaik saja masuk parking, tiba2 sebiji bola betul2 jatuh atas bumbung kereta.. nasib baik tak kemek atau calar.. tapi kereta baru dua bulan keluar kedai tentulah sayangkan..

Tanpa lengah, aku terus bergegas naik ke tingkat 4 dan ketuk pintu.. budak lelaki buka pintu.. aku tanya.. "ayah ada?.. budak tu heleng.. "mak ko ada?.. "ada..ama.." sambil panggil ibunya... tiba2 aku lihat kelibat seorg wanita teraba-raba dtg ke pintu.. "ada apa? tanyanya dlm pelat india.. aku pun cerita dari A sampai Z... dia kemudian marah2kan anaknya sambil nangis... rupanya dia mualaf..baru 4 bulan peluk Islam. Suaminya meninggal dunia. Tinggal dia bersama 4 anak. 3 darinya muslim, yg sulung masih beragama hindu.. dia miskin.. anak2nya anak yatim. Hidup tak menentu.. tiba2 saja aku insaf dan minta maaf kerana berkasar... tiga anaknya budak baik.. mereka tak tahu apa2..


Masa aku jumpa mereka jam dah kol 5.30 ptg. Aku tanya puasakah? Mereka kata, puasa. Aku tanya berbuka puasa dgn apa? Dia jawab, nasi sama ikan kering. Kemudian aku minta izin nak bawa tiga anaknya keluar ke bazar Ramadan. Dia nangis terharu.. sejam aku ke bazar Ramadan..beli lauk, minuman dan kuih muih..seronok tengok anak2nya pilih lauk dan kuih.. sampai di rumah, aku hulurkan sikit wang ringgit atas niat sedekah.. makin kuat ibu tunggal ini menangis. Dia adalah OKU cacat penglihatan. Kalau ada sesiapa nak bantu..boleh hubungi saya.. saya ambik tiga anaknya sebagai anak angkat...

minggu depan nak bawa mereka beli baju raya.. ini raya pertama mereka sbg Muslim. Lepas peluk Islam, keluarga ni berpindah berjiran dgn aku sbb dicemuh dan dihalau oleh jiran2 sebangsanya yg marah dia tukar agama.

Dia tinggal menyewa di sini dgn kadar RM700 sebulan, tapi mampu bayar RM50 sebulan je.. selebihnya Majlis Zakat bayar.. sama2lah kita pakat bantu keluarga baru ini.. yg ada duit lebih tu hulur2lah utk ringan keluarga ini.

Mereka perlu dibimbing dan aku akan cuba sebaik mungkin utk keluarga ini terus menjalani kehidupan.

Alamat rumah sewanya Blok F4-12, Apartmen Golden Villa, Jalan Temenggong, Taman Sejahtera, Klang Selangor.

dari facebook Dee Pasir Mas





ANDA ADA BISNES ?

ANDA ADA JUAL PRODUK ATAU BISNES PERIBADI? BOLEH TINGGALKAN BISNES ANDA SECARA PERCUMA DI RUANGAN "FACEBOOK KOMEN" DI ATAS SECARA PERCUMA ! (ADMIN TAK AKAN DELETE)

.

.

.

.

.