Tekanan terhadap YAB Perdana Menteri semakin berat ekoran kontroversi 1MDB.
Sebelum ini adik kandung beliau sendiri mengeluarkan kenyataan yang menuntut semua eksekutuf 1MDB dipecat. Kini Timbalan Perdana Menteri sendiri mengeluarkan kenyataan yang sama. Beliau malah menyarankan agar mereka bukan sahaja dipecat, malah diserahkan kepada pihak polis untuk disiasat dan diadili.
Jika isu GST, menteri sepintar Datuk Ahmad Maslan boleh bersilat dan goreng sana sini, tetapi dalam video ini jelas kelihatan beliau pun mati kutu. Sepanjang rakaman beliau hanya kelihatan tunduk dan tidak langsung angkat muka. Lebih-lebih lagi apabila YAB TPM menyebut kita bukan sahaja perlukan inteligen, tetapi juga perlu 'smart'.
YAB TPM sendiri mengatakan tidak pernah terfikir bagaimana boleh sebuah syarikat yang baru setahun jagung telah berhutang RM42 Bilion dan membayar bunga ratusan juta sebulan. Beliau bahkan mengatakan tidak pernah terfikir ada mana-mana syarikat yang sanggup menanggung faedah setinggi itu.
Nampaknya semua desakan ini menambah tekanan dari gesaan bertalu-talu yang dibuat oleh Tun Mahathir, parti pembangkang dan juga rakyat jelata (termasuk ahli dan pemimpin parti UMNO itu sendiri).
Seorang penganalisis dalam ulasannya mengenai perkembangan ini mengatakan bakal ada satu kejutan besar pada sekitar jam 4.30ptg, 26 Mei 2015 nanti. Kami tidak berapa pasti peristiwa apakah yang bakal berlaku merujuk kepada kenyataan itu.
KESILAPAN YANG NYATA
Satu kesilapan yang paling nyata kami lihat dalam isu 1MDB ini ialah apabila DS NAJIB selaku Perdana Menteri sendiri terlibat dalam lembaga eksekutif 1MDB. Pada masa yang sama beliau juga jadi Menteri Kewangan yang tentunya terlibat secara langsung dalam meluluskan apa sahaja permohonan 1MDB.
Scenario ini dilihat amat aneh. Ia seperti YAB PM memohon sesuatu untuk syarikatnya, kepada dirinya sendiri di MOF, dan beliau sendiri mewakili MOF meluluskannya. Sama juga halnya dengan CEO organisasi pemegang dana awam lain yang turut berada dalam BOD 1MDB, kemudian meluluskan permohonan 1MDB dari institusi mereka.
Terlalu banyak 'conflict of interest' dalam 1MDB. Jika tidak berlaku krisis tidak mengapa juga. Tetapi apabila timbul masalah berat seperti ini, maka tentulah amat sukar bagi YAB PM dan pegawai MOF untuk menjawabnya.
Oleh itu apabila MOF sendiri mengatakan akan membantu 1MDB untuk penstrukturan semula krisis keuwangannya, maka rakyat melihat ia seperti ada sesuatu yang tidak kena. Lebih menyakitkan hati rakyat apabila Jho Low, seorang petualang kaki joli turut diberi amanah mengurus dana sebesar itu.
Lebih aneh lagi apabila jawapan bertulis YAB PM kepada Parlimen pula diakui sendiri telah tersilap. Apabila pengakuan itu hanya dibuat setelah tembelang itu pecah, maka rakyat melihat ia sebagai siri KEGAGALAN kepada usaha menyembunyikan hal yang sebenarnya berlaku dalam kontroversi 1MDB ini.
(Mereka yang agak brutal tegas mengatakan 'kesilapan ini' sebagai satu siri pembohongan, hanya kerana ingin menutupi penipuan yang pertama).
Apapun, kita harus teruskan berdoa dan mencari hidayah terbaik agar ada satu jalan penyelesaian segera untuk krisis 1MDB ini.
Kita tidak mahu rakyat marhaen yang daif dan naif turut dibebani dengan kesan hutang mega yang tidak mereka tahu hujung pangkalnya ini.
WARGA PRIHATIN
KENYATAAN TERBUKA YAB TPM TENTANG 1MDB
Tekanan terhadap YAB Perdana Menteri semakin berat ekoran kontroversi 1MDB. Sebelum ini adik kandung beliau sendiri mengeluarkan kenyataan yang menuntut semua eksekutuf 1MDB dipecat. Kini Timbalan Perdana Menteri sendiri mengeluarkan kenyataan yang sama. Beliau malah menyarankan agar mereka bukan sahaja dipecat, malah diserahkan kepada pihak polis untuk disiasat dan diadili.Jika isu GST, menteri sepintar Datuk Ahmad Maslan boleh bersilat dan goreng sana sini, tetapi dalam video ini jelas kelihatan beliau pun mati kutu. Sepanjang rakaman beliau hanya kelihatan tunduk dan tidak langsung angkat muka. Lebih-lebih lagi apabila YAB TPM menyebut kita bukan sahaja perlukan inteligen, tetapi juga perlu 'smart'.YAB TPM sendiri mengatakan tidak pernah terfikir bagaimana boleh sebuah syarikat yang baru setahun jagung telah berhutang RM42 Bilion dan membayar bunga ratusan juta sebulan. Beliau bahkan mengatakan tidak pernah terfikir ada mana-mana syarikat yang sanggup menanggung faedah setinggi itu.Nampaknya semua desakan ini menambah tekanan dari gesaan bertalu-talu yang dibuat oleh Tun Mahathir, parti pembangkang dan juga rakyat jelata (termasuk ahli dan pemimpin parti UMNO itu sendiri).Seorang penganalisis dalam ulasannya mengenai perkembangan ini mengatakan bakal ada satu kejutan besar pada sekitar jam 4.30ptg, 26 Mei 2015 nanti. Kami tidak berapa pasti peristiwa apakah yang bakal berlaku merujuk kepada kenyataan itu.KESILAPAN YANG NYATASatu kesilapan yang paling nyata kami lihat dalam isu 1MDB ini ialah apabila DS NAJIB selaku Perdana Menteri sendiri terlibat dalam lembaga eksekutif 1MDB. Pada masa yang sama beliau juga jadi Menteri Kewangan yang tentunya terlibat secara langsung dalam meluluskan apa sahaja permohonan 1MDB.Scenario ini dilihat amat aneh. Ia seperti YAB PM memohon sesuatu untuk syarikatnya, kepada dirinya sendiri di MOF, dan beliau sendiri mewakili MOF meluluskannya. Sama juga halnya dengan CEO organisasi pemegang dana awam lain yang turut berada dalam BOD 1MDB, kemudian meluluskan permohonan 1MDB dari institusi mereka.Terlalu banyak 'conflict of interest' dalam 1MDB. Jika tidak berlaku krisis tidak mengapa juga. Tetapi apabila timbul masalah berat seperti ini, maka tentulah amat sukar bagi YAB PM dan pegawai MOF untuk menjawabnya.Oleh itu apabila MOF sendiri mengatakan akan membantu 1MDB untuk penstrukturan semula krisis keuwangannya, maka rakyat melihat ia seperti ada sesuatu yang tidak kena. Lebih menyakitkan hati rakyat apabila Jho Low, seorang petualang kaki joli turut diberi amanah mengurus dana sebesar itu. Lebih aneh lagi apabila jawapan bertulis YAB PM kepada Parlimen pula diakui sendiri telah tersilap. Apabila pengakuan itu hanya dibuat setelah tembelang itu pecah, maka rakyat melihat ia sebagai siri KEGAGALAN kepada usaha menyembunyikan hal yang sebenarnya berlaku dalam kontroversi 1MDB ini.(Mereka yang agak brutal tegas mengatakan 'kesilapan ini' sebagai satu siri pembohongan, hanya kerana ingin menutupi penipuan yang pertama).Apapun, kita harus teruskan berdoa dan mencari hidayah terbaik agar ada satu jalan penyelesaian segera untuk krisis 1MDB ini. Kita tidak mahu rakyat marhaen yang daif dan naif turut dibebani dengan kesan hutang mega yang tidak mereka tahu hujung pangkalnya ini.WARGA PRIHATIN
Posted by Warga Prihatin on Thursday, May 21, 2015