.jpg)
Kuala Lumpur – Satu klip video memaparkan pengakuan seorang pembantu rumah warga Indonesia kononnya menyatakan rakan senegaranya mendapat kad pengenalan (MyKad) tersebar di laman sosial Facebook sejak semalam.
Lebih mengejutkan, amah itu turut mengakui bahawa rakannya itu juga layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Video berdurasi 3 minit 16 saat itu dipercayai dirakam seorang pemuda Cina dan kemudiannya menjadi viral di laman media sosial.
Menerusi rakaman tersebut, amah itu menceritakan bahawa rakannya itu baru saja menerima MyKad sekitar tiga bulan lalu tanpa perlu mengeluarkan sebarang bayaran.
“Baru dapat tiga bulan sebelum ini… Tak keluar (bayar) sesen pun..
“Dapat IC pun.. Lagi dapat duit! (RM500 BR1M). Itu pasal saya pelik sangat,” katanya dalam klip video tersebut.
Dalam rakaman itu juga, pemuda berkenaan turut bertanya kepada wanita itu mengenai pihak yang memberikan MyKad dan bantuan tersebut tetapi amah itu memberi jawapan tidak tahu.
Pembantu rumah itu turut mendedahkan bahawa rakannya telah menetap di Malaysia selama 15 tahun tanpa memiliki sebarang dokumen perjalanan dan pasport.
Dakwa wanita itu lagi, individu yang memberikan MyKad dan BR1M mempunyai hubungan yang rapat dengan ketua kampung yang dipercayai di Kelana Jaya yang membolehkan mereka mempunyai keistmewaan mendapatkan kelebihan tersebut.
Susulan itu, rata-rata pengguna media sosial meluahkan perasaan tidak puas hati dan menyarankan pihak berkuasa untuk menyiasat klip video berkenaan.
TONTON VIDEO :