Kisah Sebenar Kakitangan MAS Kurang Ajar Dengan Pelanggan (VIDEO)

Tuesday, May 12, 2015


Kuala Lumpur – Insidenn dua kakitangan syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dipercayai terbabit dalam pertengkaran dengan pelanggan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipandang serius oleh syarikat penerbangan nasional negara itu dan akan disiasat.

MAS melalui kenyataan sebelum ini berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kejadian berkenaan, yang klip video rakamannya kini tersebar meluas di laman media sosial di internet.

“Siasatan dalaman akan dijalankan dan kami memandang serius etika kakitangan, namun (pada masa sama) tidak akan membiarkan pekerja dikasari pelanggan,” katanya.

Dalam klip video berdurasi 1.16 minit itu, seorang kakitangan MAS dilihat naik berang selepas ditanya beberapa orang pelanggan mengenai penerbangan mereka.

Kakitangan lelaki berkaca mata itu dilihat mengherdik dengan suara yang kuat mengarahkan pelanggan agar bercakap seorang demi seorang, namun tidak diendahkan kumpulan pelanggan berkenaan lalu dia beredar dari situ.

Sementara itu, seorang lagi kakitangan dilihat cuba menenangkan keadaan dalam rakaman video itu.
Jurucakap MAS berkata, kejadian tersebut berlaku pada 1 Mei lalu melibatkan 30 pelanggan bagi penerbangan dari Singapura ke Hyderabad dan Bangalore.

Menurutnya, semua pelanggan terbabit sedang transit di KLIA sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi mereka.

Jelas jurucakap itu lagi, penerbangan asal mereka iaitu MH616 terpaksa ditukar kepada MH610 kerana pesawat berkenaan perlu menjalani pemeriksaan teknikal.

Namun difahamkan, apabila tiba di KLIA, penerbangan mereka sudah berlepas ke Hyderabad dan Bangalore.

“Ada pelanggan nekad mahu MAS mendapatkan penerbangan di KLIA2 dan mencari penerbangan lain pada hari yang sama, namun tiada.

“Masalah mula timbul apabila ada di antara pelanggan yang tidak membuat permohonan visa dan ianya di luar bidang kuasa (MAS),” katanya.

Kejadian tersebut akhirnya diselesaikan oleh pengurus yang bertugas mengikut kemampuan MAS membantu.

Semua pelanggan terbabit menaiki penerbangan ke destinasi masing-masing pada hari berikutnya.

TONTON VIDEO

ANDA ADA BISNES ?

ANDA ADA JUAL PRODUK ATAU BISNES PERIBADI? BOLEH TINGGALKAN BISNES ANDA SECARA PERCUMA DI RUANGAN "FACEBOOK KOMEN" DI ATAS SECARA PERCUMA ! (ADMIN TAK AKAN DELETE)

.

.

.

.

.