Maafkan abang terpaksa guna wang PTPTN sayang untuk bayar sewa rumah bagi kelangsungan bisnes kita...

Tuesday, January 26, 2016



Sedar tak sedar, 5 bulan aku berniaga. Turun naik, pahit manis dalam perniagaan yang kadang-kala aku rasa putus harapan...Allah yang tahu...Aku menangis...Allah yang tahu...

Kenari Q7 aku yang aircond rosak tu pun dah berapa bulan tak bayar. Ambank yang tahu (bulan ni pun aku tak mampu nak bayar...hahaha)

Aku tak bergaji dengan hasil jualan, Allah yang tahu...

Tapi rezeki itu tak datang bergolek, kena usaha...cuma bentuk rezeki tu memang datang dalam rupa bentuk yang kita tak sedar...

Alhamdulillah, hari ini mampu sewa kedai. Sikit² kumpul beli barang. Alhamdulillah...tapi masih banyak lagi kena usahakan (bila laa nak merasa gaji sendiri ni?)

Waktu aku menangis sampai 2 hari dulu, aku siap bawa diri ke KLIA, duduk dekat anjung...tengok kapal terbang berlepas dengan harapan kapal terbang tu akan bawa pergi masalah² dalam kepala ni jauh²... Tapi... JEREBU ! Tak nampak kapal terbang dekat mana.. Adoi..lagi tambah sedih..

Dalam waktu ni aku sedar akan rezeki hadirnya mak ayah yang tak letih² sentiasa memberi semangat. Adik² aku yang aku sayang sangat...banyak membantu aku especially Amal dan Hajar Tahir (sampai sanggup berhenti kerja) tak lupa juga adik ipar aku Ahmadsyafii'ei Abdul Kudos. Sahabat yang sentiasa memberi nasihat dan dorongan Mohd Fairuz Amedan (walaupun nasihat dia banyak yang hambar) hahaha. Dia ni merupakan taukey kaca yang sangat rendah diri dan tak nampak pun kekayaan dia...tapi dia memang kaya. Siapa² nak mintak buat pintu kaca ke apa²lah yang berkaitan kaca, boleh mintak khidmat nasihat beliau yang dah lebih 10 tahun pengalaman dengan kaca sampaikan dia menangis pun keluar air mata kaca :-P

Buat isteriku Sakinah Rohaizat yang teramat memahami aku...dikala kau dan aku tengok bini² member² kita melaram,bercuti sana sini...kau tak pernah mintak nak beli apa² pun walaupun di hari ulangtahun perkahwinan mahupun hari jadimu (baju pun duk pakai baju dari tahun 2006). Waktu ni aku rasa sangat bersyukur. Walaupun manusia ni tidak sempurna 100%, tapi inilah pengorbanan dia...sampai bagi aku pakai duit PTPTN dia untuk bayar sewa rumah. Abang minta maaf... Terima kasih banyak²...

Doakan rezeki yang bakal aku perolehi selepas ini sentiasa diberkati dan diredhai Allah...

Apa pun harus bersedia kerana hidup ini seperti bulu tangkis. Sekejap atas net, sekejap bawah net...seperti juga iman yang sentiasa berbolak balik...

Ini aku kongsikan gambar hari pertama aku berniaga dan juga kedai yang dalam pembikinan lagi...

Waktu hari pertama aku berniaga tu ada kisah lucu laa untuk aku pasal menggelabah layan 1st customer. Tapi tu nanti la aku ceritakan. Huhu...

Untuk warga Puncak Alam, maaf seminggu saya tak berniaga sebab duk setup kedai...selasa petang ni saya berniaga balik k...

Ditulis Oleh Cikedoong Anas MT



ANDA ADA BISNES ?

ANDA ADA JUAL PRODUK ATAU BISNES PERIBADI? BOLEH TINGGALKAN BISNES ANDA SECARA PERCUMA DI RUANGAN "FACEBOOK KOMEN" DI ATAS SECARA PERCUMA ! (ADMIN TAK AKAN DELETE)

.

.

.

.

.