(VIDEO) PANAS !!! Isteri meraung dan mengamuk barang jualan dirampas penguatkuasa. Mengapa sampai jadi begini ?!

Friday, September 04, 2015



VIDEO seorang wanita yang mengamuk akibat tindakan pihak berkuasa yang merampas barangan-barangan jualannya mencetuskan kekecohan di media sosial.

Menerusi video yang kini giat diperkongsikan, wanita tersebut melepaskan geramnya dengan menjerit dan membaling bekas kepada perakam video berkenaan yang dipercayai diambil oleh salah seorang anggota berkenaan.

Kejadian berlaku di hadapan sebuah sekolah yang lokasinya tidak diketahui.



Semasa kejadian, wanita berkenaan bersama seorang lelaki yang dipercayai merupakan suaminya melepaskan kemarahan dengan membaling loyang kepada anggota penguatkuasa yang merampas barang-barang jualan serta perkakasan berniaga.

Audio daripada visual tersebut jelas dapat didengar seorang pegawai penguatkuasa memberikan arahan kepada anggotanya supaya mengambil barang-barang mereka.

Sesuatu yang membuatkan hati mereka yang melihat video itu menjadi tersentuh ialah apabila kejadian itu dilihat oleh seorang kanak-kanak yang dipercayai anak wanita berkenaan yang turut menjerit melihat perlakuan ke atas peniaga itu.

Menerusi ruangan komen, seorang pengguna Facebook memberitahu, anggota penguatkuasa bertindak selepas pihak sekolah membuat aduan kepada pihak berkuasa tentang aktiviti berniaga pasangan itu yang telah menyebabkan kawasan di hadapan sekolah kotor. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

Disalin semula dari http://mynewshub.cc/

ANDA ADA BISNES ?

ANDA ADA JUAL PRODUK ATAU BISNES PERIBADI? BOLEH TINGGALKAN BISNES ANDA SECARA PERCUMA DI RUANGAN "FACEBOOK KOMEN" DI ATAS SECARA PERCUMA ! (ADMIN TAK AKAN DELETE)

.

.

.

.

.