Kuala Lumpur – Seorang wanita sedih dengan tindakan majlis perbandaran yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan apabila bertindak menangkap anjing-anjing liar di kawasan perumahannya.
Melalui status dan rakaman video yang dimuatnaik di laman Facebooknya, wanita yang dikenali sebagai Putri Nur Syuhadah Zainal itu dilihat berulang kali merayu agar anjing tersebut dilepaskan.
“Kenapa nak tangkap anjing ni, anjing ni saya selalu bagi makan, tak ada pun dia nak kacau orang” katanya dengan nada sedih kepada salah seorang anggota majlis perbandaran yang sedang menjalankan operasi menangkap anjing liar dibelakang rumahnya.
“Ini anjing liar, tak boleh kak kalau nak bela kena ada lesen (dan) pihak kami menerima aduan (anjing liar)” ujar salah seorang pegawai majlis perbandaran yang bertugas.
Menurut Puteri, dia sangat terkilan dengan tindakan jirannya yang di katakan pernah meracun anjing dan kucing di kawasan perumahannya.
“Maaf, tak ada niat nak burukkan melayu, aku mintak maaf dengan org melayu yg terasa sebab aku ikut perasaan sgt. Pasal pakcik tua tu (jirannya), aku dah lama sgt pendam rasa marah dgn dia since kes dia racun anjing n kucing kat taman aku ni.
“Buatkan aku lagi marah, bila aku dah usaha merayu dog catcher ni lepaskan puppy ni, dah nekad aku taknak lepaskan anak anjing ni tadi, tiba2 pakcik tua tu keluar rumah terus paksa dog catcher ni angkut je puppy ni.” luahnya lagi.
Wanita tersebut turut mempertikaikan tindakan salah seorang pegawai penguatkuasa yang bertugas kerana mempertikaikan status bangsanya disebabkan usaha yang ditunjukkan untuk menyelamatkan anjing tersebut.
“Untuk my few indian neighbours tadi, thank you aunty sebab faham. Thanks sebab faham bila ada anjing2 ni berkawal belakang rumah, kes pencuri pun kurang. Maaf sebab bangsa sy tak faham kebaikan haiwan ni, just nampak keburukan yg sebenarnya bukan keburukan pun.
“Tadi pegawai meLAYU tu tanya awak ni melayu ke? Kenapa?? Melayu memang diharamkan buat baik dgn makhluk Allah ni ke?? ok, kalau buat baik dengan makhluk Allah ni dikatakan sesat melayu (melayu sesat,bukan islam ok, ada yg manipulasi ayat aku!), aku sanggup sesat sampai bila2! Kau, jiran. Kau bertanggungjawab 100% atas kematian puppy ni kalau betul puppy ni dibunuh nanti. Aku sendiri akan jadi saksi utk puppy ni kat sana nanti. Amin!” katanya lagi.
Sementara itu, menerusi komen-komen yang diterima rata-rata memuji tindakan wanita itu kerana berani untuk mempertahankan nyawa binatang yang lemah itu.
Namun ada juga sebahagiannya yang merasakan anjing liar tersebut perlu dihapuskan akibat kerosakan atau penyakit yang dibawanya. – SuaraTV