SHAH ALAM – Kekecohan perlawanan keempat Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Arab Saudi di Stadium Shah Alam malam Selasa dipercayai telah dirancang secara rapi lebih awal.
Ini berikutan sebuah mesej Whatapps mengenai strategi untuk memulakan kekecohan itu telah tersebar sejak waktu siang lagi.
Salah seorang kakitangan Mynewshub turut menerima mesej itu.
Berikut kandungan mesej yang dimaksudkan:
INFO UTK SEBARAN KEPADA KOMRAD SAHAJA
1. Pintu 10
2. Baju biasa (jersi, kasut bukan Adidas dll.)
2. Tiada corteo
3. Chant 2nd half SAHAJA
IKUT CAPO
INFO SEBARAN DALAMAN SAHAJA
Objektif: stopkan game minimum 15 minit dan tiada komrad kena tangkap
Aturcara: Majlis bermula 2nd half.
Lekir bagi isyarat ke curva.
Banner #31TahunFAMMasihTidur pasang
Cue 1 bass + 1 snare UM dari gendang SSFC Komrad kumpul
Chant satu lagu pastu majlis bermula.
Tifo budak jahat naik
Pyro diurus oleh uS dan GB13.
CC ditugaskan utk cover unit pyro dari sebarang gangguan lain.
Pyro baling sejauh mungkin kedalam padang.
Pitch invade jika OK
Target pitch invasion: benda yg tak melawan (jaring, corner flag dll)
Pasukan SBR akan bergerak pada half time utk buat kerja mereka.
Kedudukan Curva, Gate 10 ( bawah SSFC).
Komrad berpakaian jersi. Kurangkan identiti ultras. Sebarkan secara senyap pada komrad yg akan hadir. Komrad duduk berselerak sblm isyarat lekir panggil kumpul.
Banner UM akan dipasang pada lengkok hijau utk decoy.
Jika dilihat turutan kejadian malam tadi, hampir sama sepenuhnya dengan mesej yang tersebar itu.
Siasatan pihak berkuasa mungkin akan dapat merumuskan sama ada kekecohan berkenaan memang dirancang secara rapi atau berlaku dibuat oleh kelompok kecil tertentu sahaja.
Perlawanan dihentikan pada minit ke-88, betul-betul dua minit menjelang wisel penamat berikutan tindakan penyokong membaling suar ke padang.
Apa yang pasti, tindakan segelintir penyokong itu adalah untuk menghantar mesej kekecewaan mereka kepada FAM selepas negara diaibkan 0-10 oleh UAE di Abu Dhabi baru-baru ini.
Disalin semula dari http://mynewshub.cc/