CEMAS !!! Ringgit Hari Ini Jatuh Tahap Terendah, Matawang Malaysia Kini Lebih Teruk Berbanding 1998 !

Monday, July 06, 2015



KUALA LUMPUR: Nilai Matawang Ringgit Malaysia hari ini telah jatuh kepada paras terendah hari ini selepas tiada lagi tambatan ringgit pada dolar Amerika sejak tahun 2005.

Memetik laporan Astro Awani, menurut penganalisis, kejatuhan nilai ringgit ini didorong oleh situasi semasa negara Greece yang disingkir dari Zon Euro dan laporan siasatan penyelewengan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak isu wang 1MDB yang didedahkan World Street Journal.

Menurut laporan Bloomberg, sehingga jam 9.30 pagi tadi, nilai matawang ringgit telah jatuh sebanyak 0.6% kepada RM3.8025 iaitu lebih teruk berbanding semasa kegawatan ekonomi tahun 1998 di mana Tun Dr Mahathir telah menambat nilai ringgit dengan dolar Amerika Syarikat RM3.80.

Kesan kontroversi 1MDB juga turut mengheret turun ringgit sebagai prestasi  matawang paling buruk di Asia selain situasi politik luaran turut menjejaskan matawang ringgit.

Selain itu penganalisis turut menjangkakan nilai ringgit akan terus jatuh pada paras 3.80 sekiranya situasi Greece terus tidak menentu. - Siakapkeli.my

ANDA ADA BISNES ?

ANDA ADA JUAL PRODUK ATAU BISNES PERIBADI? BOLEH TINGGALKAN BISNES ANDA SECARA PERCUMA DI RUANGAN "FACEBOOK KOMEN" DI ATAS SECARA PERCUMA ! (ADMIN TAK AKAN DELETE)

.

.

.

.

.