"Nak Kerja Kat Sini? Boleh Baca Doa Qunut Tak? - Pemilik Restoran Mewah KL

Wednesday, July 08, 2015



LAGI ARTIKEL VIRAL ! : 10 Healthy Food Delivery Services That Make It Easier For Busy Malaysians To Stay Fit

Restoran Me'nate! Steak terbaik KL.

Restoran ni pernah gemparkan Malaysia apabila menyediakan steak berharga RM9300. Okay, saya tak nak cerita isu tu.

Kebetulan petang tadi pemilik restoran, Tuan Mustaffa Othman dan anak lelaki dia ada di sana, terus kami ajak borak. Peramah orangnya. Ini antara isi bualan kami yang saya boleh kongsikan;

- "Sebenarnya, asal nama restoran ni datang dari perkataan Men Ate, yang membawa maksud golongan yang memakan daging. Saya ni asal Kelantan, saya pun tambah apostrophe depan tu jadi Mē natè"

-"Saya buka restoran ni sebab sahut cabaran, menyediakan steak terbaik tanpa arak. Dan saya berjaya. Kita kan ada Allah"

-"Rahsia awet muda? Tak ada pun. Paling penting, solat subuh mesti kena jaga"

-"Anak 4 orang. Sorang baru 3 bulan kahwin, dua orang lagi bakal kawin tahun ni. Saya tak sabar nak tunggu cucu. Biarlah saya boleh tengok cucu sebelum meninggal"

-"Berpengalaman sebagai konsultan daging di beberapa pasaraya besar seperti Tesco dan pernah berkhidmat dengan NFC selepas balik ke Malaysia pada tahun 2000"

-"Semua yang masuk ke kedai saya ni saya anggap sebagai tetamu saya. Saya perlu layan dengan baik. Mereka bawa berkat. Saya tak suka protokol-protokol"

-"Kalau order steak, air di Restoran Me'nate ni semua percuma, dari air panas sampai ke air sejuk, free flow. Sebagai sedekah pada tetamu yang datang. Kita bagi 1, Allah bagi 10"

LAGI ARTIKEL VIRAL ! : 10 Healthy Food Delivery Services That Make It Easier For Busy Malaysians To Stay Fit

-"Kos saya buat air free tu RM15k. Kalau nak untung, saya boleh je charge air. Air kosong pun orang charge 30sen. Tapi saya tak nak. Yang penting mesti habiskan air, kalau tak habis saya akan charge. Hehe"

-"Ini branch ke-3 kami. Ampang, Wangsamaju dan Setapak"

-"Semua restoran kami, Ust Harun Din yang rasmikan"

-"Pengalaman paling manis saya berkhidmat dengan Queen Elizabeth ialah ketika dia sediakan surau untuk kami bertiga"

-"Pekerja saya kebanyakannya semua budak surau dan budak tahfiz. Kalau nak kerja dengan saya, saya tak pandang sijil tebal-tebal, tapi saya akan minta mereka baca Qunut depan saya. Kalau lepas, soalan saya seterusnya ialah, bila nak mula kerja?"

-"Kalau ada orang nak belajar tentang daging, saya tak kisah bawa ke dapur. Saya pernah ajar pelanggan di dapur, dia yang pening kepala. Bagi saya, rezeki dari Allah, saya tak kisah untuk ajar pada siapa yang nak belajar"

Dan banyak lagi perkongsian beliau. Best berbual dengan orang lama ni. Semoga bermanfaat.

Ditulis Oleh Zaim Zin Via Facebook

LAGI ARTIKEL VIRAL ! : 10 Healthy Food Delivery Services That Make It Easier For Busy Malaysians To Stay Fit

ANDA ADA BISNES ?

ANDA ADA JUAL PRODUK ATAU BISNES PERIBADI? BOLEH TINGGALKAN BISNES ANDA SECARA PERCUMA DI RUANGAN "FACEBOOK KOMEN" DI ATAS SECARA PERCUMA ! (ADMIN TAK AKAN DELETE)

.

.

.

.

.