Doktor pun manusia biasa !
Mendengar berita kematian salah seorang rakan sejawat hari ini cukup memilukan hati. Walaupun saya tidak mengenali beliau, kesedihan itu tetap bertamu.
Walaupun kematian sesuatu yang lumrah dalam kerjaya seharian kami, tetapi mendengar berita kematian rakan sejawat cukup membuatkan kami tersentuh dan sakitnya itu di jauh di sudut jiwa.
Dia oncall malam sebelumnya. Melihat kes-kes kritikal semalam dan menjalankan tugasannya. Hari ini dia kemalangan. Dipercayai terlalu letih.
Ini membuatkan saya teringat salah satu episod drama Grey's Anatomy. Seorang surgical resident kemalangan akibat terlalu mengantuk dan menyebabkan satu keluarga mengalami kecederaan. Kemuncaknya salah seorang ahli keluarga itu meninggal dunia.
Punca dia mengantuk kerana bekerja berjam-jam dalam satu pembedahan untuk menyelamatkan pesakit lain malam sebelumnya.
ARTIKEL VIRAL : Kami Dah Lama Marah Dengan Sistem Perkhidmatan Kesihatan ! Nak Tunggu Berapa Ramai Lagi Doktor Eksiden ?!
ARTIKEL VIRAL : Punca Sebenar Doktor Afifah Maut Di Sungai Buloh
Mungkin ini sekadar cerita drama pada penonton. Bagi saya ia boleh berlaku dalam kehidupan seharian.
Saya sendiri nyaris-nyaris terlelap sewaktu bawa kereta selepas selesai oncall semasa masih bergelar doktor pelatih dan selepas tamat syif malam di jabatan kecemasan.
Memang bahaya.
Walaupun adakalanya saya sudah tidur seketika di jabatan selesai syif dan pulang ke rumah sebaik saja bangun dari tidur. Rasa mengantuk itu masih kuat.
Doktor bukan robot. Begitu juga staf hospital yang lain. Jururawat, pembantu pegawai perubatan, PPK, pharmacist, radiographer dan yang lain-lain.
Adakalanya kami turut sakit. Lebih-lebih lagi terdedah dengan orang-orang sakit yang ada di hospital. Sakit pun bekerja kerana tidak cukup orang. Bukan nak tunjuk hebat, sebenarnya hendak ambil MC tetapi tiada pengganti.
Jadi kalau kami tidak senyum, tak usahlah ambil hati. Kami tidak larat untuk senyum kerana badan tidak sedap, dalam masa yang sama harus bekerja seperti biasa.
Kalau muka serius, tak usahlah mengata kami berlagak. Kami berfikir setiap masa apa yang terbaik untuk pesakit-pesakit kami.
Tahanlah lidah daripada memarahi kami sesuka hati hanya kerana kamu rasa menunggu lama.
Mana tahu, kami baru saja selesai buat CPR ke atas bayi berumur enam bulan. Kamu tidak tahu jika kami bekerja tidak berhenti-henti menolong orang, hatta mahu ke tandas pun sukar mencuri masa. Makan memang jauh sekali kalau terlalu sibuk.
ARTIKEL VIRAL : Kami Dah Lama Marah Dengan Sistem Perkhidmatan Kesihatan ! Nak Tunggu Berapa Ramai Lagi Doktor Eksiden ?!
ARTIKEL VIRAL : Punca Sebenar Doktor Afifah Maut Di Sungai Buloh
Memang sedih kalau kita baru lepas penat-penat selamatkan orang tetapi meninggal dunia akhirnya. Selepas itu kena marah pula kerana lambat tengok pesakit seterusnya.
Jauh pula saya melalut.
Berbalik pada kisah di atas. Kepada rakan-rakan sejawat, jaga diri kerana tidak ada orang lain yang akan mengambil berat ke atas diri kita.
Bersikap belas dan ehsan kepada rakan sejawat. Kita tidak tahu mungkin itu hari terakhir kita bercakap atau bertemu dengannya.
Hidup ini memang singkat. Kita merawat orang, kita tidak tahu bila pula kita yang akan dirawat. Sekelip mata segala-galanya boleh berubah.
POST YANG BERKAITAN KEMALANGAN INI :
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ |
Kepada orang awam, bersikap belas dan ehsan dengan petugas kesihatan.
Kamu selalu mendengar berita petugas kesihatan memarahi orang awam. Salah sedikit saja, tersebar dengan berleluasa di media sosial. Kemudian yang lain pakat-pakat menambah minyak ke api yang marak.
Tetapi sebenarnya kami juga kerap dimarahi orang awam. Cuma kami diam tidak berkata-kata.
Mengingatkan ini jalan yang dipilih dan Allah Maha Mengetahui segalanya, kami telan jua segala kata amarah yang dilemparkan.
Kami pun manusia biasa.
Saya doakan arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Sedih hati mengenangkan orang yang ditinggalkan, lebih-lebih lagi lebaran bakal menjelang. Semoga mereka diberi kekuatan menghadapi dugaan ini.
#stetoskopdanpen
Ditulis Oleh Noor Hayati Yasmin Via Facebook
ARTIKEL VIRAL : Kami Dah Lama Marah Dengan Sistem Perkhidmatan Kesihatan ! Nak Tunggu Berapa Ramai Lagi Doktor Eksiden ?!
ARTIKEL VIRAL : Punca Sebenar Doktor Afifah Maut Di Sungai Buloh