Kisah Sebenar ‘Pesta’ Curi Barang Selepas Kemalangan Yang Buat Anda Geram !!! (VIDEO)

Thursday, May 14, 2015



Kuala Lumpur – Seolah seperti ‘pesta’ atau majlis pemberian amal apabila satu klip video tersebar di laman sosial Facebook sejak semalam menujukkan aksi sekumpulan individu mengeledah sebuah van selepas terbabit dalam satu kemalangan.

Kejadian itu yang tidak dapat dikenalpasti lokasinya dirakam orang ramai sebelum dimuat naik di laman media sosial Facebook.

Dalam rakaman itu, individu yang bertindak merakam kejadian itu mendakwa beberapa pihak yang berada di lokasi kemalangan mengambil kesempatan mencuri barang dalam kenderaan mangsa.

Menerusi rakaman berdurasi 2 minit 18 saat itu, memang jelas menampakkan aksi orang ramai tanpa rasa malu dan bersalah berpusu-pusu menyelongkar van berkenaan sebelum mengagihkan barang itu seperti kotak kasut kepada orang lain.

Menurut seorang pengguna Facebook, Hafiz Lokman mengakui melihat insiden berkenaan.

“Aku ingat lagi brader (abang) tu time xcident kat tempat aku… elok-elok sahaja mangsa dah bawa pi hospital, dia pi geledah kete mangsa.

“Jumpa rayban (cermin mata), siap demo kat cermin sisi.. Menyirap je aku tengok.. Bila tegur, cakap aku nie macam bagus,” dakwanya dalam komen tersebut.

TONTON VIDEO : 

ANDA ADA BISNES ?

ANDA ADA JUAL PRODUK ATAU BISNES PERIBADI? BOLEH TINGGALKAN BISNES ANDA SECARA PERCUMA DI RUANGAN "FACEBOOK KOMEN" DI ATAS SECARA PERCUMA ! (ADMIN TAK AKAN DELETE)

.

.

.

.

.