Hati Perempuan Bakal Tutup Tirai Petang Ini. Selamat Tinggal...

Thursday, May 14, 2015



HATI Perempuan, drama yang menjadi bualan hangat peminat drama Melayu bakal berakhir malam ini.

Drama yang mendapat jumlah tontonan lebih 2 juta setiap hari, menggandingkan dua pelakon baharu yang semakin meningkat naik iaitu Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad.

Fenomena gandingan serasi dua pelakon baharu ini juga terbukti apabila siri jelajah bas #dramasangat yang berlangsung pada 18 dan 19 April lalu dipenuhi puluhan ribu peminat setia ekoran menunggu kehadiran dan sanggup bersesak-sesak di kesemua lokasi jelajah semata-mata untuk menemui teraju utama kisah itu.

Hati Perempuan berkisarkan mengenai Yuhanis (Mia Ahmad), seorang gadis berkerjaya namun tegas serta berdikari dan berkahwin dengan peneraju Paradigma Holding, Tengku Zaril yang menjadi kegilaan gadis-gadis kerana ketampanan dan kekayaannya.

Perkahwinan yang terbina bukan atas dasar cinta ini diuji apabila Yuhanis sering meragui kesetiaan kasih sayang Tengku Zaril lebih-lebih lagi apabila bekas kekasihnya, Tengku Amalin pulang ke Malaysia.

Tengku Amalin sangat obses terhadap Tengku Zaril dan dia akan melakukan apa saja demi memiliki Tengku Zaril. Puas Tengku Zaril menyatakan keikhlasannya mencintai Yuhanis, namun sering saja hati perempuannya itu ragu dengan kesungguhan suaminya itu.

Konflik ditambah lagi dengan kehadiran bekas kekasih Yuhanis, Daniel Idrus yang cuba memenangi kembali hati Yuhanis.

Drama terbitan Creative Skill Solution ini diarahkan oleh Kas Roshan dan turut dibintangi bakat baharu yang mula mencipta nama seperti Hafreez Adam, Aidil Aziz, Bella Nazari, Hafeez Mikail dan Nazmi Adhwa.

Ikuti penamat kisah cinta penuh berliku di antara Yuhanis dan Tengku Zaril pada hari ini, jam 6.55 petang hanya di TV3.

Dalam pada itu, satu sesi viewing party turut diadakan oleh kelab peminat Hati Perempuan pada hari sama bertempat di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) untuk sama-sama menyaksikan episod akhir bersama barisan pelakon utamanya bermula jam 4 petang hingga 9 malam.

-Sinar Harian

ANDA ADA BISNES ?

ANDA ADA JUAL PRODUK ATAU BISNES PERIBADI? BOLEH TINGGALKAN BISNES ANDA SECARA PERCUMA DI RUANGAN "FACEBOOK KOMEN" DI ATAS SECARA PERCUMA ! (ADMIN TAK AKAN DELETE)

.

.

.

.

.