Georgetown: “Saya tak malu ikut suami dan berharap pelanggan kami bertambah,” kata Nor Diyana Samsuddin, 30, isteri kepada Nazri Marzuki, 29, yang menjalankan perniagaan menghantar jagung dalam cawan yang dipesan pelanggan.
Menurutnya, bukan dia sengaja mengikut suami, namun ada pelanggan terutama wanita takut melihat suaminya menghantar jagung kepada mereka.
“Saya mengambil pesanan dan mungkin mereka sangka saya yang menghantar hingga timbul kekeliruan.
“Disebabkan itu, saya terpaksa mengikut suami dan tidak kisah kerana susah senang kami bersama,” katanya.
Nor Diyana berkata, suaminya menggalakkan dia dan anak tunggal, Nur Dhiya Zara Faridah, yang berusia setahun tujuh bulan mengikutnya kerana bimbang meninggalkan mereka di rumah. - HMetro
Antara reaksi netizen Facebook :
Jagung cawan pn jagung cawan lah..dh itu yg dia mmpu nk buat kot...jnji dia xnyusahkn org..guna kudrat sara family..klu dh nme nk cri rezki halal..jauh mne yg dia mmpu pd dia sgt bernilai..#doaygbaik2dhlaaa...adeh!! - Rosmia Sara
Sebelum ni kak saya yg selalu order jagung cawan dekat abg ni..kak cakap dia cod nek moto bawak bini dan anak dia sampai pukul 3pagi..dengaq macam x caya..bila tengok depan2 mata ya Allah rasa sebak..kalau kita rasa susah ingatlah ada orang lagi susah.. - Wan Apex's Kamikaze
Ya Allah, harap najib bagi 1juta dekat abg ni. Aminn. Insyaallah jadi jutawan. - Siti Kirana
Ya Allah, kurniakan kshtan yg baik pdanya, pjgkn umonya, mrahkan rzekinya, dn hdup dberkati dn drahmati pdanya..Aamin3 ya rabbal alamin.. - Wan Mohd Fakhriy
skrg ni mcm2 da rakyat buat utk tmbh pndpatan...krajaan hnya pndai mbebankn kte jer...ak sdih tgk ank tu...Ya Allah limpahknlah rezeki berlipat ganda pada mreka... - Ctiey IxoRa
Teringat kisah kami.. sejujurnya sy dulu pon mcm ni.. jual jeruk mangga asam boi.. time tu baru abis pantang.. anak sakit.. kehulur kehilir hantar jeruk mngga.. cari kos rawatan anak.. hujan panas pagi petang.. hantar 1 selangor.. last2 eksiden.. patah tulang belakang.. hilang kenderaan.. hilang punca pendapatan.. kawan tolong viralkan kisah kami.. dapat pula komen negatif.. katanye muda2 taknak berusaha.. last2 dlm keadaan tulang yg belum sembuh kami laki bini amek part time kemas umah org.. buat kuih raya.. jual makaroni bakar.. semua la asal bole buat duit.. kesimpulannya , orang tak rasa takkan tau.. orang hanya mampu menilai.. time susah org hina time senang orang perli.. ramai lg rakyat yg susah kt luar.. tp taktahu kenapa pihak atas tak nampak atau buat2 tak nampak.. realiti kehidupan dluar sana.. harap pihak atas buka mata.. dr bela panda baik bela anak2 org susah ni semua.. - Fyza Hamdan