PANAS ! Benarkah Pegawai Trafik Mersing Hampir Kesemuanya Kaki Rasuah ?

Sunday, August 16, 2015



Kawan-kawan taxi pupil 11.45am saya ditahan seaman polis trafik di Jalan Felcra Lubuk Melintang Mersing. Polis trafik mengambil Kad pengenalan, lesen memandu dan PSV saya untuk siasat. Saya pun bagi semua documen tersebut kepada dia. Selepas itu dia pun meminta saya mana pemandu pelancong. Saya bagitahu baru nak mengambil orang di Kluang nanti. Bas kosong tak perlu guide apa.

Dia dengan kurang sopan menanyakan saya "awak tak tahu ke bas Persiaran perlu ada pemandu pelancong atau surat pelepasan pemandu pelancong' . Oh saya nak saman awak bawa lesen bas dan permit bas."

Saya jawab "Encik setahu pengelaman saya bas kosong tak perlu guide".

Pegawai polis trafik bahagian Mersing itu sampai mati-mati nak saman atau minta selesai dengan cara mudah bayar RM1000.

Saya tidak tahu lalu memanggil salah seorang kawan saya pemandu pelancong Di Mersing. Saya menunggu Selama 30 minit untuk kawan saya pemandu pelancong sampai.



Setelah pemandu pelancong Encik Firdaus sampai saya pun meminta dengan Pegawai tersebut dokumen-dokumen saya iaitu Kad pengenalan, lesen memandu Dan PSV.

Pegawai polis trafik bahagian Mersing itu dengan tidak bertanggungjawab memberitahu saya "IC , lesen dan PSV lu hilanglah".

Inikah jawapan seorang Pegawai Polis? Dokumen yang diambil untuk siasat pun boleh hilang.

Saya tidak puas hati dengan Pegawai Trafik bahagian Mersing dan ingin membuat laporan polis kerana saya tidak menyelesaikan dengan cara mudah bayar rasuah.

Kawan-kawan berhati-hati dengan Pegawai Trafik Di Mersing. Hampir kesemua nak menyelesaikan dengan cara mudah bayar rasuah. 

Saya akan membuat laporan Polis sebagai ajaran bagi beliau.

Ditulis Oleh Santau Rau via Facebook
Post Asal : Facebook

PENAFIAN: Pihak admin hanya menyalin posting ini dari facebook peribadi penama "Santau Rau". 100% tidak diedit dan pihak admin turut memadamkan nama pegawai terlibat. Pihak admin tidak sama sekali bertanggungjawab dengan komen-komen yang dibuat oleh netizen di Facebook dan Blog ini.

Harap Maklum.


ANDA ADA BISNES ?

ANDA ADA JUAL PRODUK ATAU BISNES PERIBADI? BOLEH TINGGALKAN BISNES ANDA SECARA PERCUMA DI RUANGAN "FACEBOOK KOMEN" DI ATAS SECARA PERCUMA ! (ADMIN TAK AKAN DELETE)

.

.

.

.

.