Hari ni nak share dgn kwn2 semua sedikit perjalanan hidup saya selepas habis master .semoga dapat memberi semangat dan mengubah sedikit mentaliti kita.kwn2..study mmg bagus dan penting..tapi saya nasihatkan dlm keadaan ekonomi sekarang jgn set dlm fikiran kita "lepas study nk kerja krajaan".jika dapat apa yg dicita Alhamdulillah..tuntutlah ilmu untuk menjadi org yg berpengetahuan dan berguna..
Jika nk buat biz jgn set dlm fikiran bulan depan jadi kaya..boleh bli kreta besar rumah besar..bimbang akan stress dan putus asa jika bulan dpan x kaya.hihi.niat lah buat biz untung rm100 pun Alhamdulillah.sapa nk bg kan..eh tp ada dermawan boleh derma rm2.6b kan.hihi.maaf saya bgurau..
Kami bukan anak org kaya..bukan anak org kenamaan..kena pandai2 berusaha cari jalan hidup kami sendiri.Selepas habis master saya tidak membuat sebarang permohonan utk bekerja.saya dan suami memilih utk mengusahakan sebidang tanah dgn menanam kelapa sawit.masa tu semua ahli keluarga agak tercengang.."aik blajar tinggi2 duduk dlm kebun?".hihi..inilah ayat yg kami dgar selama 3 tahun stiap kali bjumpa kebanyakan keluarga dan saudara mara.tapi tak apa..mungkin mereka x faham.yg penting kami boleh sentiasa bersama anak dan keluarga.tapi kami tahu doa ibu ayah dan keluarga x pernah putus utk kami berjaya.
oleh kerana ilmu ttg pertanian kami zero kami cuba blajar dgn berjumpa org MPOB, kwn2 sime darby, dan pengusaha kebun lain.ramai memberi bantuan tunjuk ajar.trima kasih semua:-).
Setelah selesai tanam kelapa sawit kami ada masa 3 tahun utk tunggu pkok sawit mengeluarkan hasil.dlm tempoh tu kami berusaha mencari sumber pendapatan lain utk bertahan.kami cuba cari kebun sawit yg dah berbuah utk dipajak.Alhamdulillah boleh la tampung kehidupan sikit.dlam masa yg sama kami cuba utk buat sedikit perniagaan jual beli sawit.proses nk buka biz ni susah sgt atas faktor prosedur dan kelulusan tertentu.Alhamdulillah selepas setahun usaha berjaya penuhi syarat utk mulakan biz ni.ingatkan setakat tu je..rupanya nk dapatkan custmer lg susah dari nk mulakan biz ni.org x percaya nk berurusan jual beli dgn kami atas faktor umur dan masa ni kami bawa kreta wira sahaja.org pun x confident nk jual sawit dgn kami.tapi kami teruskan buat marketing bersungguh2.bila dapat custmer kami cuba jaga servis sebaik mungkin.Alhamdulillah lama2 berkembang.
Selepas setahun buat biz jual beli sawit kami cuba tambah lg biz baru.kami buka kedai runcit..pengurusan kedai runcit x sama dgn pengurusan kebun dan biz jual beli sawit.kerjanya rumit dan margin keuntungan kecil.tapi atas memikirkan faktor tiadanya kedai melayu yg boleh supply barang basah halal dan boleh memberi peluang pejerjaan kpd org lain kami teruskan juga..
Alhamdulillah sekarang dah 4 tahun kami buat kebun sawit, 2 tahun biz jual beli sawit dan 1 tahun buka kedai runcit. saya sentiasa brsama suami dan anak2.insyaAllah kami akan terus buat biz supaya dapat bg manfaat kpd ramai org.kwn2..rezeki Allah yg bagi..bukan kerajaan..bukan majikan..dan semua ni bukan milik kekal kita..jika Allah nk ambil sekelip mata sahaja semua hilang.tapi kita tetap kena berusaha brsungguh2.buat yg terbaik.cuba bg manfaat kepada ramai org.kpd kawan2 yg nk buat biz jgn takut jgn bertangguh..usahalah bersungguh2.yakin rezeki Allah yg bg.insyaAllah boleh berjaya.jujur saya katakan bukan senang.utk berjaya perlu banyak menangis:-).terima kasih kepada insan2 di sebalik tabir smile emoticon dan keluarga yg bnyak bg support.
Saya harap kita semua membuka minda..jika ahli keluarga yg ingin menceburi bidang perniagaan support lah.jgn sempitkn minda kita.yg penting mereka cari rezeki halasl.entah2 insyaAllah pebdapatan mereka lebih besar dari jd pegawai:-)
Ditulis Oleh Azuin Norddin via Facebook
https://www.facebook.com/azuin.norddin