Kantoi ! Mencuri kerana keluarga ada masalah, sedangkan mampu nak beli iPhone 6 ! Berhati-hati dengan pekerja ini !

Monday, August 17, 2015



PENCURI ALERT !!!

ELLE ZADA has been blessed with talented, kind, committed and dedicated team members. Dalam ramai yang baik, kadangkala datang seorang sebagai dugaan. Rencah hidup, ada rezeki ada cubaannya.

Dalam bisnes, kita memang tak boleh nak bergantung 100% kepada kejujuran manusia. Hakikatnya, bukan semua orang jujur walaupun nampak baik. Jadi, di sinilah kepentingan sistem pengurusan.

Memandangkan bisnes yang semakin berkembang, baru-baru ini, Elle Zada mengambil new team recruit, Ms Shree, seorang yang berpengalaman dalam administration syarikat USA yang berpengkalan di Malaysia. Beliau telah install sistem pengurusan cash dan mula membina pelbagai sistem pengurusan untuk membolehkan Elle Zada berkembang pesat tanpa gangguan.


Bila ada sistem yang lebih komprehensif, kecurian duit di butik boleh segera disedari. Cashbook adalah LEBIH DETAIL. Setiap hari closing perlu kira setiap keping duit hatta sekadar syiling 5sen sekalipun.

Sejak Ramadhan lalu, duit selalu short di cashier.

Akan tetapi, tanpa bukti & saksi, adalah cukup sukar untuk menjatuhkan pertuduhan apatah lagi membuang kerja si pencuri duit. Beberapa kali duit hilang adakalanya RM30, adakalanya RM200 sehari.



Kami sudah ada suspek kerana duit hanya short pada tarikh Cik M bertugas. Namun dia kelihatan ceria dan selamba macam tiada apa-apa berlaku, andai kami sepasukan confront pasti mudah dia menafikan.

Ahli pasukan lain pun jadi stress. Bukan duit cashier je hilang, duit dalam purse pun ada yang hilang.

Jadi my hubby, Shahzada, bertindak jadi FBI, siap beli spy camera untuk merakam kecurian in-action supaya mudah dapatkan pengakuan.

Kami panggil Cik M untuk beri peluang dia mengaku kesalahan tanpa perlu melibatkan polis.

"Cik M, saya mendapati ada kecurian di butik."
"Ye ke?", dengan wajah separa terkejut.

"Ya. Dan kami suspect Cik M terlibat."
"Eh, mana ada! Saya tak ambil. " Laju jawapannya.

"Kami dapati kecurian hanya berlaku ketika hari Cik M bertugas."
"Saya tak ambil."

Kami keluarkan sekeping kertas dengan gambarnya sedang ambil note RM50 dari cashier. Terus berubah riak wajah Cik M. Mana nak lari lagi kalau dah ada bukti bergambar?

Modus operandi Cik M setiap kali mencuri adalah :
1. Timbulkan persoalan samada duit kecil cukup atau tidak di cashier.
2. Bertindak membuka cashier dan buat-buat kira.
3. Sampai kepada note yang besar, dia akan pegang dan lipat sehelai.
4. Note yang sudah dilipat disorok dalam poket.

Katanya keluarganya ada masalah. Tapi yang lucu dia kerap makan Baskin Robin & sign up nak beli iPhone 6. Macam mana tu?

Kami dimaklumkan oleh ahli pasukan lain, Cik M ini juga selalu "mengira" duit dalam Tabung Syria & Gaza. Semasa kami tanya dia tak mengaku. Itu antara dia dan Allah Taala. Tabungan tu duit sedekah tetamu Elle Zada untuk disampaikan kepada saudara seIslam yang teraniaya. Andai Cik M baca nota ni dan memang ada ambil, pulangkanlah terus kepada akaun agensi terbabit.

Itu jauh lagi berat dari duit sales di Elle Zada. Harapnya jangan dibuat di tempat lain.

Kesimpulannya, sistem pengurusan duit cash adalah amat penting dalam memastikan kebocoran tidak mudah berlaku. Andai berlaku pun, dapat segera dikesan. Pastikan ada cashbook dan rekodkan setiap sen transaksi sales. Tele kan dengan inventory stock yang keluar.

Alhamdulillah, its a good lesson. Suasana di Butik Elle Zada kembali ceria dan bersedia untuk melompat lebih tinggi!

Facebook Elliyin Rasif
SUMBER


ANDA ADA BISNES ?

ANDA ADA JUAL PRODUK ATAU BISNES PERIBADI? BOLEH TINGGALKAN BISNES ANDA SECARA PERCUMA DI RUANGAN "FACEBOOK KOMEN" DI ATAS SECARA PERCUMA ! (ADMIN TAK AKAN DELETE)

.

.

.

.

.