JAWAPAN SEBENAR Kontroversi Ustazah Fatimah Syarha "Minum Susu Lembu, Perangai Sama Seperti Lembu"

Saturday, August 08, 2015





1. Pagi ini saya terima mesej dari group whatsapp para pelajar saya... 3 keping gambar.

2.Saya gabungkan menjadi satu.

3.Kebetulan, sebelum raya saya baru selesai mengajar proses penyerapan lemak, protein dan karbohidrat ke dalam badan untuk subjek Food Nutrition.

4.Apa yang saya nampak panel yang dijemput ke program ini mungkin kurang faham tentang proses penyerapan Asid Nukleik ke dalam badan.



5.Untuk pengetahuan semua, Asid Nukleik adalah bahan asas pembentukan DNA. Persoalan saya...bagaimanakan DNA yang diserap ke dalam badan melalui dinding perut dan usus boleh mengubah sifat seseorang sedangkan DNA tersebut pastinya sudah di ceraikan menjadi Asid Nukleik?

6. Jika begitu, secara logiknya kita juga tidak boleh memakan lembu. Lagi banyak DNA lembu di dalam daging berbanding susu yang kebanyakkan terdiri dari protein dan air.

7. Bagaimana pula dengan Kambing, sotong dan kerbau.

8. Adakah dengan memakan kambing akan membuatkan kita tidak suka mandi, memakan sotong kita akan jadi lembut dan memakan kerbau kita akan suka berkubang?

9. Sama-sama kita fikirkan.

Ditulis Oleh Mohd Hilmi Hassan via Facebook
https://www.facebook.com/hilmihmy

ANDA ADA BISNES ?

ANDA ADA JUAL PRODUK ATAU BISNES PERIBADI? BOLEH TINGGALKAN BISNES ANDA SECARA PERCUMA DI RUANGAN "FACEBOOK KOMEN" DI ATAS SECARA PERCUMA ! (ADMIN TAK AKAN DELETE)

.

.

.

.

.