AWAS Dengan Dua Penyagak Scammer Suami Isteri Ini. Mungkin Anda Mangsa Seterusnya !

Friday, August 14, 2015



AMARAN SCAM LICIK WARGA SINGAPURA

Sebelum ini kita selalu dengar scammer Nigeria yang banyak menggunakan modus operandi yang pelbagai. Mereka manipulasikan PERASAAN CINTA wanita berharta atau SIFAT TAMAK mangsa yang kebanyakannya dari kalangan orang Melayu untuk mendapat wang dengan jalan mudah.

Ramai sekali rakan dan saudara mara kita yang sudah menjadi mangsa. Malangnya scam sebegini masih juga berleluasa. Kami sendiri tidak terlepas dari menjadi sasaran scammer yang berbagai rupa ini. Alhamdulillah berkat hidup berjemaah, semua itu mampu ditumpaskan.

Kami mahu kongsikan kisah ini supaya jangan ada lagi antara pembaca yang terkena dengan mereka. Kami tidak berjaya ditipu tetapi kami berharap tiada orang lain menjadi mangsa penipuan ini. Mulanya kami ingin diamkan sahaja, tetapi apabila ada rakan-rakan kami mengadu yang mereka juga dalam proses untuk menjadi mangsa penipuan yang sama, maka kami sepakat untuk kongsikan secara terbuka.

Kami didatangi oleh 2 orang individu suami isteri yang menyatakan mereka warga Singapura. ID Telegram suaminya “RAKIB MOHD SAID”, “RAKIB RAKIB” @RAKIB4 (Sekarang sudah tidak aktif) dan isterinya “ROS RAKIB SPORE ISMA” @ ROSALYANA 016-7725957. Mungkin mereka boleh tukar nama pula kerana tiada dokumen tentang mereka pernah ditunjukkan.

TEKTIK SCAM

LANGKAH PERTAMA mereka mewujudkan perkenalan secara ‘sangat menarik’. Ros pandai memasak dan sangat rajin membantu ibu-ibu di RPWP termasuk pelbagai perkongsian tentang menu masakan dalam jaringan Telegram kami. Ibu-ibu RPWP sangat menyayangi beliau. Ditanya bagaimana beliau pandai memasak lalu dijawab beliau memiliki rangkaian 6 restoran di Singapura tetapi kini telah dijual semuanya.

Si suami pula agak rajin berbual dan pandai mengambil hati. Dipendekkan cerita, kedua-duanya kelihatan sangat meyakinkan sehingga kami izinkan permohonan mereka untuk berkampung di RPWP.

Profil RAKIB sebagai seorang penyelam profesional yang pernah bekerja dalam bidang Oil & Gas. Beliau dikatakan menerima bayaran USD3000 sejam.

Setelah keyakinan dibina, beliau mula menyatakan yang beliau mempunyai simpanan PULUHAN JUTA DOLAR di Singapura yang tidak dapat dibawa masuk ke Malaysia. Ceritanya mula menjadi sangat 'complicated' dan memang sengaja dijadikan complicated supaya orang yang malas berfikir akan terus membuat keputusan bekerjasama dengan beliau.

KEMUDIAN satu demi satu beliau tunjukkan foto-foto beliau bersama lambakan jongkong emas dan juga beberapa peti berisi note USD dan SGD yang sangat mengiurkan siapa sahaja yang melihatnya. Orang yang tamak akan tergoda di sini.

Seterusnya beliau suami isteri nyatakan hasrat mahu membantu kami untuk mencukupkan belanjawan sekitar RM 25 Juta untuk pembinaan “Kota Ilmu Akademi Insan (KIAI) Prihatin” di Lenggeng. Beliau tahu yang kami memang sedang berusaha dengan sedaya upaya mengumpul dana tanpa menggunakan sebarang pinjaman mahupun meminta-minta secara paksa. Cepat dana dicukupkan cepatlah kompleks itu kami bangunkan.

Antara cerita menarik yang digunakan ialah beliau ada menerima ‘wasiat’ dari bekas boss isterinya harta berupa 2 buah kapal mewah sepanjang 70 meter setiap satu. Bila ditanya di manakah kapal-kapal itu, jawapannya kurang konsisten. Awalnya kata ada di Singapura, sekejap di Kelang dan bila kami mohon melihat sendiri beliau kata ia disewakan dan sedang berada Eropah.



ROS pula ada cerita drama yang lain. Katanya, pernah ditangkap kerajaan Singapura kerana memutuskan kontrak catering dengan kerajaan Singapura. Alasan tangkapan ialah dia membatalkan kontrak menyediakan makanan kepada jemaah orang Islam yang murtad. Beliau disumbatkan ke penjara tanpa bicara selama 6 bulan dan disuntik dengan bahan kimia yang menyebabkan beliau lumpuh. Selepas 6 bulan dalam penyiksaan beliau keluar dan melarikan diri ke Malaysia, keduanya dapat kerakyatan Malaysia dan kini menetap di Johor Bahru. RAKIB langsung tidak berani masuk Singapura.

Pada masa yang sama Ros dikatakan ulang alik ke Singapura menguruskan harta yang berpuluh juta itu kerana disita kerajaan Singapura. Mereka mendakwa dalam pemerhatian pihak berkuasa Singapura kerana disyaki melanggar ‘Money Laundry Act’. Nama Bank Negara Malaysia juga timbul kerana kononnya dana yang dialirkan ke Malaysia tersangkut di BNM.

RAKIB turut mengatakan memiliki seunit rumah di Bukit Tunku dengan nilaian jutaan RM tetapi dibekukan akses ke hartanah itu. Juga mendakwa ada 2 buah kereta mewah yang kini disimpan di kedutaan USA, Kuala Lumpur. Itu membuat kami curiga. Kita semua tahu betapa ketatnya keselamatan Kedutaan USA. Sehelai kertas pun kalau boleh mahu dibeli terus dari USA, apatah lagi untuk membenarkan 2 buah kereta orang biasa diletakkan di situ.

Tiada penjelasan boleh meyakinkan kami mengapa kereta RAKIB itu harus berada di sana selain kita datang dan lihat sendiri. Tiada penjelasan juga yang boleh kami percaya mengapa RAKIB dilarang melihat aset berupa rumah beliau sendiri.

Kami mula mencari jawapan sendiri dengan menyorot dari beberapa aspek yang lain. Jawapannya mula bersimpang siur apabila kami tanya adakah gambar yang beliau tayangkan itu gambar beliau sendiri? Ada di mana jongkong emas dan note matawang sebanyak itu? di mana boat mewah itu? yang nyata banyak gambar-gambar yang ditunjukkan kepada kami ada di internet dan beliau tidak dapat mengesahkan kesahihan penglibatan beliau dengan gambar itu.

Kami semakin mengesyaki ada yang tidak kena dan ini adalah satu scam. Plot-plot ini mungkin berlaku dengan pelbagai cara tetapi modus operandi scammer begini lebih kurang sama sahaja,

- Menjalinkan hubungan baik
- Menampakkan kekayaan
- Mengaitkan dengan harta warisan simati yang bertimbun
- Nampakkan masalah kekayaan yang tersekat atau dibekukan
- Minta bantuan kewangan untuk melepaskan sekatan

Yang lain semua sudah jelas di mata kami. Kami hanya tunggu plot terakhir sahaja untuk mengesahkannya. Apabila mereka mula meminta bantuan kewangan untuk melepaskan sekatan harta-harta mereka, agar kononnya boleh digunakan untuk membantu kami membangunkan projek AIP, maka terus kami panggil keduanya untuk bincang secara berhadapan. Kami masih berbaik sangka dengan hanya meminta mereka tunjukkan dokumen berikut (gambar digital pun tidak mengapa).

- Dokumen-dokumen pengurusan pemindahan dana untuk kami bantu
- Dokumen berkaitan hartanah dan Kereta mewahnya di Malaysia
- Dokumen penangkapannya di Singapura
- Atau apa apa dokumen atau gambar lain yang boleh dikaitkan dengan semua cerita di atas.

Mereka mula beralasan yang semua itu ada di JB. Mereka perlu pulang ambil dokumen itu dan berjanji untuk kembali semula 1 minggu kemudian. Setelah pulang, beliau dan isteri “Leave Group” Telegram kami. Rupanya tidak berakhir di situ. Beliau juga pergi kepada rakan-rakan lain yang kami kenali dari jaringan yang sama juga. Satu demi satu Allah ketemukan dan menceritakan plot penipuan yang sama.

KESIMPULAN

Untuk tidak ditipu, pertama sekali jangan tamak. Pada ketika mereka sangat meyakinkan, kita pasti akan berbelah bahagi. Jika tidak bantu mungkin betul dan kita pula yang rugi. Jika dibantu takut pula ia satu penipuan.

Jangan sifat tamak kita itu menjadikan kita kabur mata. Perlukan sedikit kebijaksanaan dan rujukan. Kami senaraikan dalam syuro satu persatu apa yang meragukan. Penceritaan yang bercanggah dengan Warga yang berlainan kami kumpul dan analisa semuanya.

Pengalaman lebih 20 orang pengasas dengan pelbagai kepakaran disatukan. Semua itu mampu dihidu dengan mudah sebagai satu penipuan. Dengan cerita ini, kami harap semua berhati-hati kerana mereka masih aktif mendekati rakan-rakan kami dan juga mungkin orang lain juga.

Jangan mudah terpedaya dengan kebaikan dan manis mulut selagi belum tinggal sebumbung atau bermusafir sekurang-kurangnya 3 hari. Itu pesan Nabi dan itulah yang terjadi dengan kami. Mereka tinggal bersama kami berminggu-minggu. Kami juga bawa mereka ke program Sekolah Alam di Dabong, Kelantan. Banyak juga mereka berkongsi ilmu dengan anak-anak.



Belajar kenali penipuan. Tundukkan tamak kita. Jika kami ini individu, mungkin juga kami terpedaya. Syukur kami ini sudah tutup nafsu untuk mencipta kekayaan diri sendiri. Jika adapun hanya untuk pembangunan RPWP dan keputusannya tidak pernah dibuat sendiri-sendiri. Semua perbelanjaan harus berhati-hati kerana menggunakan wang amanah. Kami harus rujuk kepada syuro dahulu. Alhamdulillah dengan cara itu kami selamat dan kami harap anda juga selamat dari segala jenis penipuan begini.

Berkajang-kajang panjangnya kisah beliau. Kami hanya ceritakan yang berkaitan secara ringkas sahaja. Sebarkan kepada yang lain, terutama yang 'nampak berharta' dan ingin menambah kekayaan dengan cara mudah.

WARGA PRIHATIN

SUMBER

ANDA ADA BISNES ?

ANDA ADA JUAL PRODUK ATAU BISNES PERIBADI? BOLEH TINGGALKAN BISNES ANDA SECARA PERCUMA DI RUANGAN "FACEBOOK KOMEN" DI ATAS SECARA PERCUMA ! (ADMIN TAK AKAN DELETE)

.

.

.

.

.