Anda Mahu BR1M Lagi? Jika Anda Tidak Mahu, Saya Boleh Tarik Balik - Najib Razak

Sunday, August 09, 2015



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dengan nada mengusik berkata sekiranya rakyat tidak memerlukan BR1M, beliau boleh menarik semula bantuan terbabit.

"Adakah anda mahu BR1M? Jika anda tidak mahu, saya boleh tarik balik," katanya ketika berucap di mesyuarat agung Umno Pasir Gudang pada hari ini memetik laporan Malaysiakini.

"Kami masih mahu", kedengaran beberapa suara jawapan dari kalangan perwakilan yang hadir dalam mesyuarat tersebut.

Kenyataan itu dilontarkan oleh Najib Razak dengan nada yang menyindir pengkritik kerajaan.

Najib juga berkata ada pihak yang tidak menyukai bentuk bantuan yang diberikan olehnya itu kepada rakyat. Tambahnya pada zaman sebelumnya, kerajaan membantu rakyat dengan membina kemudahan awam seperti jalan raya.

"Tetapi pada zaman saya, dapur rakyat pun kita bantu," katanya dalam laoran terbabit.

Dr Mahathir Mohamad sebelum ini pernah mengkritik hebat pemberian BR1M oleh Najib Razak dengan menyifatkan bantuan itu seolah-olah sebagai rasuah dan membeli undi. -

ANDA ADA BISNES ?

ANDA ADA JUAL PRODUK ATAU BISNES PERIBADI? BOLEH TINGGALKAN BISNES ANDA SECARA PERCUMA DI RUANGAN "FACEBOOK KOMEN" DI ATAS SECARA PERCUMA ! (ADMIN TAK AKAN DELETE)

.

.

.

.

.