Akibat Ditertawakan Kerana DNA Lembu, Akhirnya Ustazah Fatimah Tampil Memberi Penjelasan

Tuesday, August 11, 2015



Dua tiga hari lalu, isu DNA lembu yang dikatakan bakal mempengaruhi peribadi bayi jika diberi minum susu tersebut menjadi bahawa lawak netizen.

Namun, tahukah anda apakah sebenarnya intipati perbincangan mereka yang sebenarnya? Justeru itu, Ustazah Fatimah Syarha memberikan penerangan di laman facebooknya mengenai isi kandungan perbincangan beliau di dalam program televisyen itu,

Apa itu DNA?

Sedikit pengetahuan cetek saya tentang DNA setelah merujuk suami saya, seorang doktor perubatan dan saintis yang lain.

1) Saya mohon maaf jika ada kesilapan dan kelemahan kerana saya manusia biasa, tidak maksum, berpotensi untuk betul atau salah bila bila masa sahaja.

2) Antara tanda kekuasaan Allah, DNA adalah spesifik untuk sesuatu makhluk. Ia tidak mungkin bergabung dengan makhluk makhluk yang lain. Dan dalam rancangan itu, saya tidak sesekali berkata atau bermaksud DNA lembu itu akhirnya bergabung. Itu cuma salah tafsiran.

3) Susu lembu memang mengandungi DNA lembu. Kenyataan ini disokong semua saintis. Bahkan, DNA bakteria yang hidup dalam susu, protein, amino asid, immunoglobulin. Dan Subhanallah, susu lembu juga bukan hanya semata mata mengandungi DNA lembu.

4) Saya akui, setakat ini tiada kajian saintifik bila kita memakan sesuatu makanan kita akan ikut sifat/karakter makanan tersebut. ALLAH Maha Kaya, Pemurah, Adil, Pelindung- DIA ciptakan bermacam macam jenis makanan untuk kita nikmati. Ada manusia allergik pada sesuatu bahan lantas dengan rahmat ALLAH ada alternatif lain. Namun, secara metafizik, melangkaui Sains, makanan memang salah satu (bukan satu satunya) faktor yang boleh mempengaruhi akhlak. Antara salah satu basic law, you are what you eat. Islam menggalakkan makan sesuatu yang bukan saja halal tapi tayyiba. Untuk dewasa, susu lembu halalan tayyiba. Untuk bayi, susu ibulah halalan tayyiba.

5) Saya akui, DNA tidak lebih kepada ‘penanda’ sesuatu makhluk – tidak lebih dari itu. Sebab itu DNA boleh jadi bahan bukti sesuatu kes jenayah. Dan DNA lembu memang wujud dalam susu lembu.

Wallahuaalam.

Dipetik : http://www.ohbulan.com/

Post Asal : SUMBER FACEBOOK FATIMAH SYARHA





ANDA ADA BISNES ?

ANDA ADA JUAL PRODUK ATAU BISNES PERIBADI? BOLEH TINGGALKAN BISNES ANDA SECARA PERCUMA DI RUANGAN "FACEBOOK KOMEN" DI ATAS SECARA PERCUMA ! (ADMIN TAK AKAN DELETE)

.

.

.

.

.