"Tiada Isu Doktor Tidak Cukup Rehat" - Menteri Kesihatan

Friday, July 10, 2015



[VIDEO] What This Man Says To His Wife Will Break Your Heart And Bring Tears To Your Eyes

KUALA LUMPUR - Tidak timbul isu kakitangan awam terutama di bawah Kementerian Kesihatan tidak mendapat rehat yang cukup sewaktu melaksanakan tugas.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, kebanyakan kakitangan kementerian itu terutama jururawat dan doktor telah bersedia memikul tanggungjawab mereka membantu pesakit.

“Jumlah doktor dan jururawat di hospital sekarang lebih ramai jika dibandingkan dengan dahulu. Jadi tugas mereka lebih ringan.

“Individu yang menjadi kakitangan Kementerian Kesihatan ini pasti telah bersedia dari awal memegang amanah yang diberikan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan, semalam.

Beliau berkata, tidak dinafikan segelintir kakitangan Kementerian Kesihatan mengalami masalah tekanan kerja.

“Dalam mana-mana bidang pekerjaan memang akan ada tekanan.

“Terpulang kepada individu tersebut menangani masalah itu dan kami di peringkat kementerian akan membantu kakitangan yang memerlukan bantuan,” katanya.

[VIDEO] What This Man Says To His Wife Will Break Your Heart And Bring Tears To Your Eyes

ANDA ADA BISNES ?

ANDA ADA JUAL PRODUK ATAU BISNES PERIBADI? BOLEH TINGGALKAN BISNES ANDA SECARA PERCUMA DI RUANGAN "FACEBOOK KOMEN" DI ATAS SECARA PERCUMA ! (ADMIN TAK AKAN DELETE)

.

.

.

.

.