"Saya Tak Ambil Hak Rakyat Walau Satu Sen. Satu Hari Nanti, Kebenaran Akan Terbukti Juga" - Najib

Friday, July 10, 2015



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak percaya satu hari nanti kebenaran akan terbukti juga siapa yang benar, siapa yang salah.

“”Saya tak nak buat pengumuman apa-apa jika semua kebenaran dah terbukti, Saya akan serahkan kepada Peguam Negara untuk menerangkan segala-galanya nanti.

“Tapi saya nak tanya jugalah, apa kita nak buat dengan orang yang mengada-ngadakan cerita tak betul ni nanti?


"Tak payahlah saya cakap siapa tapi kita akan tengok sendiri nanti,” kata Najib sambil mendapatkan tepukan gemuruh kira-kira 5,000 tetamu perasmian Program Nur Ramadan Peringkat Wilayah Persekutuan di Taman Melati di sini petang tadi.

Menurut Perdana Menteri, isu yang paling panas sekarang adalah berkaitan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Terus terang saya katakan di sini, saya tidak akan mengambil apa sahaja yang berhak untuk rakyat walaupun satu sen,” ujarnya.

Beliau juga meminta rakyat supaya jangan percaya kepada laporan media sosial yang semakin banyak hari ini sebab kebanyakannya semua mengarut dan membuat laporan yang tidak betul.

“Bukan semualah yang mengarut tapi banyak,” kata Najib

Sementara itu, bagi mendekati rakyat, Najib berkata, beliau kini lebih memilih untuk bergerak tanpa protokol terlampau pada setiap lawatan bertemu rakyat di seluruh negara.

Katanya, tanpa protokol, rakyat boleh terus berjumpa dengannya tanpa melalui wakil lagi setiap kali beliau turun padang bertemu rakyat.

"Saya tak mahu lagi protokol-protokol yang dikenakan selama ini. Saya mahu duduk dan makan semeja dengan rakyat.

“Dari situlah saya dapat merapatkan hubungan dengan rakyat dan mendengar sendiri apa juga masalah mereka secara langsung.

Kata Najib, biarpun cuma seketika, dia dapat menyelamii hati rakyat jika dapat berbual dengan mereka.

Bercakap tentang ptojek besar yang sering dikatakan membazir oleh pihak-pihak tertentu, jelas Najib, apa yang dibuat akan memberi hasil yang cukup baik untuk rakyat.

“Kita bina LRT, kita bina bangunan tinggi dan sebagainya yang memang nampak menelan belanja yang cukup besar.

“Tetapi apabila siap, rakyat sendiri yang akan menikmati semua kemudahan ini dan itulah hasilnya yang kerajaan buat demi mensejahterakan rakyat,” jelasnya.

Tambah Najib, tidak ada istilah pembaziran bagi semua projek mega yang dilaksanakan kerajaan kerana untuk jangka masa panjang, rakyat pasti akan berpuas hati dengan hasilnya.

ANDA ADA BISNES ?

ANDA ADA JUAL PRODUK ATAU BISNES PERIBADI? BOLEH TINGGALKAN BISNES ANDA SECARA PERCUMA DI RUANGAN "FACEBOOK KOMEN" DI ATAS SECARA PERCUMA ! (ADMIN TAK AKAN DELETE)

.

.

.

.

.