Kisah Mengurus Remaja Terlanjur. Terpaksa Merayu Kepada Jiran Untuk Dijadikan Rumah Sewa Kerana Jumlah Semakin Ramai !

Wednesday, July 01, 2015



Malam itu saya masih menulis apabila datang seorang pelatih mengadu sakit pinggang. Saya tanya, "ada keluar sebarang tanda di vigina?" " Ada, keluar lendir bercampur darah."

"Kalau gitu, kamu mandi dahulu, pakai kain batik kemudian turun semula, saya pun nak bersiap juga ni."

Begitulah lumrah, samada saya sedang tidor, sedang memasak, sedang melakukan apa saja, bila ada yang mengadu sakit dan ada tanda, maka segera bersiap siap untuk ke hospital tidak kira siang atau malam atau dinihari atau remang senja.

[VIDEO] Terbukti! Orang kata kalau nak ambil hati anak, kena melalui perut dia...

Semakin hari bilangan pelatih yang mohon berlindung di Baitus Solehah makin ramai. Saya tidak ada kekuatan untuk berkata "tidak boleh". Dari seorang, bertambah 4 orang, kepada 6 orang, kemudian 10 orang. Terlalu sempit ruang yang ada, dah tak boleh berbuat apa apa lagi. Apabila masih ada permohonan untuk berlindung kerana ingin dibimbing bertaubat dan berubah, saya jadi sedih, bagaimana untuk menolong. Saya sangat bimbang jika Allah beri peluang untuk berdakwah, saya biarkan ia terlepas dan berlalu. Mana tahu dia benar benar mahu bertaubat dan berubah.

Sehinggalah suatu hari saya merayu pada jiran sebelah untuk menyewa rumahnya untuk memberi ruang yang lebih menempatkan pelatih. Setahun sebelum tu pernah juga saya memohon izin menyewa, tetapi ditolak kerana rumah itu mahu dijadikan homestay. Perancangan Allah yang terbaik, kesabaran saya menunggu dan berusaha diizinkan pada tahun 2015. Mulai Januari 2015, saya mula menyewa rumah sebelah untuk dijadikan Baitus Solehah 2 yang boleh menempatkan seramai 25 orang pelatih. Sewanya dibantu bayar oleh Jcorp. Namun perbelanjaan lain ditanggung sendiri oleh saya.

Kemudian apabila ramai yang melahirkan anak dan tidak dijemput pulang oleh waris waris, setelah 2 bulan usia anak, mereka meminta izin untuk keluar bekerja bagi menyara diri sendiri dan anak bagi memulakan kehidupan baru. Memikirkan mereka ini perlukan sokongan kewangan, sokongan emosi, sokongan dalam pengurusan masa dan pengurusan diri, saya berusaha mendapatkan rumah lain yang berhampiran tempat bekerja.

[VIDEO] Terbukti! Orang kata kalau nak ambil hati anak, kena melalui perut dia...

Ada sahabat yang bersetuju menyewakan rumahnya di lokasi berhampiran Mall, tempat pelatih bekerja. Saya jadikan rumah ini sebagai rumah transit Baitus Solehah. Di sini menempatkan pelatih pelatih yang telah bekerja untuk mereka memulakan kehidupan baru. Mereka yang tinggal disini masih tertakluk dengan terma dan syarat tinggal di Baitus Solehah. Bukan boleh suka suka tidak berdisplin seperti tinggal menyewa rumah di luar sana. Rumah transit ini tetap ada penjaga yang memantau akhlak, aktiviti dan ibadah harian. Berapa lama tempohnya tinggal di rumah transit Baitus Solehah bergantung kepada kesediaan mereka berdikari untuk menjaga iman dan kekuatan dalaman apabila berada di dunia luar sana.

Ada yang trauma dengan pengalaman lalu membuatkan mereka tidak bersedia berada di luar sana kecuali keluar bekerja. Mereka hanya keluar rumah untuk pergi kerja sahaja selain ke klinik dan hospital untuk mendapatkan rawatan. Balik rumah menguruskan anak dan rumah. Kehidupan harian mereka cuma menguruskan anak dan menuntut ilmu untuk diamalkan. Tidak ada lagi 'sosial live' yang melalaikan atau boleh menjebak mereka ke arah maksiat.

Jumlah penghuni Baitus Solehah sentiasa tambah dan tolak. Keluar seorang, masuk dua orang. Keluar apabila selamat melahirkan anak dan datang waris membawa pulang. Jumlah purata 50 orang termasuk ibu dan anak dalam satu satu masa. Bertambah 4 orang apabila ada yang beranak, berkurang 2 orang apabila ibu dan bayi daftar keluar. Begitulah pergerakkan tambah dan tolak penghuni Baitus Solehah.

Apabila bertambah penghuni, maka perbelanjaan harian juga bertambah dan meningkat mendadak. Jika dulu 1 beg beras 10 kg boleh 5 hari, kini cuma untuk 2 hari. Minuman coklat saja 1 kg sehari, susu kambing 1 kg sehari dan begitu juga dengan kuantiti bahan makanan lainnya.

Perbelanjaan keseluruhan dari Januari 2015 hingga 30 Jun 2015, dinyatakan seperti berikut :

  1. Sewa rumah BS 2 dan rumah Transit RM 2000.00 sebulan.
  2. Bil SAJ dan bil TNB BS 1, BS 2 dan Rumah Transit RM 1700.00 sebulan.
  3. Kos petrol membawa pelatih ke Klinik dan Hospital RM 1000.00 sebulan.
  4. Bil bil hospital untuk ibu dan bayi ( 25 kelahiran) RM 3000.00
  5. Makan dan minum anda boleh anggarkan sendiri. Setiap hari makan nasi tengahari dan malam, sarapan pagi, minum pagi dan minum petang. Lauk sahaja untuk bahan mentah mencecah RM 200 sehari. Semua makanan dimasak sendiri pelatih bersama pekerja am Baitus Solehah (sayalah).
  6. Sumbangan kepada tenaga pengajar tazkirah, kelas fardhu ain, kelas tarbiyatul aulad dan kelas al quran RM 12000 untuk 6 bulan ini.l
  7. Kos mengurut selepas melahirkan anak. Ada yang sendiri membayar kepada tukang urut dan ada yang tidak.

Memanglah mereka ini sukarelawan, jika tidak beri hadiah dan sumbangan nanti mereka tidak tetap di Baitus Solehah, mereka akan keluar bekerja ditempat lain sedangkan bukan mudah untuk mendapat tenaga pengajar yang istiqomah bersama Baitus Solehah untuk membimbing mereka bertaubat.

[VIDEO] Terbukti! Orang kata kalau nak ambil hati anak, kena melalui perut dia...

Alhamdulillah, sumbangan makanan dan bahan keperluan harian selalu diterima dari insan yang ikhlas dan takwa seperti beras, lampin pakai buang bayi, pad untuk ibu selepas melahirkan anak, minyak masak, ikan bilis, cili kering, bawang, minuman berkhasiat susu kambing, coklat dan bijirin.

Ramai yang tidak putus turut menyumbang keperluan harian penghuni Baitus Solehah. Saya yakin dengan rezeki kami yang dalam jaminan Allah. Tidak mungkin Allah membiarkan kami berada dalam kepayahan sedangkan manusia di luar sana berada dalam kesenangan. Mereka ini adalah insan insan suci dalam perjalanan menuju keredhaan Allah, maka sebarang ujian pasti mampu dihadapi dengan sabar.

Sekiranya ada yang tergerak hati untuk menyumbang membantu kami dialu alukan. Kami adalah keluarga besar yang dana urus perbelanjaan kami adalah dari Allah, dihidayahkan kepada insan insan yang ikhlas dan takwa. Jom kita tempatkan diri kita dalam golongan ini. Moga Allah memberikan hidayah kepada anda untuk menginfakkan sedikit harta dan wang anda ke jalan jalan yang Allah redha.

Terima kasih kepada yang sudi menyumbang kerana dipilih Allah untuk melakukan perkara yang diredhai-Nya.

Semoga Allah mengurniakan rezeki yang halal dan tidak terhingga dari sumber yang tidak diketahui, memudahkan segala urusan di dunia dan akhirat kepada semua penyumbang dan keluarga.

Moga semua penyumbang dan keluarga dikurniakan kekayaan iman, kekayaan harta dan kekayaan jiwa di dalam rahmat Allah Ta'ala.

Kepada yang ingin membantu, sedekah atau berzakat boleh memasukkan ke dalam akaun Maybank : 551306513550 atas nama Baitus Solehah.

Emailkan : baitus_solehah@yahoo.com, atau whatsApp 0149253151

[VIDEO] Terbukti! Orang kata kalau nak ambil hati anak, kena melalui perut dia...


ARTIKEL TERBARU : Kisah Tangisan "Mana Mak?" Ini Pasti Buat Anda Berderai Menitiskan Air Mata. Tolonglah Hargai Ibu Anda Ketika Masih Ada !!!

ANDA ADA BISNES ?

ANDA ADA JUAL PRODUK ATAU BISNES PERIBADI? BOLEH TINGGALKAN BISNES ANDA SECARA PERCUMA DI RUANGAN "FACEBOOK KOMEN" DI ATAS SECARA PERCUMA ! (ADMIN TAK AKAN DELETE)

.

.

.

.

.