"Jangan Balik Kampung Jika Hendak Berjimat " Saya Tak Percaya Apa Yang Saya Dengar - Aznil Nawawi

Saturday, July 04, 2015





LAGI ARTIKEL VIRAL : 9 Pengajaran Bermakna Yang Amat Saya Syukuri Pada Setiap Ramadan

KUALA LUMPUR - Pengacara popular tanah air, Datuk Aznil Nawawi melahirkan perasaan terkejutnya berhubung dengan kenyataan seorang perunding kewangan yang mengatakan bahawa 'jangan balik kampung jika hendak berjimat'.

Memetik kenyataannya di Facebook miliknya, Aznil berkata beliau seolah-olah 'tergamam' dengan petikan kenyataan tersebut.

"Tak percaya apa yang saya dengar," katanya.


Terdahulu sebuah video yang menjadi viral di media sosial menyentuh mengenai cadangan seorang perunding kewangan yang mencadangkan agar orang ramai jangan balik kampung untuk berjimat tahun ini.

"Saya rasa rakyat Malaysia...cuba sekali tahun ini berkrompomi jangan balik kampung, ia jimatkan minyak (harga minyak naik) dan tol...cuba tahun ini," petik kenyataan perunding kewangan itu menerusi sebuah rancangan bual bicara.

Sementara itu, Aznil terpaksa memadam video berkenaan dilaman Facebooknya kerana telah  mengundang komen negatif.

"Kurang pahala puasa nanti. Maaf ya," tulisnya.

LAGI ARTIKEL VIRAL : 9 Pengajaran Bermakna Yang Amat Saya Syukuri Pada Setiap Ramadan

 TONTON VIDEO :


"untuk jimatkan minyak, hari raya tahun ni jangan balik ke kampung""kalau ekonomi itu berubah, kenapa sikap kita sendiri tak berubah dan terus salahkan GST?"Admin : ini saper pulak masuk tv cakap macam ni ha ?!
Posted by Pejuang Muda MasaKini on Friday, July 3, 2015

ANDA ADA BISNES ?

ANDA ADA JUAL PRODUK ATAU BISNES PERIBADI? BOLEH TINGGALKAN BISNES ANDA SECARA PERCUMA DI RUANGAN "FACEBOOK KOMEN" DI ATAS SECARA PERCUMA ! (ADMIN TAK AKAN DELETE)

.

.

.

.

.