Geram Dan Kecewa ! Barang Kosmetik Bernilai RM1,000 Lesap Dicuri Posmen POS LAJU !

Thursday, July 02, 2015



[VIDEO] Terbukti! Orang kata kalau nak ambil hati anak, kena melalui perut dia...

Kuala Lumpur – Seorang pelanggan melahirkan rasa kecewa dengan sikap tidak amanah para pekerja perkhidmatan Pos Laju yang didakwa mencuri barangan kosmetik kecantikan yang dibelinya.

Mardhiah Mohamad Yusoff, 25 ketika dihubungi SuaraTV mendakwa kesal dengan sikap tidak amanah yang ditujukkan para pekerja pengendali perkhidmatan pos laju itu.

“Sungguh tiada integriti perkhidmatan Pos Laju sekarang ni, barang yang dibeli dah dicuri dan kotak berbungkus dikoyak tepi.


“Berhati-hatilah para pengguna Pos Laju, kalau sikit mungkin tak perasan. Selama ini saya hanya baca mengenai isu ini di laman maya mengenai orang lain yang menjadi mangsa namun pada hari ini ia terjadi pada diri saya sendiri” katanya kepada SuaraTV.

Menurut Mardhiah beberapa hari lepas beliau telah membeli beberapa set produk kecantikan dengan seorang pengedar dari Kulim dengan nilai sekitar RM1,000.00.

Namun beliau amat terkejut apabila mendapati bungkusan yang diterima pada tengah hari tadi telah dikoyakkan dan beberapa barangan telah dicuri.

“Saya ada bertanya kepada posmen yang menghantar barangan tersebut namun dimaklumkan ia adalah merupakan prosedur biasa Pos Laju untuk memastikan barangan yang dihantar bukan dari produk yang terlarang.

“Namun apanbila saya periksa terdapat beberapa produk kecantikan yang telah hilang.” katanya lagi.

Menurut Mardhiah lagi, bagi mengelakkan sebarang salah faham beliau segera menghubungi pengedar barangan tersebut.

Menurut pengedar mereka telah mengirimkan semua barangan berdasarkan pesanan yang diterima sebelum ini.

“Pengedar tersebut tidak akan menipu kerana saya telah berurusan dengan mereka hampir 3 tahun dan perkara seperti ini tidak pernah terjadi.



“Cuma saya kesal, bagaimana perkara seperti ini boleh terjadi dan bukan niat untuk menjatuhkan imej Pos Laju namun isu ini wajar dibangkitkan agar dijadikan peringatan dan pengajaran kerana telah banyak kali terjadi” ujar beliau kesal.

Menurutnya pihak pengurusan Pos Laju sewajarnya memandang serius akan isu ini agar ia tidak berulang lagi di masa hadapan.

[VIDEO] Terbukti! Orang kata kalau nak ambil hati anak, kena melalui perut dia...

ANDA ADA BISNES ?

ANDA ADA JUAL PRODUK ATAU BISNES PERIBADI? BOLEH TINGGALKAN BISNES ANDA SECARA PERCUMA DI RUANGAN "FACEBOOK KOMEN" DI ATAS SECARA PERCUMA ! (ADMIN TAK AKAN DELETE)

.

.

.

.

.