BONGKAR ! Benarkah Punca Kilang JVC Ditutup Kerana Bangkrap ?! Ini JAWAPAN Pekerja Mereka...

Thursday, July 02, 2015



LAGI ARTIKEL MENARIK : 11 Perkara Yang Ayah Lebih Pandai 'Handle' Dengan Anak-Anak Berbanding Ibu

SHAH ALAM - Gambar-gambar sayu dan sedih para pekerja kilang JVC Shah Alam tersebar di laman sosial berikutan kilang itu terpaksa ditutup, semalam.

Sungguhpun begitu, tidak ramai yang tahu sebab sebenar kilang yang telah lama beroperasi itu ditutup.


Rohana Ramli, tampil menjawab persoalan rakyat marhaen di bawah:

Saya adalah pekerja JVC. Eng Dept 22 tahun berkhidmat. Baru semalam meninggalkan tanah JVC.

JVC Malaysia mengeluarkan produk videocam. Disebabkan smartphone telah mendominasi pasaran, jadi produk videocam merundum. Pasaran masih ada cuma produk perlu dikecilkan.

Jadi, transfer ke Thailand adalah yang terbaik.

LAGI ARTIKEL MENARIK : 11 Perkara Yang Ayah Lebih Pandai 'Handle' Dengan Anak-Anak Berbanding Ibu

JVC Jepun ada membuat RnD tetapi masih tidak dapat menandingi smartphone. Kos tinggi di sini tetapi kami masih berfikiran positif.

Rezeki ada di mana-mana. (Kami juga) mendapat pampasan lebih dari Akta Buruh yang diwartakan. Alhamdulillah. Jadi, doakan kami bekas warga JVC mendapat pekerjaan secepat mungkin.

Pihak majikan juga tidak membiarkan kami. (Mereka) arrangekan kami sesi temuduga dengan syarikat lain yang memerlukan pekerja. Ada yang sudah mendapat pekerjaan, ada yang tidak.

Sampai ke akhirnya syarikat masih cuba mencarikan kami pekerjaan. Betapa bertanggungjawabnya majikan kami. - ROHANA RAMLI

Demikianlah penjelasan dan luahan Rohana. Semoga bekas-bekas pekerja JVC ini cepat mendapat pekerjaan, lagi-lagi di musim perayaan yang juga memerlukan perbelanjaan yang tinggi. - THEHYPEMEDIA.COM

LAGI ARTIKEL MENARIK : 11 Perkara Yang Ayah Lebih Pandai 'Handle' Dengan Anak-Anak Berbanding Ibu

ANDA ADA BISNES ?

ANDA ADA JUAL PRODUK ATAU BISNES PERIBADI? BOLEH TINGGALKAN BISNES ANDA SECARA PERCUMA DI RUANGAN "FACEBOOK KOMEN" DI ATAS SECARA PERCUMA ! (ADMIN TAK AKAN DELETE)

.

.

.

.

.