Baru-baru ini(28/6/2015) saya membantu adik saya dan juga kawan-kawan serumahnya menyelesaikan kezaliman. Mereka dianiaya oleh tuan rumah ini.
Tidak pernah seumur hidup saya bertemu orang yang lidahnya sangat bercabang dan penuh fitnah. Saya ingat hanya lihat dlm sinetron indonesia je. Ini lihat dengan mata sendiri kejadian maki hamun, cercaan dan hinaan.
Baru 3 minggu budak-budak tersebut masuk, sudah macam-macam fitnah di buat dengan alasan mahu menghalau mereka keluar dan mengambil deposit rumah (kononnya deposit burn) sedangkan penyewa tidak merosakkan apa-apa barang di dalam rumah dan tidak juga melarikan diri.
Hanya kerana mahu minta deposit, macam-macam fitnah ditabur dan cerita yang putar belit sehingga mengaitkan tidak tolong pasang langsir dengan deposit rumah.
Kasihan pada mereka bertiga student UNISZA. Pertama kali datang ke KL untuk internship selama 3 bulan. Belum sampai sebulan tinggal telah dihalau dari rumah tanpa dikembalikan deposit. Tiada hitam putih kontrak sewa rumah. Alasannya owner tak buat lagi kontrak (makcik dan anaknya tidak mengaku owner rumah kerana tidak mahu membayar semula deposit).
Jadi, pada malamnya selepas berbuka, saya dan adik saya decide untuk cari tempat tinggal sementara sebelum mereka masuk rumah sewa baru pada 1 julai ini. Daripada hidup dimaki hamun serta dihina, baiklah keluar. Selepas selesai bawa keluar barang, mereka masih tidak mahu memberikan deposit ( bernilai RM800) walaupun diminta berkali-kali. Malah mereka (owner) tutup pintu rumah, kunci dan pergi begitu sahaja.
Akhirnya kami ke balai polis untuk buat laporan dan rupanya mereka sudah di balai polis untuk buat laporan juga serta menuduh kami buat kacau di rumah. Alhamdulillah pegawai polis di Taman Melati bijak dan budiman. Membela yang benar dan yang teraniaya.
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ |
Setelah berjam-jam fighting mulut serta owner itu berlakon baik di balai polis, makcik serta anaknya (owner) masuk perangkap sendiri. Tiada hitam putih dokumen. Maka mereka yang bersalah. Deposit perlu dikembalikan walau apa jua cara kerana penyewa tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Saya cuma mahu kongsikan perkara ini kerana tidak mahu ada lagi yang terkena. Jiran-jiran di situ memberitahu bahawa setiap kali orang sewa, pasti akan dianiaya begini. Cuma mungkin mereka tidak bertindak report polis dan keluar dari rumah begitu sahaja.
Mohon share dan viralkan supaya orang lain tidak menjadi mangsa lagi.
Dan untuk setiap orang yang mahu sewa rumah, minta tuan rumah sediakan segala dokumen hitam putih. Dan nasihat saya lagi, jika terjadi kes teraniaya, dimaki hamun, dizalimi, mohonlah anda record video ketika kejadian sebagai bukti, serta simpan segala conversation dan sceenshot WhatsApp untuk bukti di balai polis.
Dengan segala bukti ini, makcik itu masuk perangkap sendiri. Keterangannya sangat bertentangan dengan bukti yang kami semua miliki. Semoga tiada lagi yang terkena dengan manusia ini.
Nama owner flat ini (anak makcik tu yang turut memaki hamun dan mencerca): Eryn Fazreen.. seorang atlit maraton, larian. Umur lingkungan 20-22 tahun - Hazirah Hj Hamzah
http://www.thehypemedia.com/