Sebak...Kisah Isteri SMS Mohon Cerai Sebab Letih Menjaga Suami Terkena Batu Karang

Tuesday, June 30, 2015

Gambar sekadar hiasan


Cerita penceraian aku dengan isteri ni berlaku pada tahun 2012. Kitaorang dah 9 tahun kahwin dan ada dua orang anak. Masa tu aku ade dekat office, dapat 1 SMS dari isteri. "Assalam abang, Ina nak mintak cerai dari abang. Harap abang dapat tunaikan". Tersentak aku. Kenape pulak tiba-tiba. Aku tak balas apa-apa SMS dari isteri.

LAGI ARTIKEL MENARIK : Bayangkan Jika Suatu Hari Nanti Ayam Langsung Tiada Pada Hari Raya. Apa Akan Jadi?

Jam pula dah pukul 5 waktu aku bersiap untuk ambil isteri balik kerja. Sampai ke office dia pun dalam roughly pukul 5.30 petang. Dia masuk dalam kereta dan diam. Aku pun mula la buka suara, "kita ke tasik titiwangsa nak?". Dia jawab ringkas, "ok".


Tak jauh pun dalam 10 minit dah smpai sebab tempat kerja dia kat area jalan Ampang. Jalan pun tak jem sangat time tu. Kitaorang duduk dekat satu pondok. Aku mula bertanya.

Aku : Why so sudden? Sekarang dah rasa abang tak cukup kacak ke? (aku cuba bergurau)

Ina : Sebenarnya ina dah agak letih. Kesihatan abang tak pernah baik. Setiap pukul 3 pagi, ina mesti bangun buatkan abang air jus epal untuk ubat sakit batu karang abang, tapi tak pernah baik. Malam semalam ina bangun pukul 3 lagi, buatkan air. Sampai ke office pula, pendrive ina rosak, dalam tu ada dokumen yang bos nak, ina dah kena marah. Sampai waktu lunch, ina beli makanan, bihun tu basi pulak. Macam-macam hal jadi hari ni. Nak balik tadi, kaki ina terpeleot sampai jatuh kat depan client. Malu la abang. Ina tak cukup tidur, ina nak mintak cerai.

Memang betul. Dah lama tapi kesihatan aku tak pernah baik.

Aku ditakdirkan terkena batu karang. Dah macam-macam kaedah berubat tapi tak jugak baik. Dah 3 tahun. Ubat tradisional. Aku pun tak pernah guna alternatif perubatan laser sebab mahal. Jus epal yang aku minum tu cuma boleh reduce sakit apa yang aku alami ni. Kalau tak malam-malam aku mesti berdarah jugak la. Financial pula problem sebab anak aku kena hinggap lelah, so duit banyak keluar untuk dia masuk wad. Aku bagi jawapan untuk isteri.

Aku : Abang sebenarnya agak terkedu. Tapi ina dah buat keputusan. Abang berkahwin dengan ina bersebab. Kalau bukan untuk bahagiakan ina, untuk siapa lagi. Tapi ina tak bahagia, abang kena pulangkan balik hak ina. Ina berhak untuk lebih bahagia daripada sekarang. Abang mintak maaf atas apa yang ina dah lalu ni. Mungkin 3 tahun masa abang tengah sakit ni banyak buatkan hati ina menangis. Tapi takdir Allah ni abang tak boleh tolak. Abg kena teruskan jugak kehidupan. Abang tunaikan permintaan ina untuk lepaskan ina. Abang redha sebab abang sayangkan ina. Ini pun tanggungajawab. Tapi minggu depan abang lafazkan cerai boleh? Lagipun miggu depan abang outstation, anak-anak kita pula cuti sekolah. Takut diorang terkejut pulak benda yang datang tiba-tiba ni.

LAGI ARTIKEL MENARIK : Bayangkan Jika Suatu Hari Nanti Ayam Langsung Tiada Pada Hari Raya. Apa Akan Jadi?

Soal pembahagian anak tu abang takkan berebut. Kita ada 2 anak, abang akan ambil yang sulong, ina ambil yang bongsu. Untuk seminggu ni, abang tidur dekat ruang tamu atas sofa. Mungkin anak-anak takkan syak sebab abang akan buka tv sampai pagi masa abang tidur.

Terima kasih atas jagaan ina selama 9 tahun ni. Dah macam-macam yang kita tempuh. Ina jangan menangis lagi. Air mata ina tu sangat berharga. Bila kita dah tak bersama nanti, ina jangan lupa untuk tutup suis seterika pagi-pagi. Lepas ina gosok tudung, ina mesti lupa. Abang tak marah.

Kereta kita ni manual, ina dah lame tak bawa manual kan? Esok abang akan hantar untuk tukar gearbox auto. Ina boleh pakai kereta, abang pakai motor je pergi kerja. Safety first ina, pakai seat belt semasa memandu. Ina selalu lupa, tapi abang pakaikan.

Ina : Minggu depan ? Boleh la, lagipun masa tu cuti sekolah, ina akan bawa budak-budak balik kampung. Ok.

Dalam masa seminggu tu, aku tidur dekat luar. Bernyamuk jugak dan panas sebab aircond dekat dalam bilik. Aku jenis tidur mati, berpeluh pun lena je tido. Tapi ina tu tak penah lupa untuk bangun pagi buatkan aku jus epal untuk aku minum seperti kebiasaan. Dah bermacam dvd jugak aku tengok kat rumah tu, walhal tak pernah-pernah tengok dvd selama ni. Cuma tau beli je. Tu pun ina yang nak sebab lepak midvalley je mesti beli satu dvd. Aku dengan dia ni tak sama taste, mana la aku suka cerita jiwang-jiwang ni. Huhu. Sampailah cukup semggu hari sabtu pagi.

Aku : ina, abang nak cakap sikit ni. Datang dekat abang kejap boleh?

Ina : ye abang, kenapa?

Aku : abang dah janji dengan ina abang nak lepaskan ina, abang nak lafazkan cerai.

Ina : hah ? tak boleh abang. Jangan ! Ina sayangkan abang. Ina dah buat keputusan yang salah. Ina mintak maaf. Kita berbaik semula ye abang. Ina lupe dengan janji abang, tapi ina tak biasa bila abang tak ada. Orang yang boleh faham ina dengan baik cuma abang. Ina takkan ulang benda ni lagi dekat abang. (Ina menangis. Nasib baik anak-anak ada dekat luar rumah, kitaorang dekat dapur)

Aku : abang dah lama ampunkan ina. Ina tak salah dalam hal ni. Abang pun susah hati bila ina tak ada. Takdir Allah, tuhan dah baikkan hati ina. Abang tipu sunat dekat ina. Sebenarnya abang tak ada outstation. Abang bagi alasan tu sebab abang nak ina bertenang untuk ina fikir balik keputusan apa yang ina dah buat. Abang mintak maaf. Dah 9 tahun, abang pun tak biasa kalau tak tengok kecantikan ina waktu pagi tanpa mekap. Abang rasa sejuk. Walaupun ina tidur dengan berbagai gaya. Sendawa ina lepas makan, betul-betul buat abang tergelak. Langsung tak cover. Tapi tu la, kalau ina tak nak kat abang ni, abang makin tua makin tampan. Melepas la ina.

Ina : abang niiii. (ina pun peluk aku). Ina shampoo rambut abang nanti nak? Dah selalu rasa air tangan ina ni baru la abang tak menggatal.

Aku : Hamboii. Bodek numbor 1. Haha.

Alhamdulillah aku dengan ina tak jadi bercerai. Takdir Allah hubungan tu selamat dengan masa. Ada cara sebenarnya macam mana aku nak tackle problem ni. Alasan dia sebab letih bangun pagi buat jus epal untuk aku. Dia kene tau, level dia sebagai isteri dia terpaksa buat. Aku tak pernah paksa, cuma aku ni pun orang yang susah untuk bangun seawal 3 pagi. Huhu. Tapi terpaksa dia ni adalah kerja untuk Allah. Yelah sebab jaga suami kan. Dari hati yang terpaksa tu dae akan ikhlas. Macam solat. Orang yang nak berubah dia kena bentuk diri dia dengan solat. Dia buat dalam keadaan memaksa. Tapi hati ni milik Allah. Lama-lama dia akan ikhlas dan redha. Ikhtiar aku, cuma berdoa mintak dia dilembutkan hati. Standard orang perempuan, emosi dia ni turun naik. Bila emosi die naik, moral dia akan down dan marah. Time ni la dia kurang sabar. Bila buat keputusan, memang dia akan ikut ape aja yang terlintas. Dia akan capai yang mana ada dulu dalam fikiran. Emosi dia tak stabil.

Gambar sekadar hiasan


Ina ni agak pelupa. Sebenarnya ade helah kenapa aku bawak dia ke tasik titiwangsa dulu msa dia mintak cerai. Kat situ mulanya date kitorang dulu. Waktu tu, Ina tersalah dial telefon. Angka cuma lari 1 je dari nombor yang dia nak dial tu. Dia cari Ramli masa tu. Aku bila dengar suara perempuan je, apa lagi...Gunakanlah teknik penyamaran. Lagipun suara dia ni sedap didengar sebab suara manja . Lagilah aku lentok. Cuma dia cakap laju je. Kereta dia tengah problem masa tu sebab tak boleh nak start (kete kancil ni dah jual, aku beli kerete baru). Aku bagi die troubleshoot. Tapi dia tak pandai sebab orang perempuan kan. Bab-bab ni dia tak laju. Kesian pun ada sebab dengar suara dia dah nak nangis. Lagilah aku tak jadi nak menipu. Aku cakap aku bukan Ramli. Aku cakap aku datang nanti, kalau dia sudi. Dia dah start risau, tapi aku bagitau waktu siang ni. Aku tak mungkin nak culik dia. Kalau dia ada rasa ragu-ragu, dia boleh jarakkan diri 50 meter dari aku & start menjerit kalau nampak aku ni meragukan nanti. Niat cuma nak tolong. Aku smpai dan jumper battery dia balik & kereta boleh start. Tapi dia tak jarakkan dari aku pun, dia tengok dengan penuh minat & penuh dengan pertanyaan. Aku pun tanya la, "dalam kereta awak ni ada payung burger tak ?" dia tanya "kenape ?" . Aku jawab, "kalau ada, saya nak bukak kaunter pertanyaan kat sini". Dia kata aku perli pulak. Haha. Kereta dia memang kemas dan superb wangi. Dia bukak pintu kereta dan ambil air twister masa tu bagi dekat aku. Aku balas, "Aih takkan ni je. Nasi takde ke? Kot ade jamuan ringan nanti, jangan lupa call pulak. Saya ni kuat makan". Tu la 1st aku tengok dia senyum dan gelak. "Memang mengekek aih minah ni. Ade bela ke," tanya aku dalam hati. hahaha.

LAGI ARTIKEL MENARIK : Bayangkan Jika Suatu Hari Nanti Ayam Langsung Tiada Pada Hari Raya. Apa Akan Jadi?

Memang betul. Tiap kali gaduh ni, 1st thing yang aku akan recall, macam mana aku boleh kenal ina ni dan kenapa mesti aku mula bercinta dengan dia dulu. Masa tu dah berlalu. Bab ni memang penting. Itulah resepi kenapa aku dengan dia boleh bertahan sampai 9 tahun lamanye. Tapi mata dia memang sangat cantik. Mungkin tu sebab kenapa aku terpikat dengan dia kot. Main-main mata dengan aku, mana aku boleh tahan. Cair terus. Haha

Sebelum kahwin dengan ina ni, aku dah kaji habis-habisan apa watak dia. Tapi masa bercinta tu tak nampak. Agak tricky jugak, tak kan la takda salah langsung. Makan pun elok je sopan. Macam aku makan dengan permaisuri agong plak. Haha. Tapi masa bercinta dulu ina dah terkantoi. Aku tengok tudung dia ada sikit terbakar. So aku tanya kenapa. Dia kata dia nak cepat tadi sebab aku dah nak datang. Dari situ sebenarnya aku tau dia seorang yang agak kurang sabar. Dia tak prepare awal sebelum aku nak datang. Orang macam ni cepat buat keputusan bila dia marah.

Orangnya sensitif dan seorang yang simple. Simple tu sebab dia suka kenakan pakaian yang ringkas. Dia tak pandai pilih baju. Seluar jeans dia pun akak dia yang belikan. Dia takut pada lipas, so aku agak dia seorang yang pengemas. Bawah katil dia mesti clear takda barang. Kalau tak dia langsung tak tidur.

Penyayang. Itu pun sebab dia bela kucing. Waktu kucing dia mati dulu, aku ada dan dia riba mayat kucing tu. Kucing tu dah berdarah-berdarah, tapi dia masih boleh riba.

Concern. Itu pun sebab dia tengok budak-budak laki tak solat, lepak-lepak dekat Mapley. Dia tanya aku dah solat belum. Dia risau kalau aku tak solat, macam mana aku nak jaga dia esokesok.

Family first. Masa aku kenal, dia cepat-cepat bagitau family yang dia tengah berkenalan dengan aku.

Caring. Setiap pagi dia takkan lupa untuk bagi salam dekat aku dan dia tak nak aku kerja lebih masa sebab takut kesihatan aku terabai.

Talkative. Kalau bercakap telefon dengan dia, 10 minit pun tak cukup untuk 1 sesi.

Tabah. Dia pernah sakit tapi selalu sedapkan hati kuatkan diri untuk family dia, tak nak family risau keadaan dia.

Terurus. Dia suka pada benda yang wangi. Dia secara natural tak ada bau yang mengharukan.

Friendly. Dia seorang yang suke berkawan tapi kadang-kadang orang suka ambik kesempatan pada kebaikan dia.

Rajin memasak. Die suka kalau bab-bab nak suruh aku try makan ni. Tapi dia tetap tak pndai buat nasi goreng. Mee goreng ok. Lagipun dia jenis yang tak makan nasi.

Cantik. Ini yang kadag-kadang buat aku risau (jelous memanjang). Dia ade kacukan korea dan gebu orangnya. Tapi dah selamat jadi isteri aku pun. So aku tak risau. She's really a perfect girl to be married.

Ingat bro. Perempuan ni dia perlukan perhatian. Kesilapan paling utama apabila ko buat dia menangis. Time ni la, cerita yang takda bakal diada-adakan. Sebab dia confuse. Orang laki ni pula suka buat orang perempuan confuse. Bila marah atau kecik ati je diam. Kalau yang panas baran tu, mugkin naik tangan la. Maki-maki ke. Ini lansung tak gentleman. Alam perkahwinan ni lain. Susah memang ada, tapi seronok pun ada.

LAGI ARTIKEL MENARIK : Bayangkan Jika Suatu Hari Nanti Ayam Langsung Tiada Pada Hari Raya. Apa Akan Jadi?

Aku kahwin dengan ina waktu dia masih muda. Dia baru habis belajar. Pembawakan dia agak kebudak-budakan tapi perlahan-lahan matang bila dah jadi isteri. Banyak part yang dia akan belajar, secara automatiknya dia akan pndai. Contoh, dia tak pandai gosok baju kemeja dulu sebab tak pernah buat. Aku ajar dia gosok, sampai sekarang dia pandai dan baju kemeja aku memang kemas. Member-member mesti tegur "ko pakai baju baru ke ni ?" Kembang semangkuk sat. Bini pandai jaga, memang tip-toplah hasilnya. Hehehe.

Oklah, itu saja kot yang aku boleh cerita. Belanja aku nasik kandar berbuka nanti boleh? Aku dah penat turunkan korang ilmu nih. Lauk tambah ye. Haha

ANDA ADA BISNES ?

ANDA ADA JUAL PRODUK ATAU BISNES PERIBADI? BOLEH TINGGALKAN BISNES ANDA SECARA PERCUMA DI RUANGAN "FACEBOOK KOMEN" DI ATAS SECARA PERCUMA ! (ADMIN TAK AKAN DELETE)

.

.

.

.

.