Simpanan Di Tabung Haji Dijamin Kerajaan. Tidak Perlu Terpengarah Dengan Hasutan – Najib Razak

Tuesday, May 12, 2015



Kuala Lumpur – Pendeposit Lembaga Tabung Haji tidak perlu bimbang dengan simpanan mereka di institusi itu kerana ia dijamin kerajaan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan pendeposit tidak perlu terpengaruh dengan sebarang hasutan mana-mana pihak yang menyarankan mereka supaya mengeluarkan deposit mereka dari Tabung Haji.

“Jadi tidak berbangkit kalau ada mana-mana pihak yang cuba menghasut pendeposit mengeluarkan simpanan mereka dari Tabung Haji.

“Kita mengambil maklum akan keputusan-keputusan yang telah dibuat dan Majlis Tertinggi telah membuat beberapa pandangan dalam perkara tersebut,” kata Najib yang juga Perdana Menteri pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib-Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta ketua-ketua sayap pergerakan parti itu.

Lembaga Tabung Haji sebelum ini dilaporkan membeli tanah milik 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) yang sedang dibangunkan yang menjurus kepada pelbagai spekulasi.

Tabung Haji kemudian membuat keputusan untuk menjual semula tanah tersebut dan setakat ini dilaporkan menerima tiga tawaran daripada pihak yang berminat membelinya.

ANDA ADA BISNES ?

ANDA ADA JUAL PRODUK ATAU BISNES PERIBADI? BOLEH TINGGALKAN BISNES ANDA SECARA PERCUMA DI RUANGAN "FACEBOOK KOMEN" DI ATAS SECARA PERCUMA ! (ADMIN TAK AKAN DELETE)

.

.

.

.

.